Sepetang Bersama Blogger 2015
SBBYEOS 2015… mencoretkan jurnal Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 yang berlangsung pada Sabtu, 13 Jun 2015. Majlis meriah buat blogger tanah air bertemu beramah mesra seawal 8 pagi hingga 5 petang di Taman Cabaran, Putrajaya. Turut dihadiri rakan blogger dari Indonesia yang terlibat sama dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menyertai #SBBYEOS2015. Acara anjuran Denaihati Network yang ke-empat kali bermula 2011 dan julung kalinya diadakan ‘outdoor’. Tahun 2015 ini, saya bukan sahaja berpeluang hadir, malah terlibat sebagai AJK majlis, rakan strategik blogger dan penaja kecil baju SBBYEOS 2015… Alhamdulillah.
Berpengkalan di Taman Cabaran Putrajaya bermula petang Jumaat, kami bermalam di hotel Sepang yang hanya mengambil masa 5 minit ke lokasi majlis. Kami bersedia seawal jam 7 pagi Sabtu agar majlis dapat berjalan lancar. Saya bertugas untuk bahagian keselamatan dan kecemasan… syukurlah tiada apa yang memburukkan berlaku sepanjang majlis berlangsung… risau juga kot ada yang pitam ke.. 😀

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Bersama antara rakan AJK sebelum acara bermula.. pink gitew.. 🙂
Blogger Cik Pinz, Pendekar Berkuda dan Uncle Zuan
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Berpeluang bawa puan mem dan 2 anak ke SBBYeos kali ini.. gambar bersama rakan blogger Indonesia

Aktiviti Bersama Blogger (SBBYeos) 2015

Acara pagi dimulakan dengan cabaran Treasure Hunt yang melibatkan kerjasama berkumpulan. Acara puzzle, wall climbing, perkongsian media sosial, menyelesaikan pelbagai persoalan melalui pelbagai aktiviti, berjalan mendaki bukit hinggalah menerbitkan entri berkaitan pengalaman berkumpulan mengharungi Treasure Hunt sehingga 12:30 petang.
Acara sebelah petang diisi dengan perkongsian dari blogger-blogger berjaya yang telah menempa nama sebagai blogger profesional tanah air dan juga Indonesia. Berkesempatan bersantai dan merakam gambar rakan-rakan blogger sebagai kenangan SBBYEOS 2015.

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Bersama Tuan Hj Amir Hassan, Pengasas Denaihati Network
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Bro Framestone dan rakan-rakan blogger sweet.. 😀
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Blogger Kamil Salleh di kanan saya dan jiran setaman perumahan saya tu di belah kiri.. 😀
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Kacau food blogger Hazman Fadzil waktu team dia tengah sibuk update entri untuk Treasure Hunt…
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Blogger Anies, Salbiah dan Muhammad Khairuddin Lim
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Dapat selfie dengan Zumal tahun ni.. tahun lepas tak dapat hehee
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Pro Photography Blogger… Jamar Bahar
Tahniah buat Halim Brothers kerana memenangi lucky draw iphone 6 Gold 64gb
Di kanan saya adalah 2 orang penting Denaihati Network dan SBBYeos 2015
Blogger Eizil dan Abam Shakiddo… Cik Pinz di kiri saya

Penghargaan SBBYEOS 2015

Dunia berblogging dan industri online banyak menemukan saya dengan perkara-perkara positif yang sentiasa memotivasikan diri ini. Harap-harap dapat mengenali ramai lagi rakan-rakan blogger dari masa ke semasa. Dunia berblogging ini sangat menarik dan saya mendoakan agar perjumpaan ini bukanlah yang terakhir buat semua.

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Kredit gambar Denaihati.com
Terima kasih kepada Denaihati Network atas kepercayaan dan peluang. Tidak lupa buat rakan AJK atas kerjasama yang pasti menjadi pengalaman manis. Kepada penaja utama Yeo’s, penaja bersama eQurban, Jam Tawaf Magnetik Denaihati, The Sumbs, Bakarlah BBQ Rental, Jopana.my, rakan media Kumpulan Karangkraf, rakan usahasama Perbadanan Putrajaya dan The Photolicious kerana merealisasikan Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 ini.
Mohan maaf kepada yang tidak sempat bergambar, juga segala salah silap sepanjang perjumpaan ini. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang lain… 🙂 🙂

44 Thoughts to “Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015”

  1. Ija Rased

    seronoknya…

    1. Seronok… mencabar dan meriah.. 😀

  2. Bestnya..cemburu sebab tak dapat nak join..dah ada program yang diaturkan sebelum event ni diumumkan lagi…

    1. Meriah.. alhamdulillah.. mudah2an lain2 kali dpt join ye MV.. 🙂

  3. Nampak meriah SBB2015 kali ni …. hajat memang nak pergi apakan daya kena balik kampung pulak huhu

    1. Meriah dan mencabar.. seronok. Tahun ni tak dpt gambar lagi dgn Anim, tahun lepas jumpa tapi tak berkesempatan.. takpelah, harap2 tahun depan ada lagi..:D

  4. seronok tengok blogger2 berkumpul..pstinya meriah..

