Sejarah hedonismePendidikan 

Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia

Baru-baru ini saya sekali lagi menerima pertanyaan berkenaan isu sosio pendidikan. Kali ini berkaitan artikel yang pernah dikongsikan satu masa dahulu bertajuk Gejala Hedonisme Di Malaysia.

Soalan ini telah diutarakan oleh seorang penuntut institusi pengajian tinggi yang ingin mendapatkan sumber rujukan lanjut bagi menjelaskan fakta tentang sejarah bermula hedonisme di Malaysia. Terima kasih atas kesudian saudari Izzati mengutarakan persoalan tersebut.

Bermulanya hedonisme di Malaysia

Pengkajian Hedonisme Di Malaysia

Berdasarkan kaji selidik bersama beberapa aktivis, usahawan sosial dan NGO yang pernah dilaksanakan sebelum ini mendapati sumber rasmi mengenai sejarah bermulanya Hedonisme di Malaysia ini sebenarnya belum lagi dijelaskan secara terperinci.

Pengajian yang kami laksanakan pada sekitar penghujung 2013 melibatkan pencarian data sama ada berdasarkan rujukan beberapa NGO, aktivis dan pengkaji sosial termasuk maklumat melalui carian siber demi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai gejala hedonisme.

Justeru, kami telah melakukan beberapa kaji selidik latar belakang remaja bagi mengenalpasti symptom tarikan mereka terhadap hedonisme moden kini.

Kajian turut dilakukan secara tanpa sedar semasa program KL EDGE Day anjuran Drug Free Youth Association. Ia merupakan acara menyuntik kesedaran positif berterusan kepada remaja yang menggemari muzik berentak keras dan berpegang kepada aliran Straight Edge. Artikel tersebut boleh dibaca di sini > KL Edge Day 2013

Selain itu, saya juga ada mengumpulkan maklumat melalui beberapa aktiviti intervensi yang pernah dilaksanakan. Individu yang dipilih adalah mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah atas tujuan hiburan.

Mereka bukanlah jenis penagih dadah tegar sebaliknya penagih jenis dadah sintetik yang diambil untuk tujuan berhibur. Mereka akui melalui pengambilan ‘fun drugs’ ini, hiburan berterusan selama satu hari memang dirasakan tidak cukup, sehinggalah mereka tertangkap polis dan dihadapkan tindakan undang-undang.

Sejarah Hedonisme Di Malaysia

Berdasarkan kaji selidik melalui kesemua sumber dan subjek di atas mendapati pengaruh utama hedonisme ini sebenarnya timbul dari pengaruh kehidupan keluarga mereka sendiri.

Terdapat 30 peratus maklumat yang diperolehi berdasarkan kaji selidik menyatakan mereka sebenarnya terdorong melalui budaya dan gaya hidup ibu bapa dan datuk nenek mereka sendiri. Manakala 70 peratus lagi terikut dengan pengaruh rakan sebaya dari golongan 30 peratus itu yang cenderung dan sentiasa teruja dengan hiburan melampau.

Bermulanya hedonisme di Malaysia
Antara kenyataan perbualan daripada beberapa subjek utama adalah seperti berikut…
Kenyataan 1 : “Enjoy sakan ni biasalah bang.. dari zaman kecil dulu pun ayah kaki enjoy juga. Nasib baiklah mabuk-mabuk pun masih ingat balik rumah. Dari zaman atuk pun ikutkan cerita ayah lagi teruk.. layan ronggeng.. rock n’ roll sampai ke pagi. Zaman tu lagi ‘pure’..”
Kenyataan 2 : “Layan ice (syabu) buat saya tak boleh tidur… boleh enjoy sampai ke pagi. Punca pun dari cerita-cerita zaman datuk neneklah… Dia orang lagi ‘havoc’ sebenarnya… waktu tu ramai layan whiskey.. beer.. lagi advance pekena heroin… candu… Kalau orang-orang KL atau Singapore zaman 60an ni taulah kan… Baru merdeka, pengaruh barat masih kuat lagi…”
 
Kenyataan 3 : “Ikut member punya hal jadi layan sekali… mula-mula ikut sebab nak jaga hati member… lepas tu sendiri terjebak jadi tak tau nak balik rumah dah hahaa.. “
 
