Hari Penjara Parol WPKLPortfolio 

Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Kuala Lumpur

Pada Khamis (19/3/2015), telah berlangsungnya Sambutan Hari Penjara
yang ke-225 bagi peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri W.P. Kuala Lumpur
. Majlis sambutan bermula pada jam 9 pagi bertempat di Pejabat Parol Negeri W.P. Kuala Lumpur

Sambutan Hari Penjara Parol Kuala Lumpur

Majlis Sambutan Hari Penjara peringkat Parol Kuala Lumpur ini diadakan dalam suasana sederhana dengan intipati pengisian bermanfaat buat semua anggota yang hadir. Ia dimulakan dengan bacaan doa disertakan dengan ucapan yang disampaikan oleh PP Saidun Othman selaku Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri, W.P. Kuala Lumpur.
Acara diteruskan dengan sesi bacaan Yaasin dan doa selamat agar segala urusan yang dilaksanakan sentiasa berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan Allah swt. Majlis sambutan pada sebelah pagi berakhir selepas selesai bacaan Yaasin dan doa selamat. Ia kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi intervensi kekeluargaan bersama sukarelawan Parol yang bermula sekitar jam 2:30 petang.
Bacaan Yaasin dan doa selamat Parol WPKL
Bacaan Yaasin dan doa selamat sempena Sambutan Hari Penjara ke-225
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur

Intervensi Kekeluargaan Bersama Sukarelawan Parol

Pengisian intervensi kekeluargaan merupakan acara sambutan sebelah petang dengan program santai perlawanan bowling bersama anggota dan sukarelawan parol Kuala Lumpur. Ia telah diadakan di Pusat Rekreasi Bowling, Brem Mall, Kepong. Turut hadir adalah bekas Orang DiParol dibawah penyeliaan Parol Kuala Lumpur yang telah pun menamatkan tempoh hukuman dan kini menjalani kehidupan dengan sebaiknya.
Perlawanan bowling yang diadakan ini hanyalah acara persahabatan tanpa melibatkan pemilihan pemenang. Tujuan utama adalah bagi memastikan silaturrahim yang terjalin diantara semua yang terlibat sentiasa akrab dan saksama. Ia sememangnya penting agar segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan sentiasa dapat mencapai hasrat dengan jayanya.
Perlawanan Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Perlawanan Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Antara ahli keluarga rakan seperjuangan yang turut hadir
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
‘Game point’ pusingan pertama.. semua belum panas lagi ni… πŸ˜€
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Barbaritos.. hidangan daripada rakan yang merupakan pengusaha makanan Mexico.
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Fokus bro.. fokus… πŸ˜€
Acara bowling yang berlangsung dengan 3 pusingan perlawanan berakhir sekitar jam 5:30 petang. Intervensi kekeluargaan ini sesungguhnya juga dapat memperkasa informasi melalui perbincangan dan perkongsian santai diantara anggota dan sukarelawan Parol sepanjang perlawanan bowling berlangsung. Mudah-mudahan segala intipati Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Luala Lumpur ini menjadi penyuntik inspirasi dan semangat kepada semua dalam meneruskan amanat tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat dan negara… aamiin.
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Ahli Keluarga Parol W.P. Kuala Lumpur
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)Β  untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayahΒ  berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

34 Thoughts to “Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Kuala Lumpur”

  1. AvatarNurul Hidayah

    Aktiviti yang sangat bagus untuk menggalakkan lagi ikatan silaturahim bertambah erat..

  2. AvatarNurul Hidayah

    Aktiviti yang sangat bagus untuk menggalakkan lagi ikatan silaturahim bertambah erat..

    1. Alhamdulillah Nurul.. aktiviti mcm ni mmg penting utk pengukuhan silaturrrahim semua.. πŸ™‚

  3. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    wahh.. bestnyer main bowling… dapat eratkan hubungan sesama staff..

    mselim3

    pls: mselim3 teringat masa kat kg main bowling kelapa…

    1. Waalaikummussalam.. Hehee.. bowling kelapa mmg nostalgia tu.. masih menjadi mainan pilihan dlm kebanyakkan sukaneka tu MSelim.. πŸ˜€

  4. AvatarKisahati Wanie

    bagus dan menarik ada aktiviti macam ni…merapatkan lagi ukhuwah antara sesama rakan sekerja..

