Skateboard Malaysia
Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia – Sebelum ini, saya pernah menulis sebuah artikel tentang Kelab Skateboard Malaysia yang telah menemukan saya kepada pengkaji perkembangan sukan skateboard dan isu sosial remaja di Malaysia. Melalui mesej di Fb page, saya diminta berkongsi pandangan (review) mengenai senario sukan papan selaju (Skateboard) untuk tujuan pengkajian sosial.
Justeru, saya perjelaskan serba sedikit pandangan berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian untuk perkongsian bersama.
Shahrul Hisham

Perkembangan Skateboard Di Malaysia

Pengaruh skateboard di Malaysia memperlihatkan kebanyakkan remaja memilih sukan ekstrem ini disebabkan aktiviti yang mencabar dan mempunyai ‘style’ serta identiti tersendiri. Ia mendapat tempat di hati kebanyakkan remaja melalui daya tarikan rakan sebaya. Ia adalah fenomena dalam kehidupan sosial kebanyakkan remaja.
Kepada sesiapa yang memerhati scene skateboard di Malaysia pasti mengetahui bahawa penghujung tahun 90an merupakan era kegemilangannya. Kehadiran acara sukan ekstrem terbesar di Asia (X-Games) ketika itu menghangatkan lagi arena sukan skateboard di negara kita. Ia telah melahirkan ramai bakat-bakat muda ketika itu yang mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.
Nama-nama seperti Boy PJ, Joe Ipoh, Pa’din, Am Cheras, Kecik Ampang, Fuad dan ramai lagi menjadi ikon dikalangan remaja, sekaligus mengangkat Malaysia sebagai negara bakat remaja sukan lasak di mata dunia.
Senario skateboard di Malaysia
Tahun 2006 adalah tahun terakhir Malaysia menganjurkan X-Games dan sedikit sebanyak menenggelamkan tarikan sukan ini. Maka lebih ramai remaja dilihat terdorong merancakkan lagi aktiviti-aktiviti negatif seperti merempit, gangserisme, hedonisme dan melepak yang amat jarang berlaku dalam senario skateboard. Kebanyakkan remaja juga mula memandang sukan skateboard seperti kebudak-budakkan seterusnya melupakan sumbangan besar yang telah dibuktikan untuk manfaat remaja dan negara.

Potensi Sukan Skateboard Dalam Motivasi Jiwa Remaja

Penghujung 2011, menyaksikan penerimaan semula sukan Skateboard dikalangan belia hasil daripada pengaruh media sosial dan trend dunia. Sepertimana obsesnya sesetengah ibu bapa terhadap bola sepak, begitulah juga kebanyakkan remaja terhadap sukan ini.
Kini telah lahir ramai usahawan tempatan yang berdaya kreatif dari kalangan skateboarder dengan produk-produk berkualiti. Penjenamaan produk tempatan yang diinspirasikan dari sukan skateboard seperti Sibling Skateboard, Hellbent Clothing, Glam Wheel, Thieves, Laksamana, The G Hard dan pelbagai lagi mula tersebar di pasaran antarabangsa.
Malaysia berpotensi sebagai pengeluar peralatan berkaitan skateboard setanding dengan kualiti jenama antarabangsa seperti Vans, Converse, Quicksilver, Reef dan yang setaraf dengannya.
Produk skateboard keluaran Malaysia
Skateboard dan seni graffiti
Kredit : Sibling Skateboard Company
Skateboard Antara Gejala Sosial, Sukan, Kreativiti, Perisai Keyakinan Diri Dan Keusahawanan
Tidak dinafikan persepsi atau stigma masyarakat memandangsukan skateboard sebagai gejala sosial tanpa sebarang fakta yang jelas. Skateboard adalah cabang sukan lasak bertaraf dunia, namun disebabkan kurangnya sokongan, prasarana dan bimbingan menjadikan sukan ini mati di kaki-kaki lima. Tanpa pengisian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab, ia boleh menjadi barah sosial kepada belia dan remaja negara.
Skateboard banyak menyumbang kepada pembentukan perisai keyakinan diri remaja, merangsang kreativiti, menaikkan ekonomi dan martabat negara selaras dengan peredaran trend global? Pencapaian skateboarder Malaysia dalam Asian X-Games serta berkembangnya produk skateboard yang menyumbang pendapatan ekonomi negara telah membuka mata kerajaan untuk memandang serius senario sukan skateboard remaja Malaysia. Hasilnya, telah banyak ‘skatepark’ dibina dan sehingga kini Malaysia merupakan negara yang memiliki banyak skatepark di dunia.
Semoga artikel ini memberi penjelasan yang dapat membantu untuk pembangunan transformasi sosio-remaja serta kebaikan masyarakat seluruhnya, in shaa Allah.

