Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang – Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Aktiviti berblogging pun tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan. Itulah yang biasa berlaku apabila ada perkara penting yang perlu diutamakan. Artikel kali ini, saya berhasrat mengabadikan sketsa kekeluargaan tentang rezeki yang diperolehi anak ketiga pada pagi Sabtu yang lalu sempena perasmian pembukaan stesen Petronas di tempat saya… Alhamdulillah.
 
Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri
 

Perasmian Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri

 
Pada Sabtu (28/2/2015), boleh dikatakan seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri telah dijemput menghadiri majlis perasmian pembukaan stesen Petronas di sini. Ia merupakan satu-satunya stesen minyak yang terdapat di sekitar Bandar Tasik Puteri setakat ini. Kini ia memudahkan kami untuk mengisi minyak tanpa perlu pergi jauh.
 
Sayangnya saya tidak kesempatan untuk hadir disebabkan urusan lain. Hanya Puan Mem dan 3 orang anak kami yang pergi menghadiri majlis perasmian tersebut. Terdapat pelbagai acara yang berlangsung dengan meriah bermula jam 8 pagi sehingga lewat jam 1 tengah hari. Antaranya acara sukaneka seperti bowling kelapa, pertandingan makan tembikai dan sebagainya sesuai dengan konsep kekeluargaan dan kejiranan. Selain itu terdapat juga acara menari berpasangan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Jamuan juga disediakan buat tetamu yang hadir… percuma lagi…
 

Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri

 
Pertandingan mewarna menjadi pilihan anak-anak memandangkan mereka sememangnya meminati bidang senilukis. Justeru, hobi waktu lapang yang biasa dilakukan di rumah tidak disia-siakan. 2 orang anak kami telah menyertai pertandingan mewarna tersebut.
 
Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri
 
Peserta dikehendaki mewarna gambar stesen Petronas yang disediakan oleh pihak penganjur mengikut kreativiti masing-masing. Peralatan mewarna perlulah dibawa sendiri dan ia merupakan ‘advantage’ buat anak disebabkan sudah biasa menggunakan pensel warna yang ada. Waktu yang
diberikan adalah 40 minit untuk disiapkan.
 
Rezeki Anak Menang Pertandingan Mewarna Petronas
 
Alhamdulillah… Anak ketiga kami telah memenangi tempat pertama pertandingan mewarna tersebut. Saya sendiri tidak menyangka apabila Puan Mem pulang membawa basikal baru. Ingatkan beli, rupanya hadiah… syukurlah. Jimat sikit duit… 😀
 
Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri
 
Anak bongsu kami tidak memenangi apa-apa memandangkan dia baru berusia 7 tahun dan tidak sempat menghabiskan mewarna dalam tempoh yang diberikan. Tapi takpe lah.. dia pun tak kisah. Apa pun, semuanya menjadi pengalaman manis buat mereka bersama penduduk Tasik Puteri yang hadir.
 
Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri
 
So.. lepas ni senang nak isi minyak. Pemilik stesen pun tinggal di kejiranan yang sama. Jadi, kira promote sekalilah stesen minyak Petronas Bandar Tasik Puteri… Jiran-jiran apa ada hal kan… cuma kalau kami isi minyak dapat ‘free gift’ selalu pun oklah keh keh…
 
Apa pun, didoakan semoga terus maju dan sukses… aamiin.. 🙂
 

35 Thoughts to “Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang”

  1. Mardiah Diana

    Salam singgah pagi KK…Alhamdulillah dan tahniah kepada anak KK ya…sekarang senang dah penduduk sekitar kat situ nak isi minyak…kan KK…

  2. Anonymous

    Wah..mudahlah lepas ni kan? Hehehehe..

