Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam – Pernahkah kita mendengar tentang saudara yang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa dapat dikenalpasti puncanya melalui perubatan moden. Justeru, mangsa mendapatkan rawatan alternatif yang menyatakan telah terkena buatan orang atau gangguan makhluk halus. Lebih memburukkan apabila pesakit mendapatkan khidmat rawatan daripada pengamal ilmu hitam untuk sembuh atau menyihir kembali orang yang membuatnya… nauzubillah.
Mengenali Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam
Menggunakan ilmu hitam dalam merawat penyakit buatan orang atau gangguan jin jelas tersasar dari syariat Islam. Lebih memburukkan apabila terdapat sebilangan pengamal perubatan menggunakan kaedah dan penampilan seolah-olah Islamik. Ada yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran dan tasbih untuk melakukan sihir memulihkan pesakit yang dirawatnya.
Perbuatan sedemikian sesungguhnya amat ditegah kerana berita-berita ghaib yang diperolehi adalah bersumberkan jin dan syaitan yang dijadikan khadam atau sahabat. Ia jelas berdasarkan ayat suci Al Quran yang bermaksud;
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan itu) sedang kebanyakkan berita adalah dusta.”
Surah As-Syura ayat 221 – 223
Jenis-Jenis Dan Kaedah Ilmu Hitam
KK sertakan serba sedikit jenis-jenis dan kaedah ilmu hitam yang bertentangan dengan syariat Islam. Mudah-mudahan menjadi pengetahuan untuk kebaikan bersama.
Saka
Istilah saka merujuk kepada makhluk halus yang dijadikan sahabat atau khadam oleh keturunan untuk menjaga diri, harta benda dan anak cucu. Apabila tuannya meninggal dunia, maka saka ini akan mencari tuan baharu dari keturunannya. Makhluk ini menimbulkan gangguan-gangguan yang kelihatan sama seperti di syihir.
Ilmu Kebatinan
Seseorang yang menuntut ilmu kebatinan seperti kebal, ghaib, pengasih dan melawan jin menggunakan khidmat jin yang lain juga dikategorikan amalan ilmu hitam. Pada tempoh tertentu penuntut atau pesakit diminta melakukan pelbagai cara seperti bertapa, bacaan mentera dengan syarat atau pengeras agar penuntut mendapat ilmu yang dihajatkan dan pesakit dapat pulih dari penyakit yang dihidapinya.
Khidmat Jin Dan Makhluk Halus
Perawatan yang menggunakan khidmat makhluk halus sebenarnya membuka ruang kepada khadam belaan untuk memasuki tubuh perawat juga pesakit. Rawatan ini kebiasaannya melibatkan upacara aneh seperti menurun dan yang seumpamanya. Khidmat makhluk halus tukang sihir mampu mengubati penyakit dan dilihat sebagai perawatan yang berkesan.
Memagar Rumah / Premis Yang Berlawanan Dengan Syariat
Memagar rumah atau premis perniagaan dengan cara yang berlawanan dengan syariat Islam boleh menjerumuskan kepada gangguan makhluk halus. Ia biasanya berlaku sekiranya penghuni tidak menunaikan syarat-syarat yang perlu sentiasa dipenuhi kepada makhluk yang ditugaskan menjaga rumah. Lambat laun akan menjahanamkan keharmonian serta kesejahteraan rumahtangga dan kerjaya.
Penggunaan Azimat, Wafaq Atau Barang Pujaan
Perbuatan seperti ini biasanya untuk membawa tuah atau kekuatan pelindung diri. Menggunakan tangkal azimat atau barang-barang lama untuk mengambil semangat atau pendinding juga merupakan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam serta membawa kepada syirik.
Rawatan Holistik Islamiah Di Pusat Rawatan Al Qayyum
Jika anda atau mereka yang anda kenali menghadapi masalah buatan orang atau gangguan makhluk halus, adalah dinasihatkan agar memastikan jenis-jenis rawatan yang melibatkan kaedah di atas tidak diamalkan. KK menyarankan agar mendapat khidmat Pusat Rawatan Al Qayyum yang berlandaskan syariat Islamiah.