Kenyataan 4 : “Saya tak layan drugs-drugs ni. Saya stay sober, cuma bila bab entertainment ni memang hyper sikit. Memang dah keturunan jenis kaki muzik… Kami tau apa yang salah dengan undang-undang, Cuma bila bab ‘gig’ ni memang tak tertahan.. sampai pagi pun layannn…”
Kenyataan diatas direkodkan daripada mereka yang dianggap pencetus utama kepada gejala hedonisme. Mereka mampu mempengaruhi rakan-rakan sebaya lain terutamanya yang kurang mendapat perhatian dari ibu bapa serta keluarga. Kebanyakkan yang terpengaruh disebabkan ‘pengaruh kawan’ adalah remaja yang berlatarkan keluarga senang. Mereka yang mudah mendapat wang ringgit dari ibu bapa tanpa bimbingan
kekeluargaan yang sewajarnya.

Hedonisme Dahulu, Kini Dan Akan Datang

Berdasarkan pertemuan dengan hampir 200 remaja dan dewasa berpotensi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru pada tahun 2013 mendapati pengaruh hedonisme ini berakar umbi dari mereka yang mempunyai latar belakang ‘keluarga senang‘ yang gemar berhibur. Tanpa disedari pengaruh dari yang tua membawa hingga ke generasi termuda melalui perbualan, penceritaan dan perlakuan yang berlaku melalui
proses pembesaran subjek dalam keluarga itu sendiri.
Secara tidak sedar juga, didikan yang terbentuk dalam diri golongan akar umbi ini sebenarnya mampu mempengaruhi rakan sebaya yang lain dengan mudah.

Berdasarkan kaji selidik juga kami berpendapat bahawa trend hedonisme moden ini secara nyata mula subur sekitar awal 60an. Golongan generasi ini semakin bertambah pada hari ini dan mula kelihatan dikhalayak ramai sehingga mampu menggugat kesejahteraan sosial masyarakat dan negara.

Rujukan Rasmi Berkenaan Hedonisme Di Malaysia
Berdasarkan apa yang saya ketahui, belum ada lagi maklumat rasmi tentang punca dan sejarah bermulanya gejala hedonisme di Malaysia yang diperolehi sehingga kini. Pengkajian yang telah dilakukan ini juga merupakan sebahagian kecil fakta yang dikumpulkan demi membantu mencipta rujukan untuk kebaikan pengkajian sosial. Ia diperolehi melalui kaji selidik jalanan secara praktikal dengan berhadapan individu yang pernah terlibat dalam gejala hedonisme itu sendiri.
Sesungguhnya kaji selidik dan tesis yang saudari laksanakan nanti juga pastinya membantu mengukuhkan lagi maklumat tentang hedonisme ini. Setakat ini, artikel ini sahaja yang mampu dikongsikan bagi membantu hasrat saudari Izzati.

Mudah-mudahan ia juga membantu saudari dalam menyumbang memperkasa pembangunan sosial sejahtera demi kebaikan generasi akan datang. Semoga berjaya… In shaa Allah.

Justeru kepada pembaca yang dihormati, sekiranya ada maklumat atau pendapat lain yang bermanfaat dalam membantu memperkasakan informasi Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia, mohon kongsikan di ruang komen demi kebaikan bersama.

Related posts

20 Thoughts to “Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia”

  1. Semoga perkongsian KK dapat membantu saudari Izzati ^^

  2. Begitulah adatnya dunia, ketika senang lupa kepada Allah, bila susah akan menyalahkan Allah pula..

  3. hmm..saya dah cuba juga akses dalam UKM Gemilang untuk cari rujukan tentang hedonisme..nampaknya memang belum ada..tapi saya cuba cari lagi..kalau ada nanti saya kongsi dekat sini ye.. ^^

  4. bila difikirkan..memang ajaib saya boleh survive membesar dekat KL dengan hedonisme di kiri kanan..huhuhu.

    semog artikel ni dapat membantu izati ye..

  5. HAnya yang pakar mampu memberi penerangan dan informasi sebaik ini. Kalau dilihat…kebanyakkannya bermula apabila mahukan hiburan untuk lari dari masalah dan tekanan. Hiburan dalam Islam juga yg terbaik!

