Shark Hero Conservation Run 2017 Sunsuria
Pada 18 November, saya telah menyertai Shark Hero Conservation Run 2017 (SHCR2017) di Celebration Centre Sunsuria City Sepang. Merupakan ‘fun run’ 4 km yang anjurkankan demi menyokong Shark Savers Malaysia dalam usaha konservasi ikan jerung yang dilakukan, disamping memupuk kesedaran orang ramai terhadap ikan jerung yang kini diambang kepupusan.

Shark Hero Conservation Run 2017

Pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Shuibah Al-Sultan Idris Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria City, Mr Kong Wai Seng. SHCR 2017 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 5,500 peserta larian, juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan karnival.
Ia merupakan larian amal dengan setiap RM5.00 daripada yuran penyertaan disumbangkan kepada Shark Savers Malaysia sebagai inisiatif tanggungjawab sosial. Acara juga turut mengetengahkan pelbagai informasi berkaitan ikan jerung untuk pengetahuan semua. Sememangnya aktiviti ‘quality time’ hujung minggu yang bermanfaat buat saya dan keluarga sebagai Shark Heroes!
Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
Bertambah menarik sepanjang larian ialah check point di setiap 1 km yang menyambut peserta dengan soalan yang simple tapi memberi pengetahuan baharu. Sebenarnya baru saya tahu bahawa ikan Shark telah wujud sebelum zaman dinasor lagi.
Malah ikan Shark sebenarnya juga bukan haiwan yang makan manusia, tetapi serangan yang berlaku adalah disebabkan manusia dianggap cuba mengganggu habitat persekitaran mereka atau disalah tanggap sebagai haiwan lain seperti singa laut yang merupakan antara makanan mereka.

Manusia banyak memburu ikan Shark terutamanya untuk dijadikan sajian ‘shark fin soup’. Kini ia diambang kepupusan dan jika tidak ditangani, generasi hadapan tidak akan melihat ikan Shark hidup lagi. Maka ingatlah… “when the buying stops, the killing can too.”

Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
Shark Hero Conservation Run 2017, Sunsuria City Sepang, SHCR 2017,
SHCR 2017 diteruskan dengan pelbagai aktiviti selepas larian yang disediakan di booth-booth pameran, pelbagai sajian food truck termasuk aktiviti Art & Craft yang dibuka kepada penyertaan orang ramai. Turut diadakan mini concert serta penyerahaan sumbangan kepada Shark Savers Malaysia.
Acara berakhir sekitar jam 9 malam dan sememangnya satu acara yang meriah dan menarik. Walaupun kepenatan tapi puas hati… happening! Ia sememangnya satu penyertaan yang bermanfaat bukan sahaja buat seisi keluarga tetapi semua.
Untuk mengetahui info lanjut SHCR 2017, anda boleh layari Fb Page; Shark Hero Run 2017, Instagram; @sharkherorun2017 atau laman web www.sharkherorun2017.com.

5 Thoughts to “Shark Hero Conservation Run 2017 Sunsuria City”

  1. smbl berlari, ada x nyanyi o buat aksi shark doo doo? hahaha

  2. Betul shark semakin terancam…semakin pupus..kalau tidak ada langkah perlindungan tidak mustahil ianya hanya akan tinggal nama dan gambar untuk dikenali dan dilihat.

  3. bestnya lari2 bawak shark. 1 family pulak tu

  4. Bersenam sambil beramal. Terbaik Mr Khir. 😀

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.