KK sertakan maklumat perhubungan untuk permasalahan yang dihadapi. Semoga Allah menyembuhkan serta memberkati kehidupan di dunia dan akhirat… aamiin.
Pusat Rawatan Al Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
E-mel: alqayyum.holistik@gmail.com
Anda juga boleh melayari laman blog dan Fb page melalui link yang disediakan di bawah:
Blog Al Qayyum : www.alqayyum2u.blogspot.com
Blog Rawatan Jarak Jauh : www.alqayyum2u-rjj.blogspot.com
Facebook Page : www.facebook.com/alqayyum2u
‘Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia,
jin, syaitan dan iblis laknatullah‘

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Kadang Nurul pun confuse ilmu hitam dgn ilmu putih ni Khir, kalau 'mandikan keris' dengan asap kemenyan, bungkus dgn kain kuning tu termasuk dalam ilmu hitam juga ke?
Kalau diikutkan… hmm.. beginilah, KK pun tak berani utk menyatakan kata putus terhadap perkara tersebut kerana KK bukanlah seorang yg selayaknya dan arif dalam perkara spt ini.
Dikhuatiri menjadi pertikaian yg berpanjangan pulak nanti.
Tapi, klu Nurul perlukan penjelasan terbaik, Pusat Rawatan Al Qayyum ni ada memberi khidmat berkenaan barang2 lama mcm tu.. sebaiknya Nurul hubungi mereka melalui no. hp yg ada tu… atau e-mel pertanyaan terseput kepada mereka. Mudah2an mereka dpt membantu Nurul dlm perkara2 mcm tu, in shaa Allah..
Oh ye.. ada dlm senarai khidmat mereka dlm artikel yg KK pernah tulis sblum ini. Boleh juga tanya di blog atau fb mereka, in shaa Allah.
Ada ditulis di sini >> http://www.khirkhalid.com/2014/09/keistimewaan-pusat-rawatan-al-qayyum.html
minta dijauhkan daripada gangguan ni. seram.
Mudah2an kita dijauhkan.. semoga maklumat ini dpt dijadikan panduan yg bermanfaat buat kita semua.. in shaa Allah.
pernah mengalami masalah gangguan ilmu hitam ni..yang penting cari perubatan secara Islam jangan guna bomoh..
Betul tu CP… itulah yg sebaiknya. Mudah2an maklumat ini dpt membantu, in shaa Allah…
antara perkara yg saya takuti..
Samalah… mudah2an Allah sentiasa melindungi kita semua… aamiin.
Good info KK…
Sekarang ni…macam2 ada…
Semoga dijauhkan dari perkara2 buruk dan syirik….aaamiiin..
Aamiin… mudah2an bermanfaat buat peringatan kita semua, in shaa Allah..
ya allah…mintak dijauhkn benda2 mcm ni…
Mohonlah dijauhkan… aamiin..
Banyaknya ilmu hitam ya..dia orang kata ilmu hitam ni senang nak jadi kalau kita taksub. Yalah semuanya ada kaitan dengan jin dan iblis. Yang nakal-naka ni memang senang nak jadi..so kena hati-hati..
Money for life for your breakfast..
Itulah yg dirisaukan.. dlm dunia semakin moden, semakin banyak yg mengambil jln mudah melalui amalan ilmu hitam ni.. mmg kena hati2 & mudah2an kita semua dijauhkan… aamiin.
Thanks Raudzah.. 🙂
ada juga yang menyamar disebalik gelaran "ustaz" tetapi sendiri mengamalkan ilmu hitam..
semoga Allah lindungi kita daripada kesesatan
Mmg merisaukan perkara2 mcm ni… penyamaran utk keuntungan duniawa.. nauzubillah.. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya… aamiin..
Sekarang ni dah banyak pusat perubatan Islam dibuka. Harap, umat Islam takda lagi gunakan khidmat bomoh yang mengamalkan ilmu hitam dalam berubat.
