Riadah Parol WPKL, Bowling,Portfolio 

Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara

Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara – Tarikh 5 dan 6 November 2014, merupakan tarikh Sambutan Hari Penjara, Jabatan Penjara Malaysia yang ke 224. Sebelum berkongsi intipati acara yang telah berlangsung, pada artikel kali ini saya terlebih dahulu ingin berkongsi pengisian aktiviti riadah kekeluargaan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) pada petang Khamis (6/11/2014). Ia telah diadakan di Pusat Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju dan merupakan acara penutup Sambutan Hari Penjara bahagian Parol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aktiviti Parol WPKL di Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju

Aktiviti Riadah Parol WPKL Sempena Hari Penjara

Kenangan Sambutan Hari Penjara tahun-tahun sebelumnya masih segar dalam ingatan… sungguh pantas masa berlalu. Pernah saya abadikan di blog ini sambutan yang berlangsung 2013, di Dataran Pahlawan, Melaka dan boleh dibaca di sini >>> Kenangan Sambutan Hari Penjara ke-206
Pada tahun ini pula, saya berpeluang meraikan sambutan bersama-sama seluruh keluarga Parol WPKL dalam suasana sederhana namun penuh dengan pengisian ilmu. Pelbagai aktiviti pengisian ilmiah telah diadakan sepanjang 2 hari ia berlangsung. Bagi aktiviti riadah bowling ini, ia disertai anggota dan kakitangan termasuk sukarelawan yang terdiri dari motivator-motivator sosial, usahawan dan majikan yang membentuk sebagai kumpulan sokongan keluarga besar Parol WPKL dalam segmen pemutihan dan kitar semula modal insan di wilayah Kuala Lumpur ini.

Gambar-Gambar Aktiviti Riadah Bowling Parol WPKL

Saya bersyukur kerana berpeluang mengabadikan beberapa gambar bersama ahli keluarga Parol WPKL di blog ini sebagai kenangan sempena menyambut Hari Penjara Malaysia pada tahun ini.
Aktiviti Parol WPKL di Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju
Parol Kuala Lumpur, Khir Khalid
Parol Kuala Lumpur, Khir Khalid, Ijamala MN
Parol Kuala Lumpur
Selain acara santai bowling, pengisian aktiviti riadah diserikan juga dengan penyampaian sijil penghargaan model insan kepada majikan dan motivator sebagai menghargai usaha dan inisiatif yang disumbangkan. Ia disampaikan sendiri oleh PP Saidun Othman selaku Pengarah Parol WPKL selepas selesai aktiviti bowling seterusnya mengakhiri majlis Sambutan Hari Penjara Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Parol WPKL
Parol WPKL
Parol WPKL
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Kuala Lumpur

Penjara, Parol Dan Pemutihan Kitar Semula Modal Insan

Aktiviti yang bermula jam 3 petang ini berakhir sekitar jam 6 dengan penuh kemesraan. Kesempatan di sini, ingin juga saya perjelaskan berdasarkan pertanyaan di ruang komen pada beberapa artikel sebelum ini.
Saya juga merupakan salah seorang motivator sosial yang terlibat dalam melaksanakan amanah sebagai kumpulan sokongan Parol WPKL. Kisah berkaitan juga pernah saya nukilkan dahulu di sini >>> Motivasi… Sebagai Satu Platform Kejayaan
Justeru, sebagai blogger yang sweet, yang berteraskan ‘Lifestyle Blog On Social Awareness‘, adalah menjadi tanggungjawab bagi saya berkongsi usaha yang telah dilaksanakan secara telus kepada masyarakat. Nampak menghiburkan namun penuh dengan tanggungjawab dan cabaran.
Apa yang penting, mudah-mudahan dengan kefahaman pembaca sebagai anggota masyarakat juga dapat membantu membuka ruang sokongan kepada segmen insan yang diberi peluang kedua untuk memanfaatkannya ke arah yang positif dan diberkati… aamiin.
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Khir Khalid
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutama jenayah
berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

29 Thoughts to “Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara”

  1. AvatarIja Rased

    seronoknya aktiviti macamni, selain dapat bertukar pendapat, dapat meraptkan hubungan silatulrahim. alhamdulilah.

  2. AvatarMama Niza

    meriah betul dengan aktiviti sihat begini..

    Ikhlas Dari : Mama Niza

  3. AvatarVee Sandi

    saya x pernaih main bowling . rasanya klu saya main , bola tu masuk longkang atau saya yg masuk … heee … rhb

  4. banyak sungguh aktiviti ye…sangat baik untuk depa.

  5. Satu aktiviti yg sihat dpt mgeratkn ukuwah

  6. Sambutan hari penjara pula minggu ni kan..

  7. Alhamdulillah…selesai sudah majlisnya…memang perlu diadakan tiap tahun aktiviti cam nie

  8. AvatarAnonymous

    bestnyer..tak pernah lagi main bowling..

  9. Asalam terbaik riadah yang menyihatkan..

  10. suka main bowling tapi part paling x suka ball asyik masuk longkang huhhu

  11. bowling bestya.. bagus acara mcm ni dapat eratkan silaturahim

  12. Avatar~Kak Nah Backyard (^_^)~

    meriah dah..penuh ngan aktiviti.. =)

  13. terbaiklah tuan..semoga ia memberi seribu makna buat semua!

  14. Lambat siket nak BW…tenet slow kat sini
    Nampak macam best and meriah…
    Semoga mereka terus diberi sokongan dan peluang ke 2…

  15. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK…wahh…meriahnya sambutan ada main bowling lagi…Diana tak pernah lagi main bowling…

  16. Bestnyer aktiviti camni dapat release tension dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain…

  17. Setelah penuh dengan pengisian ilmu, Beriadah main bowling… memang aktiviti yang menceriakan 🙂

  18. Assalam…
    sesekali riadah untuk merehat kan tubuh dan minda juga perlu….setelah beberapa hari memerah tenaga dan keringat dengan tugasan seharian…

  19. eh, oh, bowling pun ada juga rupanya.. dah lama x main… hahahaha. abang KK power ke main bowling tu? hehe. eh, awat yang sweet tu dipotong ayatnya. >.<

  20. Wah wah bowling gitu ..hehehe Lya tak reti main hahahaha..Aktiviti riadah macam ni seronok jugak sesekali diadakan .Dapat la merapatkan hubungan sesama rakan taulan..Dapat juga berkogsi cerita saat bertemu… Terbaik …

  21. Motivator sosial …Tahniah seorang motivator adalah seorang yang cukup banyak ilmu untuk diketengahkan.. All the best KK..

  22. saya suka tengok orang main bowling
    tapi saya sendiri tak pandai main bowling =)

  23. AvatarLynn Munir

    Tahun ni langsung xde pegi main bowling. Entah bila nak pegi lagi.

  24. seronok aktiviti seprti ini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.