    1. Mmg meriah Aida.. seronok dpt jumpa kengkawan blogger.. 🙂

  5. ikhwan yusuff

    wah meriah ye En.Khir… ramai.. 😀

    1. Mmg meriah.. mencabar juga Ikhwan.. 😀

  6. Yeayyyy,…dapat gak bersua muka dengan bro KK. Memang meriah lah ☺

    1. Hehee.. patut amik gambarlah kita.. apalah boleh segan pulak kan huhu.. kenangan ni kan.. 😀

  7. x sempat lg tgk gmbr kt denaihati 😉

    1. Ada masa gilah tengok Anies.. meriah gambar2 yg ada.. 🙂

  8. WAH BESTNYA MAJLIS PERTEMUAN BLOGGER YG AMAT MERIAH SEKALI NI…

    1. Mmg meriah kak.. seronok. Lain kali klu ada jomlah join.. 🙂

  9. ramainya..aktiviti santai macam ni sangat menarik

    1. Tulah.. bukan selalu berpeluang bersantai ramai2 rakan blogger mcm ni.. setahun sekali je kot.. mmg menarik.. 🙂

  10. bestnya! malangnya tak dapat nak sertai sebab ada urusan lain
    mungkin di lain kali =)

    1. Lain kali klu ada joinlah YY.. boleh gambar sama2 dgn rakan2 blogger.. seronok.. 🙂

  11. Wah..meriah nampaknya…
    Mesti best dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger lain secara live.
    In shaa Allah..jika ada kesempatan, lain kali boleh join 🙂

    1. Lain kali klu ada lagi perjumpaan mcm ni, joinlah.. boleh jumpa kenal2 dgn ramai rakan2 blogger.. seronok.. 😀

  12. sangat menarik la..tuan dan saya berimpian untuk menyertainya tahun akan datang apabila faktor kewangan sudah mantap…

    dah 3 tahun saya mengikuti secara maya event begini ..hu..hu..hu..memang best!

    1. Lagi sekali diadakan, harap2 dptlah kita berjumpa ye HB.. in shaa Allah.. mudah2an tercapai.. aamiin.. 🙂

  13. Nampak tak kurang meriahnya SBB2015 tahun ni dengan tahun lepas…

    1. Betul tu Bunda.. tahun ni lebih mencabar juga hehee.. 🙂

  14. Bunda mampu dengar dan lihat jer gambar2 event ni…nak hadir memang tak mampu lagi…

    1. Tak pelah Bunda.. manalah tau, lain2 masa ada kesempatan pergi nanti.. 🙂

  15. First time dapat jumpa dengan KK dah boleh klik. Harap kita dapat bekerjasama lagi di lain masa.

    1. In shaa Allah CP.. harap kita dpt terus bekerjasama dan berjumpa lagi nanti.. 🙂 🙂

  16. Seronok jugak dapat kumpul ramai2 camni kan..Bestnyerr ..Bukan senang nak jumpa kalau takde majis camni..Bila la giliran Lya pulak nak jumpa sahabat blogger …Doakan Lya jugak ya KK..Moga dapat jugak la Lya jumpa KK dan sahabat blogger yg lain nanti …InsyaAliah…

    1. Alhamdulillah.. mmg sgt seronok bila dot berjumpa dlm mjlis mcm ni. In shaa Allah Lya, mudah2an dpt berkumpul dan berjumpa hendaknya nnti.. aamiin.

  17. eh.eh..ada beberapa org blogger yg JM kenal…Abe MKL, Sal dan Zumal lah

    1. Abe MKL sedeyy sbb JM tak dtg huhu.. 😀 😀

  18. aktivit SBB ni lah Zumal story sesat barat semua tu….semua berbaju PINK tu AJK lah eh

    1. Tulah.. dah sampai baru dia beritau.. patutnya di update status masa sesat tu.. manalah tau ada yg boleh tolong guide dia itu terus sampai.. mujurlah dpt jumpa juga akhirnya..

      a ah.. yg pink tu AJK.. 🙂

  19. kalau JM join aktiviti ni bro KK kenal tak eh yg mana satu JM sbb luar dan dalam gambar totally different 🙂

    1. Saya rasa kenal punyalah.. saya ada 6 sense yg boleh kenal sesiapa yg pernah saya berhubung walaupun tak pernah berjumpa huhu.. 😀

  20. Rasa saya macam ada bersalam dengan tuan khirkhalid….heh..heh

    1. Ye.. mmg kita ada bersalam.. cuma tak berkesempatan nak bergambar je yek.. harap dpt jumpa lagi nanti.. 🙂

  21. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum.. khir,

    meriah nyer event macam nie kan.. khir. Sayang sekali tak dapat join..

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim.. alhamdulillah mmg meriah.. lain kali klu ada jom lah.. harap2 dpt jumpa.. 🙂

  22. Salam untuk Wai, bang. Hope we can meet again. ^_^

    1. In shaa Allah Winda.. seronok dpt menjalin silaturrahim, ya.. mudah2an dpt bertemu lagi.. aamiin.. 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.