Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019Ekspresi 

Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019

Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019 – Semasa artikel ini ditulis, kita sudah meraikan Aidilfitri pada 3 Syawal 1440H. Sungguh pantas masa berlalu… Ramadan pergi meninggalkan kita dan kini tiba bulan Syawal yang disambut penuh kemeriahan.

Pada kesempatan Aidilfitri, pasti akan ambil masa menulis ekspresi kekeluargaan demi menghargai hari yang berbahagia ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Maka tahun ini juga tidak mahu terlepas mengabadikan coretan penghargaan Aidilfitri di laman ini.

Hari Raya Aidilfitri 2019, Khir Khalid, Pemasaran Digital,

Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019

Hari Raya Aidilfitri tahun ini mempunyai keistimewaan tersendiri buat kami sekeluarga. Antara adalah peralihan rutin Hari Raya disebabkan anak-anak yang membesar terutamanya buat Kak Long.

Rezeki Kak Long terus dapat kerja sejurus tamat semester Asasi Sains UiTM, namun sayangnya hanya dapat cuti pada 1 Syawal dan mula kembali bekerja pada hari berikutnya. Maka sebagai bapa, saya kenalah berkorban menemani Kak Long di rumah selepas 1 Syawal sementara Puan Mem dan anak-anak yang lain terus beraya di kampung.

Walaupun Kak Long hanya bekerja untuk tempoh beberapa bulan sementara nak tunggu intake melanjutkan pelajaran, ia menjadi pengalaman pertama ‘Split Raya’ kami sekeluarga. Rasa macam mudah, tapi bila dah alami sendiri baru tau rasa sebenar bila pecah tradisi dari rutin raya.

Namun, Raya terus ceria walaupun berpecah seketika. Tahun ini sebahagian majlis saudara mara diwakili Puan Mem dan anak-anak yang lain, manakala yang berdekatan dapatlah saya penuhi sementara Kak Long pergi bekerja.

Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga

Justeru, sempena bulan yang berbahagia ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan subscriber dan pembaca termasuk yang mengenali diri ini dan ahli keluarga.

Kami menyusun jari memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap sepanjang silaturrahim yang terjalin. Mohon kemaafan juga dari saya sekiranya artikel-artikel yang ditulis selama ini ada yang menyinggung perasaan diantara kalian.

Semoga kita sentiasa diberkati dengan kebahagiaan serta kejayaan berterusan… aamiin.

Salam ceria Hari Raya Aidilfitri 2019 buat semua!

Jom baca entri Raya tahun lepas;

Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018

Related posts

7 Thoughts to “Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019”

  1. AvatarMarzuki Rmn

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat saudara Khir & family. Maaf zahir dan batin.

  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin daripada PC juga Tn.

  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin daripada PC juga Tn.Moga lebaran ini dilimpahi keberkatan DARI-NYA.

  4. SELAMAT HARI RAYA PROF KK N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN SEDIHKAN TERPISAH WALAU SEKEJAP

  5. assalamualaikum…

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya.

  6. Pejam celik pejam celik tahu-tahu je dah seminggu di bukan Syawal. Betapa cepatnya masa berlalu.
    Kerja Sendri recently posted…Niaga RayaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge