Sepetang Di Hutan Lipur Kanching – Kelapangan petang Khamis, saya meronda-ronda bersama anak-anak di sekitar kawasan berdekatan kediaman. Menyusur jalan raya mengarah ke Kuala Lumpur dan singgah di Hutan Lipur Kanching yang terletak berhampiran dengan Taman Rimba Templer (Templer Park), Selangor.
Hutan Lipur Kanching, Selangor
Minggu ini sebenarnya agak unik. Puan Mem pulang ke kampung bersama anak lelaki kami, manakala anak ketiga pula sudah beberapa hari bermalam di rumah kakak ipar. Makanya, tinggalah saya bersama-sama anak sulung dan bongsu… opps.. ibu bapa saya pun ada di rumah. Bapa saya perlu menjalani ‘medical check up’ pembedahan yang pernah dikongsikan dahulu. Alhamdulillah, boleh dikatakan sihat walaupun uzur.
Sebenarnya, kami tidak merancang untuk ke Hutan Lipur Kanching ini. Ia secara kebetulan apabila memandu menyusuri jalan Templer sekitar jam 5 petang dan tergerak untuk menyinggah. Lagi pun kali terakhir saya ke sini pada tahun 1995… lama dah… anak-anak pula belum pernah berkunjung walaupun lokasinya tidak jauh dari rumah dan berada di jalan yang biasa dilalui.
Suasana Petang Di Hutan Lipur Kanching
Hujan yang turun sebelumnya membuatkan suasana petang di Hutan Lipur Kanching agak sejuk tetapi menyamankan. Agak berbeza jika diimbas kembali dengan keadaan dahulu. Kini nampak lebih terjaga dan diselenggara dengan baik. Perkarangan pintu masuk Hutan Lipur Kanching ini agak meriah dengan gerai-gerai. Boleh juga bergambar dengan ular sawa dan burung kakak tua.
Kami dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 untuk parking dan RM2.00 untuk masuk (dewasa / 12 tahun ke atas).. oklah, murah je kan… Kami hanya berjalan-jalan sambil mengambil beberapa gambar sekadar suka-suka. Risau nak mandi sebab kes kencing tikus dan macam-macam lagi kes yang dilaporkan dalam berita… Jadi kami cuma bersiar-siar dan main-main air sahaja…
![]() |
Suasana yang segar dan mendamaikan |
![]() |
Pintu gerbang ke Hutan Lipur Kanching |
![]() |
Berjalan meninjau hutan… |
Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mandi manda sekeluarga sebaiknya datang secara berkumpulan kerana di sini banyak monyet. Risau juga kalau terjadi apa-apa… Kalau yang tahu silat, kung fu, taekwondo tu, bersedialah… paling tidak, bersedialah dengan buah pukul ‘langkah seribu’ hehee.
![]() |
Ada monyet kat selekoh tu… takuttt.. Abah dia pun takut jugak cuma mantain macho je… 😀 |
Monyet tu tak kacau orang pun… Kami tidak menaiki bukit ke tempat orang bermandi manda, sebaliknya hanya di sekitar bawah sahaja. Suasana hutan pun agak menyeramkan huhu… Suram je… mungkin disebabkan rimbunan pokok-pokok tinggi menutupi langit dengan suasana mendung dan basah kerana hujan yang turun sebelum kedatangan kami.
![]() |
Suka sangat dengan gambar ni… |
![]() |
Tengok anak-anak ikan… 😀 |
![]() |
Wieww… besar pokok belakang tu… |
![]() |
Sister-sister.. 😀 |
Bersiar-Siar Beriadah Petang Di Hutan Lipur Kanching
Kami bergerak pulang sekitar jam 6:30 petang. Bagi sesiapa yang meminati hutan, ini merupakan salah satu tempat yang dikira menarik. Kalau zaman belia remaja sememangnya tempat yang menyeronokkan untuk mandi manda bersama rakan-rakan. Kalau blogger nak mencari inspirasi dan idea pun ok juga… 😀
Apa pun, kira oklah singgah sepetang di Hutan Lipur Kanching ni… bersiar-siar sambil bergambar walaupun untuk waktu yang singkat dan tidak dirancang… 🙂

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Tempat ni cantik tapi agak menyeramkan..he..he
Hotlink & lactacyd for you…
Salam hujung minggu…KK seronoklah anak2 tu dapat jalan2 cuti sekolah ni kan…inilah peluang kita nak bersantai dengan mereka…
Taman Templer bunda pernahlah pergi…kat sini belum lagi…
wow..bestnya hujung minggu diisi dengan aktiviti sebegini.. Cantik tmpt ni..
