Musim cuti sekolah pastinya ramai mempunyai pelbagai rancangan. Kebetulan saya ada majlis perkahwinan saudara di JB. Cuma sayang, puan Mem menyusul kemudian disebabkan perlu menemani anak ke 3 menghadiri program UPSR-DIDIK yang diadakan pada tarikh sama. Justeru, atas permintaan anak-anak, kami singgah ke Dataran Bandaraya Johor Bahru… santai bergambar di Padang Sri Gelam, lokasi latihan pasukan bola sepak Harimau Selatan… 🙂
Harimau Selatan, Southern Tigers,

Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim

Siapa peminat JDT?… Maklumlah, saya dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di Pontian sehinggalah mencecah usia 18 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun semenjak itu terus menetap di Selangor sehingga kini, namun jika melibatkan bola sepak tempatan, pastilah kena beri sokongan kepada pasukan JDT… tanah kelahiran, tempat tumpahnya darah ku.
Berbeza dengan anak-anak yang semuanya dilahirkan di Selangor. Mereka boleh memilih pasukan feveret sama ada The Red Giants atau Southern Tigers. Disebabkan selalu pulang ke Johor setakat ini membuatkan mereka terdorong memilih JDT sebagai pasukan feveret. Ibu bapa hometown Johor, kenalah dia orang ikut hehee… 😀
Southern Tigers, Harimau Selatan, JDT,

Kenangan Johor Dan Bola Sepak Tanah Air

Sebenarnya agak lama saya tidak mengikuti perkembangan bola sepak. Kali terakhir sebagai penyokong tegar sewaktu di sekolah menengah. Permulaan mendapat izin ibu bapa menyaksikan beberapa perlawanan di stadium Larkin. Masih segar dalam ingatan, sewaktu pasukan Johor berada dalam prestasi cemerlang. Sekitar 1991 pasti mengimbau nama-nama seperti Ervin Boban atau Alistair Edward… paling teruja bila dapat bersalam pada sesi bersama peminat ketika itu… teruja.
Setelah meningkat dewasa, berhijrah melanjutkan pelajaran dan merantau ke pelbagai tempat hinggalah bermastautin di Selangor, saya kurang mengikuti perkembangan bola sepak kecuali World Cup. Namun, apabila anak meningkat dewasa… angin bola sepak muncul kembali. Pengaruh allahyarham atuk mereka yang merupakan bekas pemain dan peminat bola sepak, juga penyokong tegar JDT sejak dulu. Itulah… pengaruh atuk sebenarnya lebih kuat dari ayah huhu.

Kelab Anak Bangsa Johor Di Perantauan

Saya berkesempatan berbual bersama ‘old timer bola’, rakan allahyarham bapa yang lama tidak berjumpa. Selain perkhabaran, pelbagai topik juga dikongsi termasuk informasi terkini tentang penubuhan Kelab Anak Bangsa Johor Di Perantauan yang bakal diusahakan. Menarik… peluang menambah kenalan dan silaturrahim kepada bangsa Johor di Perantauan.
Harimau Selatan, Southern Tigers, JDT,
Apa pun, bila melihat infrastruktur persediaan Pasukan JDT sememangnya nampak komitmen besar yang berbeza berbanding dahulu. Seronok melihat perkembangan yang berlaku hasil usaha pelbagai pihak dengan sokongan padu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim sendiri. Semoga JDT terus sukses… Luaskan Kuasamu!.. aauummm.
Semangat Harimau Selatan di musim cuti sekolah… mengabadikan coretan buat tatapan masa-masa mendatang. Semoga menjadi antara kenangan berharga ceria sekeluarga, in shaa Allah.
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

12 Comments

  1. Assalammualaikum… khir,

    wahhh.. best kan dapat ambik gambar padang sri gelam… tempat latihan pemain JDT..

    mselim3

    pls: khir stadium larkin pun dah cantik .. boleh lah gi nanti.

  2. wow..bestnya jadi peminat JDT bersama anak-anak

  3. rindu pulak saya pada johor ! walaupun saya bukan org johor tapi susun galur saya banyak di johor !

    arwah atuk org johor..adik beradik sepupu semua masih ada lagi disana (makcik pakcik sedara saya) dan abah mertua saya juga org johor maka saya nak mengaku org johor jugak la ! hehehe…

    Seronok tengok JDT kembalikan aura bola ! betul..kalau takde yang "bergerak" macam TMJ tu makna nyer suam suam kuku je bola sepak kita.

  4. Wahhh selamanya JDT di hati nampaknya ni 🙂

  5. Luaskan kuasa mu….hehe

  6. Peminat bolasepak JDT sekarang memang beruntung kerana mempunyai orang-orang yang memang minat nak memajukan bolasepak johor dan bukan sekadar untuk memenuhi kocek sendiri..hopefully keadaan ini akan kekal supaya pasukan lain dpt bersaing secara kompetatif dengan JDT….

    Regards,
    -Strider-

  7. Luaskan kuasa mu…saya pun penyokong JDT

  8. Pasukqn bola sepak Johor tahun 1991…Jangan lupa nama Abbas Saad..:)

  9. Alhamdulillah dengan izinNya berkat usaha TMJ..bola sepak Negeri Johor kian pesan membangun…menyambung legasi terdahulu…moga terus success..

  10. luaskan kuasamu, tahniah JDT

  11. tak minat bola
    tapi syok tgk gambar uosl kat padang bola tu happening
    awat x bawa bola..leh acah2 main bola JDT hehe

  12. saya nk tulis J je hahahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.