  6. Kehidupan bebas…berhibur dengan cara yang bukan2 dan tidak terkawal..itu semua antara punca. Moga kita semua dapat memainkan peranan masing2 dalam menangani masalah ini..baik dari peranan sebagai ibu bapa dan juga sebahagian dari anggota masyarakat am nya.
    Good sharing KK..

  7. AvatarAnonymous

    Bahaya jugak ni. Kita kena sentiasa memantau pergerakan anak². Artikel yg menarik khir..

  8. Thanks KK atas sharing ni. Banyak beri informasi.

    Sangat gerun melihat gejala hedonisma yang semakin berleluasa. Semoga kita dan keturunan serta ahli keluarga kita terus dilindungi dari pengaruh berbahaya ini

  9. perkongsian yang menarik,sy dapat ilmu baru hari ni.

  10. Assalamualaikum, maaflah saudara Khir, agak lama say tak blogwalking. Entry-entry terbitan Khir sangat bermanfaat dan berilmiah. tentang Hedonisme ini, walaupun saya tidak arif, tapi pendapat saya, ibubapa tidak boleh menceritakan walau sedikitpun keburukan lampau mereka. ia lebih senang kalau di sembunyikan untuk mengelakkan anak berkata, "Ahh..tidak mengapa buat begitu". Begitu juga bila mereka berkawan, emak ayah memang tidak boleh kongkong keterlaluan, mesti memberi mereka sedikit pengalaman (sedikit sahaja), tetapi mesti mengenali potensi anak itu di samping penekanan ke atas perkara yang salah dan betul. Remaja dan anak-anak ini masih perlukan bimbingan, tidak boleh dilepas liar begitu sahaja.

  11. Saya setuju dengan Cetusan Minda, salah satu faktor penyumbangnya adalah kawan. Pilih kawan yang salah – salahlah, kita akhirnya. Selain itu pengaruh ' DNA WARISAN SIKAP' dari ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada percampuran
    yang tidak terkawal, mak bapak buat hal masing-masing sehingga terlupa hal didikan agama. Hedonisme, menyebut namnya pun dah buat seriau. Moga anak-anak kita semua terpelihara dari pengaruh buruk ini.

  12. anak muda kebanyakkan tak tahu cara meredakan tekanan sec positif jadi mereka memilih cara begitu…

  13. sy setuju bla mengatakan 70% pengaruh adalah drpd rakan2… silap terplh…mmg boleh hancur. ini berdasarkan pemerhatian sy spnjg lbh 10 thn ddk di KL ni…anak2 jiran yg berkwn dgn bdk2 baik, alhamdulillah dia pun jd baik. yg berkwn dgn kaki ponteng sekolah, lepak etc. ni…mmmm x tau laa nk ckp ckp perangainya…

  14. Memang benar kebanyakan pengaruh terbesar daripada keluarga sendiri. Sama ada mereka juga pernah melakukan perkara yang sama atau mereka jenis yang tidak kisah dengan kegiatan anak-anak. Memang sedih juga sebenarnya sedangkan anak-anak adalah anugerah yang sangat berharga.

  15. alhamdulilah kerana perkongsian entri yg bermanfaat menjadi rujukan kepada student di laur sana

  16. Zaman hedonisme ni dah lama dah wujud. Sejak dari era Ronggeng Rokiah lagi. Haha. Cuma term dia belum start digunakan je lagi.

  17. wow…saudara KK memang tak penah gagal mengupas isu
    yang cukup menarik ni, kalau saya mau demam nak buatnya
    salute dengan KK

  18. Macam-macam gejala yang melanda negara kita kan kalau kebanjiran kelab2 malam tidak ditangani dengan baik. Sepatutnya ditutup sahaja tempat yang banyak membinasakan pemuda pemudi negara kita. Tak mendatangkan manfaat pun

  19. HEDONISME …Isu yang cukup panas untuk diketengahkan..Satu kupasan menarik ..semoga kita juga mendapat manfaat dari info yang telah KK kongsikan ..Susah juga untyuk mendapatkan maklumat mengenai HEDONISME..Tahniah KK kerana berjaya mengupas isu ini sebaik mungkin,..

Leave a Comment

CommentLuv badge