Itulah yg diharapkan.. mudah2an perkara kurafat ni dapat dijauhkan sepenuhnya, in shaa Allah…
mama takut beno kalau terganggu dek makhluk2 halus ni.. takut sangat kena pada anak-anak…
Betul tu mama.. mmg takut. Mudah2an Allah sentiasa melindungi kita semua… aamiin..
budaya ilmu hitam.. dari dulu sampai skrg masih ada. semoga kita dilindungi daripada kesesatan yg nyata..
Aamiin.. semoga kita semua dijauhkan wawa… aamiin..
tiap-tiap hari baca ayat kursi…
Mudah2an Allah sentiasa melindungi kita semua dari kejahatan… aamiin..
baru2 ni roomate saya di gangu jugak.. taip kali tido selalu dapat mimpi yang sama.. pas2 bgun tdo akn ada lebam2.. saya suruh dia pegi berubat cara islam.. pas2 dia kata tnya kawan2, semua bg bomoh siam.. mentang2 la dh dekat ngan siam kat sini..
baru2 ni roomate saya di gangu jugak.. taip kali tido selalu dapat mimpi yang sama.. pas2 bgun tdo akn ada lebam2.. saya suruh dia pegi berubat cara islam.. pas2 dia kata tnya kawan2, semua bg bomoh siam.. mentang2 la dh dekat ngan siam kat sini..
Mmg ada berlaku mcm tu.. Cubalah sarankan kpd kawan tu utk dptkan rawatan. Boleh juga dapatkan khidmat rawatan jaraj jauh tu. Mudah2an dpt pulih sepenuhnya… aamiin..
nice sharing
Alhamdulillah… mudah2an membawa manfaat kpd semua, in shaa Allah..
rawatan alternatif ni pun bagus jugak 🙂 especially kalau benda2 halus yang tak boleh nak cure guna conventional way
Betul tu Licha.. sebaiknya biar rawatan yg tak lari dari landasan agama kita kan..
Perlu berhati2.
Semoga dijauhkan dari gangguan2 iblis ni…
Semoga dijauhkan laa… Gangguan makhluk halus nie seram sangat…
Semoga kita sentiasa dilindungi drpd gangguan2 mcm ni kan bro khir..
25 hb nanti ada seorang ustaz datang masjid, dia bagi rawatan percuma. xtahulah family nak pergi ke tak… bagus juga buat rawatan kan.
Takut bila dengar benda2 gini ..Moga2 kita semua terhindar dari benda2 sebegini …Kalau ada yang terkena seelok2nya gunakan cara pengubatan islam dan jang terpengaruh dengan cara pengubatan yang tak boleh dipercayai dan karut marut… Banyakkan membaca al quran dan surah2 amalan yang lain agar kita semua bebas dari terkena ilmu hitam..
tq atas info ni abg khir.boleh bawak mak dan ayah ni.
saka tu yang merisau
kebanyakkan orang kita tak menyedari mereka memiliki saka
sebab benda tu turun temurun
Jauh bezanya tu…Rawatan Islam dan Ilmu Hitam. Tapi yg sukar nak bezakan adalah Ilmu Hitam menggunakan cara Islam. Kena berhati2.
Thanks for the info KK. Org skang ni dah tak takut dosa agaknya. Tak dapat cara kasar, cara halus pon boleh.
alhamdulillah kerana ada tempat utk di buat rawatan…penyakit yg tidak boleh di ubati melalui doktor perubatan
kalau boleh jauhkan diri dari ilmu hitam…
bila dah terjebak bertahun-tahun nak pulih…
diri sendiri kena kuat utk melawan benda2 halus ni..
kalau boleh jauhkan diri dari ilmu hitam…
bila dah terjebak bertahun-tahun nak pulih…
diri sendiri kena kuat utk melawan benda2 halus ni..
kalau boleh jauhkan diri dari ilmu hitam…
bila dah terjebak bertahun-tahun nak pulih…
diri sendiri kena kuat utk melawan benda2 halus ni..