33 Thoughts to “Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia”

  1. AvatarFarah Waheda Wahid

    skateboard…masa zaman-zaman saya sekolah dulu memang hot ni…

  2. zaman saya sekolah dulu ramai remaja yang minat skateboard ni tanpa mengira kaum.rasanya ia tak jadi punca kepada masalah sosial..mungkin sebab bebudak sekarang main skate di tempat awam, so orang sekeliling rimas.

  3. kalau dilandas yg betul berbaloi main skate nie..

  4. Rasanya skateboard ni dah lama berada di Malaysia kan…hanya jarang2 di war2kan… kecuali ada perlawan atau sukan khas dalam permainan ini…

  5. Assalamualaikum Khir,
    Daripada budak2 tu main tak tentu hala…baiklah main skateboard..

  6. Suka juga tgk sukan ni…tak main, tak pandai balance badan

  7. Sy suka tgk bebudak remaja main sukan sebegini… Mmg ada kebaikannya jika btul hala tujunya…

  8. AvatarNurul Hidayah

    Kat area Nurul ni dah tidak kelihatan kanak2 atau warga muda dengan skareboard ni, tahun lalu memang menjadi trending.. sekarang ni Nurul melihat satu aktiviti mula menular kalangan sekolah menengah disini, macammana nak cerita ye.. urmm.. lebih pada kekuatan tangan untuk mengangkat badan seakan terbang gitu..huhu.. tapi tangan berpegang pada palang.. fail betul Nurul bab nak beri penerangan kan? huhuu

  9. AvatarBelog Santai

    Ya rasanya dulu memang ramai yang obses dengan skateboard ni..My brothers cukup giler dengan skateboard sampai my mum cukup stress. siang malam dengan skateboard..he..he

  10. saya selalu nampak budak2 main skateboard malam2..aktiviti sihat kan..
    design skateboard pon cantik2 tu

  11. Skateboard hanyalah sukan biasa yang diminati remaja kita. Kesian, mereka tidak disediakan sebarang prasarana yang sesuai untuk mengembangkan bakat..

  12. AvatarSylarius Yusof

    Kenangan jugak dengan skate. Zaman paling menonjol waktu awal 2000 dulu. Waktu band Linkin Park dan Avril Lavigne tengah top. Haha, masing-masing berangan konon boleh main macam Tony Hawk waktu tu.

  13. AvatarAnonymous

    Suka tengok aksi diorg walau terasa takut juga. Hehe.. Khir,jemput join segmen kathy ye?

  14. AvatarYumida Huda

    selalu tgk dlm tv je, secara live x pernah lagi. tp pernah tgk budak2 main kat depan shopping complex. dup dap dup je bunyi skate kena tibai..hihi

  15. masa zaman sekolah saya, memang glamer dengan skateboard…salah satu cara kawan2 lelaki saya luangkan masa petang2 sebelum bersiap solat maghrib…

  16. kalu x silap 10 thn yg lps ramai yg meminati skateboard…cousin sy siap hafal nama2 ikon skateboard ni n siap beli lg! 😉

  17. Selalu juga nampak remaja di area tempat AB diorang berlatih main skateboard. Memang tak ade tempat berlatih.

  18. ada yang minat skateboard terutama para remaja..kalau orang dewasa tak tahu lah pulak!

  19. Zumal pernah teringin nak try skateboard tapi rasa segan laa ^-^

  20. saya pun rasa daripada buat benda tak tentu hala tu
    baik buat gini kan
    untung-untung boleh masuk x-games

  21. Nak main takpe tapi jangan semau terabai sudah laaa… Lya tak nak galakkan anak2 Lya main benda ni takut la ..Takt terjatuh huhu

  22. AvatarEshamz Halim

    Penjelasan dan info yang menarik bro… ingat lagi zaman dulu kekawan semua bila keluar jer mesti bawak skateboard…. kehulu kehilir mengheret skateboard…. harap sukan ini dapat mendapat perhatian dan kembali dikembalikan zaman kegemilangannya 😀

  23. skateboard?..biasanya di dominasi oleh remaja lelaki lah kan..kalau perempuan mmg sgt x sesuai

  24. AvatarIja Rased

    aktiviti yang menarik untuk remaja. tapi ija takut nak main skateboard,hahah..minat untuk tengok je la

  25. remaja lebih elok menyertai sukan sebegini daripada merempit dan melepak…selain skateboard mereka juga boleh menyertai extreme sport yg lain…

  26. zaman muda remaja dulu suka la tengok mamat2 duk main skateboard, nampak hensem jer..heheheh

  27. Remaja zaman skang suka main gadjet KK. Tapi haritu ada nampak gang2 skateboard main kat tasik perdana.

  28. Dulu minat tengok orang main, nk main tak reti

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.