Hari Raya Aidilfitri 2016
Menulis pada malam 1 Syawal bukan satu perkara yang mudah… Manakan tidak, seharian perut ini disumbat dengan bermacam-macam juadah hidangan… ketupat, lemang, burasak, pulut rending dan kari, serunding dan bermacam lagi termasuk minuman manis-manis di pelbagai lokasi kunjungan berhari raya. Tambahan lagi seharian berjalan ke sana sini sememangnya memeranjatkan badan dan perut ini setelah sebulan berpuasa.
Hari Raya Aidilfitri 2016
Salam Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga

Ekspresi Hari Raya 1 Syawal 2016/1437H

Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di Pontian, Johor, ‘hometown’ tempat saya dibesarkan. Merupakan tahun kedua berturut-turut meraikan hari raya pertama di sini setelah beberapa tahun di Kuala Lumpur. Cuma, raya tahun ini ibu saya tidak ke sini kerana berhasrat bersama nenda di rumah induk, berhari-raya bersama sanak saudara yang lain di Kuala Lumpur.
Sejurus selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga beraya di rumah mertua saya. Menikmati pelbagai juadah dan mengabadikan gambar-gambar kenangan 1 Syawal 2016 sekeluarga, sebelum bergerak meneruskan agenda berhari raya di rumah makcik dan saudara yang berdekatan.
Hari Raya Aidilfitri 2016
Bersama mertua di Pontian, Johor
Antara waktu beraya, kami berkesempatan juga singgah di Taman Rekreasi Pantai Rambah sekadar berposing sekeluarga sebelum menyambung beraya. Namun waktu terasa pantas berlalu, tidak semua rumah saudara mara dapat dikunjungi pada Hari Raya pertama ini, tetapi syukurlah dapat bertemu dan berkumpul bersama di hari yang menceriakan ini.
Hari Raya Aidilfitri 2016 , Pantai Rambah, Pontian,
Singgah petang di Taman Rekreasi Pantai Rambah
Hari Raya Aidilfitri 2016, Pantai Rambah Pontian,
Wefie poyo Hari Raya namanya ni huhu
Hari Raya Aidilfitri 2016, Pantai Rambah Pontian,
Si kecik kepenatan… sikit lagi nak jadi angry bird… tak nak senyum dah… 😀
Esok sudah Hari Raya kedua… agenda esok hari bercadang beraya di Johor Bahru pula. Mudah-mudahan keadaan trafik lancar dan dipermudahkan perjalanan dengan selamat. Beberapa hari menyambut Syawal di selatan tanah air ini, akan diusahakan untuk berkunjung sebaiknya terutamanya keluarga dan saudara mara mahupun sahabat handai, in shaa Allah.
Hari Raya Aidilfitri, Taman Rekreasi Pantai Rambah,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H

Justeru, kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 kepada yang mengenali, rakan-rakan blogger dan media serta semua sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap diri ini sepanjang perkenalan juga menulis berkongsi wadah insani di blog ini.
Semoga bersama-sama kita beroleh keberkatanNya atas silaturrahim ikhlas yang terjalin… aamiin.
Ok, esok nak raya lagi… Salam ceria Aidilfitri buat semua!! 🙂 🙂

10 Thoughts to “Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H”

  1. Selamat hari raya. maaf zahir dan batin..

  2. Huhu..slmt hari raya bro khir..mmg diakui susah nk manaip dihari raya pertama..

  3. Dalam suasana hari raya sempat juga tulis blog tuan

  4. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    selamat menyambut syawal.. dan selamat menyambut hari raya yang mulia.. minta maaf gak. Andai ada salah silap kata… sepanjang singgah dan komen kat sini..

    mselim3

  5. Selamat Hari Raya Tuan Khir sekeluarga 😉

  6. Selamat Hari Raya. Moga lebaran kali ini lebih bermakna 🙂

  7. Selamat hari raya Tn. Khir & family. Meriahnya bergambar ☺☺

  8. hahaha comelnya family abang KK. selamat hari raya aidilfitri. 🙂

    saya nak minta maaf andai pernah buat abg KK terasa hati ke apa dengan saya.

  9. el

    Salam Aidilfitri and Maaf Zahir Batin untuk semua
    bila nak beraya ngan team #PBU haha

  10. Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin, cantik pulak bila tengok orang pakai hitam.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.