Sepetang Bersama Blogger 2016
Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) merupakan majlis tahunan yang menyaksikan pertemuan penulis-penulis blog, usahawan online dan aktivis media sosial seluruh Malaysia dan nusantara. Majlis anjuran Denaihati Network ini telah berlangsung dengan meriah pada 16 April 2016 bertempat di Grand Cambell Hotel, Kuala Lumpur.
Sepetang Bersama Blogger 2016, SBB2016,

Sepetang Bersama Blogger 2016

Tahun ini merupakan tahun ke-5 majlis ini diadakan sejak 2012. Merupakan peluang paling terbaik menjalin silaturrahim dan menambah kenalan baru yang kebiasaannya hanya berhubung di alam maya. Maka tidak menjadi kehairanan apabila hanya bertemu sekali dalam setahun atau dua, tetapi kemesraan seolah-olah biasa berjumpa setiap hari.
Pengisian majlis mengetengahkan pelbagai perkongsian bermanfaat dari mereka yang berjaya dalam industri online. Menjadi fenomena terutama dalam bidang keusahawanan di mana kelebihan blog dan media sosial mampu dimanfaatkan untuk menjana pendapatan dan membina reputasi perniagaan. Ia memerlukan ilmu, bimbingan dan fokus untuk berjaya sebagai usahawan digital era IT dan globalisasi ini.
Sepetang Bersama Blogger 2016, SBB2016,

Kemeriahan Sepetang Bersama Blogger 2016

Mengabadikan beberapa gambar di blog ini sebagai kenangan ukhwah bersama yang hadir. Mohon kemaafan juga kepada yang tak berkesempatan bergambar. Maklumlah dalam kemeriahan majlis dan kesibukan berbual-bual sana sini, ada yang terlepas pula nak bergambar huhuโ€ฆ
Uncle Gedek, King Selfie Malaysia, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger, Khir Khalid,
King of Selfie Malaysia… Uncle Gedek… muka wajib ketat huhu
Khairuddin Lim, Kaki Travel, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Tuan Khairuddin Lim @ Kaki Travel
Nur Misnan, Kongsi Bersama Nora, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Kredit pic to : kongsibersamanora.blogspot.com
Qiya Saad, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Blogger Qiya Saad
Hasrul Hassan, sifu blogspot, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Sifu blogspot Malaysia, Tuan Hasrul Hassan @ hasrulhassan.com
Artikel beliau banyak mengajar bahawa blog bukan sekadar menulis… banyak saya belajar.
Penat meng’upload’ gambar satu persatu ke blog tapi masih terasa kemeriahannya. Kenangan manis yang terasa sayang kalau tak diabadikan di sini seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Takpelah walaupun banyak ye tak… bukan selalu. Yang berlalu tak akan kembali… hanya kenangan tersemat di hati chewah… ๐Ÿ˜€
Cik Pinz, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Blogger Ariffin Hamzah @ CikPinz
Projek Blogger Utara, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Geng Projek Blogger Utara… back up kuat kalau saya ke utara na… ๐Ÿ™‚
Shamiera Osment, Izara Qistina, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Kredit pic: Shamiera Osment, Izara Qistina & sifu HH
Norman Hakim, Memey Suhaiza, Ephyra, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Bersama Norman dan Memey selaku duta penaja Ephyra
Kotak Lensa, Khir Khalid, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Pic win family dari penaja Kotak Lensa… gua rawks!! ๐Ÿ˜€
Bro Framestone, Eshamz Halim, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Bro Framestone & Eshamz Halim
Khir Khalid, Red Mummy, Hilal Azmi, Abang Ensem, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Bersama Abang Ensem, Red Mummy dan Hilal Azmi
Adi Putra, Khir Khalid, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Abang Jai… back up gua, abang kawasan kat KL nie hehee… ๐Ÿ˜€
Eshamz Halim, Cheq Eem, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Lebih 3 tahun kami kenal dari dunia berblogging.. bro Eshamz and wife, Cheq Eem
SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Wefie bro Eizil
Pendekar Berkuda, SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
PB Legacy @ Pendekar Berkuda
SBB2016, Sepetang Bersama Blogger,
Team Denaihati Network dan AJK SBB2016
Sekalung Penghargaan #SBB2016
Tahun ini merupakan majlis Sepetang Bersama Blogger ke-3 saya sertai sejak SBB2014 dan SBB2015, juga merupakan yang kedua berpeluang terlibat sebagai AJK majlis. Ia menjadi antara pengalaman yang berharga buat diri ini dalam dunia berblogging. Semoga silaturrahim yang terbina membuka lebih banyak peluang melangkah maju ke arah kejayaan.
Sepetang Bersama Blogger, SBB2016
Sekalung penghargaan terima kasih kepada Denaihati Network juga kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selaku penaja utama dan penaja-penaja amnahome.com, Richwork Academy, Ephyra, Jopana.my, Zeeta, Aleeyaโ€™s Kitchen, Firdausazizi.com, Abangensem.com, Penmerah.com, eQurban, Sohaini Cookies, Jus Bob Nanas dan Upin Ipin Oficial.
Semoga dapat kita bertemu lagi di tahun hadapan dan seterusnya dengan izin Illahi, in shaa Allah