pernah sampai ke templer park tapi sini blm lagi … abahnya pun takut ya … heh heh . belajar invest kat manulife
As'salam indahnya panorama rimba alam..tahnia suka tengok rimba alam..segar kelihatannya ya KK
asyik duk lalu je kat area nie..tapi tak pernah singgah
Nampak suram je hutan lipur kancing..kalau tak dulu memang meriah..selalunya ramai pengunjung..
ok jugak kan, amik angin petang-petang.lepas hujan memang agak bahaya untuk mandi.lagipun air deras
tak pernah sampai lagi ke sana. nampak tenang dan damai kawasan tu 🙂
Macam menarik aje tempat ni…tak pernah sampai sini lagi
Sesuai utk dijadikan tempat aktiviti hujung minggu dengan keluarga..
Khazana hutan yg msh trpilihara,
Khazana hutan yg msh trpilihara,
wahh bestnya…jalan-jalan dengan family ^_^
cantik tempatnya…kalau anak saya, memang tak senang dah….sibuk dah ajak mandi…hihi
Wah beatnya dapat jln2 tapi sekarang ni takut sikit kalau nak mandi kat hutan lipur sejak dgr mengenai air kencing tikus tu jadi fobia pulak nak mandi kat hutan lipur huhuhu………
salam..
tak pernah ke sana.. nampak macam menarik je..
Seronoknya jalan². Kathy pun tak berani bawa anak² mandi kat waterfall atau waterpark gara² takut jangkitan kencing tikus ni lah.. 🙁
bestnya dapat berjalan2 dihujung minggu…..
bestnya… 🙂
sesekali keluar jauh dari kawasan bandar ke tempat yang mendamaikan seperti ni rasa nyaman dan tenang
da lama x kesini…sbnr nyer sy seriau nk dtg sbb tayar kereta kena paku kt sini…
dah lama sgt tak pergi sini..cantik lagi airnya
last singgah sini tahun 2007..pastu ade sekali lgk. tapi memang dah lama sangat tak mai sini. nak-nak ade kes kencing tikus lah…terus tak jadik pd hal kami anak beranak memnag suka mandi-mandi sungai ni…sejuk nya air…..
Sekadar lalu lalang jer…tak pernah pun nak singgah. Mungkin kena lakukan macam KK…xperlu dirancang, terus belok jer…
Dah lama zumal tak beriadah… Teringin nak pergi ^-^
syok la anak2..dpat beriadah sama2…
hahahaha. teringat masa saya dengan member2 g sana haritu. bergaduh berebutkan makanan. dia p amek makanan ktorang, kawan dengan beraninya g marah dia. pastu gaduh lak kat situ. adoi.. last2 sebelum mndi, kami terpksa makan dulu… tapi best juga la kan kat situ ^^,
anak sulung abang KK tu, senyum dia lebih kurang sama dengan abang KK. hehehe
cam best jek tempat ni
Wah seronokkk… lagi2 nampak air sungai yg jernih tu….
pernah dengar, tapi tak pernah singgah
selalu dengar ada "kekerasan" di tempat tu
tapi view dia cantik
Baru jer ke sini hari ahad haritu. Balik umah mertua singgah kejap. ANak² ngan apaknya jer mandi. Si ibu tukang tengok. Charge masuk RM6.00. Tak tau plak budak bawah 12 tahun free. Silap jugak.
Air masih jernih. Saya tak naik sampai atas. Stay kat bawah jer. Dapat lah tengok monyet/kera. Banyak tu ☺