  3. Senang lah nak isi minyak lepas ni, sebab dah dekat. Pergi naik basikal pun boleh 😀

  4. Tahniah untuk anak abang Khir.best tu hadiah basikal. Mesti cantik kan…tunjuk la gambar yang dia warnakan tu kat blog ni.hehe

  5. Wah, tahniah buat anak KK dapat hadiah basikal yer ^-^

  6. Sylarius Yusof

    Meriah betul opening stesen minyak Petronas ni. Dulu time saya kerja attendan pam minyak Petronas, pergi opening pam minyak baru kat pekan Pusing, Perak diorang hidang bihun je.

  7. Wahhh…talented tu…tahniah buat anak sulung KK

    1. Anak ke 3 ni SA.. dia mmg nampak talent melukis dan mewarna.. tak mcm KK, tangan bangku.. 😀 😀

  8. Tahniah untuk anak KK..memang berbakat..Selepas ni mudahlah penduduk bandar tasik puteri nak mengisi minyak..

  9. Saya suka isi minyak RON 97..berbaloi….

  10. Tahniah buat anak KK..senang kalau stesen minyak dekat lagipun Petronas ada Kedai Mesra mudah nak membeli barang juga

  11. wah…tahniah untuk anak khir…jimat duit ayahnya yer….dapat basikal baru free…hehehe

  12. Wow…kompem pndai melukis juga nie.,..
    Tangan seni…semua menjadi kan..
    Boleh buka galery lukisan lah lepas nie…
    Tahniah untuk anak kk

  13. wah…aktiviti yang seronok dilakukan bersama keluarga..basikal baru?bestnya

  14. wahhh banyak aktiviti yang dijalankan

  15. wahhh igt td join yg sm dgn abg nara (beautifulnara)…wahhh tahniah2!! dpt basikal tuuuu

  16. Tahniah KK on behalf anak yang bertuah.

    Bagus la stesen minyak tu, mesra penduduk dan pengguna betul 🙂

  17. oh.. first time tau kalau ada stesen myk nk bukak akan ada perasmian n org2 sekitar di jemput…
    huhuhu.. sbb bila ain pergi mana2 dh mmg sedia ada stesen myk..
    terbaik aktiviti mcm ni.. merapatkan ukhwah sesama jiran tetangga

  18. Tahniah untuk anak2 KK….tak menang pun takper janji ada pengalaman…

  19. Tahniah anak KK menang. Rezeki tahun 2015..;)

  20. wah bestnya dapat basikal hadiah..mesti anak KK seronok banget nanti

  21. Yang berjaya dan mendapat hadiah akan menjadi mereka giat lagi untuk mengambil bahgian dimasa akan datang…bertambahlah lagi pengalaman..

  22. Tahiah! Rezeki anak ni memang murah ja kan, untung ibubapanya 🙂

  23. tuah ayam nampak di kaki tuah manusia Allah yg tahu

  24. wah, dapat basikal tu! saya x pernah lagi menang basikal. hahahahhaha.. tahniah untuk anak abang KK ^^,

    amboi orang dekat gambar tu, seluar dia, lip lap ha…

  25. Tahniah utk anak KK..wah dpt basikal baru laaa dia..mesti seronok kan ..Stesen minyak dah dekat ngan rumah ..ok laaa tuu ..

  26. Kiranya dulu memang susah juga nak isi minyak… Jauh tu. Sekarang ni dah mudah dan dekat! 🙂

  27. Alhamdulillah,lebih dekat utk KK dan jiran yang lain untuk mengisi minyak,Tahniah buat anak KK,rezeki dapat basikal tu,saya bab mewarna ni memang failed,melukis ok lagi lah KK hehe..tapi apa rupa lukisan tanpa warna hehee..

  28. Norniwanie Nasarudin

    Alhamdulillah..rezeki tu..teringat waktu kecil dulu wanie pernah menang pertandingan mewarna..tapi takdelah dapat basikal..hehe

  29. wah, besar-besaran ye dia punya pelancaran
    tak penah tahu plak ada acara camni
    apapun tahniah buat anak KK ye

  30. Salam.. En kk , sy ad isi borang untuk bekerja di stesen petronas,kemasukan april/mei.. masih lg tunggu panggilan.. Boleh sy tahu sudah penuh ke?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.