Malam 2 hari sebelum tahun baru merupakan antara penutup tahun 2017 yang memberi kenangan berharga menghadiri Reunion Gegar Vaganza anjuran D’Empangan Udang Galah Putrajaya. Malam bersama selebriti Gegar Vaganza dan peminat meraikan acara penuh kemeriahan.
Kehadiran saya di sini juga merupakan satu penghargaan menerima undangan daripada Ifa Raziah Artis Versatile Popular 2017, meraikan acara ini bersama-sama Ifa Raziah Fans.
Peluang menarik beramah mesra dengan Ifa Raziah, selebriti dan juga pengasas Diva’s Secret juga selebriti lain yang hadir secara lebih dekat dalam majlis Reunion Gegar Vaganza ini. Malah dikalangan fans juga ada antaranya yang bergiat dalam industri muzik dan pelbagai latar belakang. Saling mengenali dan beramah mesra menjalin perkenalan dan silaturrahim.
Berpeluang berjumpa kenalan lama yang masih aktif berkerjaya dalam industri muzik. Terharu juga bila berjumpa pula kenalan lama sudi meluangkan masa dan berbual seperti kebiasaan walaupun sekejap disebabkan sibuk melayan pelbagai kenalan yang hadir.
Sambil berbual, ada juga yang mengenali tawarkan ‘angkat gitar balik’ layan show. Maklumlah semasa menuntut dulu memang aktif menyertai band bermain gitar… cuma dah lama pencen. Memang lama tak melibatkan diri apatah lagi dalam industri muzik, kecuali sekadar ‘jamming’ dimasa lapang.
Selain itu, sajian yang dihidangkan pun memang sedap. Ada kambing golek menarik perhatian ramai, malah selain nasi, ada juga laksa johor, mee kari, rojak, cendol dan macam-macam… 3 mangkuk laksa Johor saya bedal… sangat sedap!
Turut menyaksikan persembahan pelbagai lagu dari artis-artis Gegar Vaganza, berhibur bersama-sama fans bermula 8.30 malam sehingga penghujung majlis sekitar 12.30 malam.
Reunion Gegar Vaganza Putrajaya memang happening… secara tidak langsung, menyuntik semangat berblogging berkongsi jurnal aspirasi gaya hidup dari pelbagai aspek industri, kerjaya dan kehidupan sebagai inspirasi bersama. Tahun 2018 kita kasi lagi gegar!! 🙂

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
semoga maju jaya kepada semua ahli seni tanah air
Semoga industri seni negara terus terbela 🙂
perghhhh retis semata… ada minta autograf utk sy x? 😉
Hehehee.. tumpang aura retis kasi gegar 😀
Wahhh… bestnya Mr Khir dapat jumpa ramai artis dan makan2x sedap tu. Hihi. Mmg happening Mr Khir. 😀