    1. Betul tu Wanie. Di KL ni aktiviti yg paling sesuai spt ini adalah bowling. Tak panas, santai tapi beermatlamat juga.. πŸ™‚

  5. Sekali sekala beraktiviti macam ni seronok juga. Tak la stress dengan kerja sangat.

    1. Betul tu CP.. menambah lagi semangat utk bekerja juga.. πŸ™‚

  6. AvatarAnonymous

    Wah…bestnyer aktiviti begini..

    1. Mmg best.. seronok juga walaupun tangan lenguh layan bowling hehee

  7. Sedap pulak nampak barbaritos tu….
    Baru hari ni tau…tekak Mexico rupanya..heh..heh πŸ˜€

    1. Memang asal keturunan saya pun ada yg dari mexico… eh.. terlepas maklumat peribadi pulak huhu.. πŸ˜€

  8. Alhamdulillah majlis berjalan lancar ..Syukur syukur … Alamak Barbaritos.. la pulak hehe nampak sedapp jer ..Walaupon tak penah makan tgk gambar kat sini jer tapi macam sedapp jer tu …Wah seronoknya dapat berkumpul ramai2 ..Layan pulak main bowling lagi laa meriah..

    1. Alhamdulillah Lya.. memang seronok. Tambahan lagi ada barbaritos tu.. mmg speedy gonzales lah jadinya.. πŸ˜€

  9. AvatarCetusan Minda

    saya sebenarnya x pernah main bowling … klu main mcm saya je yg begolek kat situ nanti … heee … ikea ok je

    1. Hehee.. itu yg buat game lagi seronok tu hehee.. πŸ˜€

  10. main bowling memang best tau!

    1. Mmg best.. paling best tengok yg bola ke longkang. Lagi meriah.. πŸ˜€

  11. Salam KK…

    bestnyer sekali2 bersantai…makan2…lupa sekejap tekanan kerja …barbaritos tu buat bunda lapar jer pagi2 ni…hehe..

    1. Waalaikummussalam Bunda.. saya tengok gambar barbaritos tu pun jadi lapar juga huhu

  12. Barbaritos tu macam roti nan jer dibungkus dan berinti…macam mana rasanya ek?…nampak sedap jer..

    1. Rasanya mcm kebab dgn roti pita.. mcm makanan arab yg nama shawarma tu, cuma rencah dan sos dia yg agak berbeza. Memang sedap Bunda.. πŸ™‚

  13. Best ada majlis camni dapat hilangkan stress kerja dan mengeratkan silaturahim antara kita…

    1. Alhamdulillah.. betul tu Zumal.. πŸ™‚

  14. baguslah untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita.

    http://www.adarain.com/

    1. Alhamdulillah betul tu Bahrain.. mudah2an silaturrahim sentiasa akrab.. πŸ™‚

  15. Sambutan ke 225 tahun ke atau 225 hari ni? Kalau tahun…lama juga tu! 225 tahun di Malaysia lah maknanya ye? Kalau dah sedemikian lama kewujudannya…wajar diberi pendedahan dan promosi meluas nih! Antara pertubuhan tertua di Malaysia kot!

    1. Betul tu BM.. kajian baru dibuat melibatkan sejarah yg melakar sehingga 225 tahun dahulu. Memang lama dan wajar diberi pendedahan utk kesedaran semua.

      ps/ kalau 225 hari.. baby baru lahir pun belum cukup setahun hehee.. πŸ˜€

  16. 225 tahun?lamanya…lagi tua dari PDRM.diorang pun baru 208 tahun

    1. Apa yg saya difahamkan, skrng pdrm pun nak diselaraskan dgn penjara dgn sejarah yg bermula 225 tahun yg lalu. Cuma belum dpt kepastian secara rasmi je lagi.. πŸ™‚

  17. uiiiiii lama tu!!! kira otai sesangat da tu… 225 thn!!!

    tahniah!!

  18. sambutan ke 225 tahun? fuh! lap peluh…suka main bowling walaupun setiap kai main bola cecah ke longkang

  19. time dok scroll ni, terpandang gambo Barbaritos…bikin lapo
    anyway dah 255 thn? lama sungguh
    kenapa berbeza polis dan penjara ye?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.