Syawal kini menjelma, meninggalkan Ramadan Al Mubarak penuh kemuliaan sebagai kenangan kesedaran dan keinsafan. Moga rahmat dan keberkatannya berterusan dirasai.
Hari ini mengambil sedikit waktu terluang pada malam 2 Syawal 1439H untuk berkongsi coretan kepada seluruh pembaca dan subscribers yang dikasihi. Tiada apa yang lebih menggembirakan pada hari seperti ini selain meraikan keceriaan bersama mereka yang tercinta.
Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2018
Hari Raya Aidilfitri 2018, kami raikan di Pontian, Johor. Tidak melepaskan peluang seperti kebiasaannya mengabadikan gambar sekeluarga sebagai kenangan Aidilfitri.
Maklumlah kalau dah balik kampung sempena Aidilfitri, ketupat, lemang, burasak, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi memang sarat memenuhi perut hingga ke hari ini. Tak sampai hati nak kongsikan… takut la kempunan terutama yang baca lepas-lepas musim raya nanti haha.
Ok… tahun ini juga saya bersyukur kerana berpeluang berhubung kembali dengan lebih ramai lagi sahabat lama rakan sepengajian dan yang pernah sama-sama bekerja di sini dan luar negara dahulu. Tidak ketinggalan juga, dapat berkumpul bersama sahabat sekampung yang jarang dapat bertemu.
Aidilfitri, Sahabat Dan Nostalgia Yang Dihargai
Kepada sahabat sekampung, banyak nostalgia sejak dizaman awal mula bersekolah hingga ke peringkat sekolah menengah yang mencuit hati. Tersentuh juga bila mengenang ada diantaranya yang telah pergi… Al Fatihah (dibaca) buat semua sahabat yang telah pergi meninggalkan kita.
Bagi sahabat sepengajian di University of Wolverhampton, United Kingdom, juga tidak terlepas mencungkil pelbagai nostalgia. Ia pengalaman pertama kali buat diri ini menyambut Aidilfitri di perantauan yang dikongsi bersama rakan muslim dan non-muslim warga Malaysia seluruhnya.
Bagi yang pernah sama-sama bekerja di luar negara dan meraikan Aidilfitri di Queensland, Australia, Frankfurt, Germany dan Jakarta, Indonesia, ia sesungguhnya pengalaman dan nostalgia yang dihargai. Malah ada permintaan rakan agar dinukilkan pengalaman ini di masa terluang sebagai coretan kenangan dan rujukan bermanfaat.
Masa berlalu amat pantas… pelbagai nostalgia Aidilfitri dari tahun ke tahun hingga membawa Aidilfitri tahun ini. Sedar tak sedar, anak-anak pun semakin membesar dan meningkat remaja.
Salam Lebaran – Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018
Namun atas kesemua pandangan sahabat melalui pelbagai nostalgia Aidilfitri menyimpulkan, tiada tempat yang lebih istimewa menyambut Aidilfitri selain bersama keluarga, sanak saudara dan mereka yang tercinta, tak kira di mana juga kita berada.
Justeru, kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca yang dihormati. Ampun dan maaf atas sebarang salah dan silap bagi yang mengenali, juga segala kekhilafan dalam berkongsi pandangan dan coretan di laman blog ini.
Salam lebaran ceria Aidilfitri. semoga Allah swt sentiasa memberkati ukhwah kehidupan kita semua
dengan sepenuh rahmat dan kejayaanNya.. aamiin.
dengan sepenuh rahmat dan kejayaanNya.. aamiin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Salam Lebaran..Maaf Zahir Batin Tn sekeluarga..
Salam Lebaran dan maaf zahir batin buat PC sekeluarga juga 🙂
Selamat hari raya aidilfitri untuk Khir & keluarga. Maaf zahir dan batin.
Selamat hari raya aidilfitri utk Fidah Shah sekeluarga dan maaf zahir dan batin juga
Seronok kan bila dapat berkumpul sesama keluarga dan berjumpa sahabat handai masa raya ni. Macam2 kenangan boleh di borakkan.
Betul tu.. smpi rasa tak cukup masa pun ada hehee. Salam Aidilfitri Ana Suhana 🙂
selamat aidilfitri 1439H. maaf zahir dan batin
Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin juga Ayunie
selamat hri rya! maaf zahir & batin !
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga Fatimah Nabila 🙂
selamat hari raya maaf zahir batin
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga Hasliynda Umairah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga olaoli
selamat hari raya utk en khir sekeluarga… p/s hai menantu hahahahahahahahahahah
Selamat hari raya juga Anies… sett.. sy ok je hahahaa
Meriahhh! Selamat Hari Rayaa 🙂
Selamat hari raya. Sesungguhnya, ,merayakan lebaran bersama keluarga tercinta adlh kngn terindah..visit https://diarianggun.blogspot.com/2018/07/cara-pakai-skin-care-waktu-siang-untuk.html