24 Thoughts to “Sepetang Bersama Blogger SBB2016”

  1. ikhwan yusuff

    wah.. meriah ramai blogger yang hadir.. ๐Ÿ˜€

  2. Salam perkenalan Khir Khalid yang sebenar nyer saya malu bila tiba-tiba disapa..hehehee..semoga terus bersahabat ye kita.

  3. melihat gambar tersebut saya terasa kemeriahannya..in shaa Allah tahun akan datang saya juga berkesempatan juga pergi SBB

  4. Nikmat ukhuwah…seronoknya….Ya Allah satukan ukhuwah ini hingga ke syurgaMU…amin…

  5. seronoknya dapat bertemu ramai rakan blogger di majlis yg sgt meriah.

  6. Terima kasih atas persahabatan. Semoga hubungan kita bertambah erat sehingga ke Jannah.

  7. Teman sentiasa doa agar bro berjaya selalu.

  8. Yeee..ada gak gambar CP ngan team Projek Blogger Utara…

  9. el

    ada seketul gambar weols projek blogger utara ngan uols. sangat terharu..kalo ada jodoh kita jumpa lagi aaaummm hahaha salam kenal dari el (arwendanish.blogspot.com)

  10. sukanya ada gambar kami dari projek blogger utara..

    http://izzeyda.blogspot.com/

  11. Meriah ! Nani tak berpeluang nak pergi sebab ada hal lain. Huhu T_T

  12. Tak ada gambar kita, okay bye hahaha

  13. Meriahnya suasana tahun ni dengan penajaan yang banyak dan blogger punramai yang turut serta

  14. mnarik tgk pic2 dari bro khir..

    mmg terasa kemeriahannyaa..

  15. Meriah betul nampaknya..
    Untung weiii…dapat gambo dengan retis ๐Ÿ™‚

  16. Best best sbb2016 mmg meriah. Syukur alhamdulillah diberi peluang berada di atas pentas.

    Tahniah penganjur yg berjaya bawa ramai blogger ke majlis ni. Terbaik.

  17. Nasib baik ada gambar sis..kalu tak majuk..hahaha

    Tapi serious memang seronok sangat bila kumpul ramai2 cam ni. Harap ada lagi majlis macam ni

  18. Jelesnya. Bila lah agaknya Fyna boleh jumpa rakan-rakan blogger yang lain macam tue kan?

  19. OZIE MAHSA

    wah..bestnya…napa tak ajak..hihii akak kenal nora tu lah…

  20. tahniah! hehe walau tak turut serta sebab kerja servis penulisan dan blog pax+ tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan event ini,sungguh meriah apabila melihat rakan rakan blogger memuat naik foto foto sekitar SBB2016 ๐Ÿ™‚

  21. Ini kali kedua berwifie dengan abg KK..:)

  22. Sumber Informasi

    mmg meriah tu . ramai lagi saya masih tak kenal …

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.