Ramadan Bulan Al-Quran Diturunkan – Ketibaan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini merupakan bulan yang dipenuhi rahmat, pahala, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ramadhan bulan Al-Quran diturunkan yang padanya permulaan wahyu. Hidupkan bulan ini dengan tilawah, tadarus serta mengamalkan Al-Quran sepenuhnya kerana syaitan telah dibelenggu. Inilah peluang kita untuk meraih ganjaran taqwa dan amal ibadat yang dijanjikan untuk hamba-hambaNya yang beriman.
Kelebihan Membaca Al-Quran
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud;
“Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (antara yang hak dan yang batil).” – Surah Al Baqarah 2 : 185
Kelebihan membaca Al-Quran juga telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadis, antaranya;
Daripada Abu Umamah al Bahili r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran akan datang pada hari kiamat dengan memberi syafaat (pertolongan) kepada tuan (pembacanya)nya.” – Riwayat Muslim no. 804
Al-Quran Dan Bulan Ramadhan
Membaca Al-Quran adalah amalan yang menguntungkan pada setiap masa, tetapi dalam bulan Ramadhan ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Rasulullah s.a.w. memberi penekanan yang lebih kepada Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana beberapa sebab;
1. Bulan Wahyu Pertama Diturunkan
Permulaan turunnya Al-Quran adalah pada bulan Ramadhan, pada malam Jibril a.s. datang membacakan surah Al A’laq, ayat 1 – 5 kepada Baginda s.a.w.
Baginda bersabda yang bermaksud; “Malaikat datang dan berkata: ‘Bacalah!’ Dan aku berkata: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Jibril lalu memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Kemudian dia melepaskan aku dan berkata lagi: ‘Bacalah’. Aku berkata lagi: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Dia sekali lagi memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata lagi: ‘Bacalah’. Aku berkata lagi: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Untuk kali ketiga dia memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata: ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta (semua makhluk). Dia menjadikan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah! Dan Tuhanmu adalah Yang Paling Mulia.” – Riwayat Al Bukhari no. 3.
2. Dari Luh Mahfuz Ke Baitul Izzah
Pada bulan Ramadhan juga, Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. dan telah disebut oleh para ulama salaf bahawa Al-Quran itu diambil dari Luh Mahfuz dan diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia (yang paling bawah) pada malam Lailatulqadar. Kemudian Al-Quran turun kepada Rasulullah s.a.w. mengikut kesesuaian masa selama 23 tahun sebagaimana yang telah dicatat dalam kitab Asbab al Nuzul (sebab-sebab turun ayat Al-Quran).
3. Tadarus Bersama Jibril
Jibril a.s. datang bertemu Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus Al-Quran pada setiap malam dibulan Ramadhan. Maka para ulama telah membuat kesimpulan bahawa diisyaratkan agar mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, kerana pada setiap tahun Rasulullah s.a.w. dan Jibril a.s. telah mengulangkaji semua ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. sebelumnya. Malah pada Ramadhan tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda s.a.w., mereka telah mengulangkaji sebanyak 2 kali.
Puasa Dan Al-Quran Pemberi Syafaat
Maka dapat disimpulkan bahawa pada bulan Ramadhan, Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, permulaan turunnya Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w., juga merupakan waktu Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. mengulangkaji dan menyemak ayat-ayat Al-Quran. Sebab-sebab inilah yang menjadikan para ulama mengambil berat untuk menumpukan kepada pembacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan.
Puasa dan Al-Quran merupakan dua amal ibadat yang datang bersama. Mudah-mudahan dapat kita jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik penghayatannya berbanding Ramadhan yang sebelumnya… aamiin.
Sumber:
Solusi isu no. 34
Majlis Ramadaniah, Dr. Salman
Lataif Al-Ma’arif, Ibn Rajab Al Hanbali
Salam Hormat & Salam Ceria
Khir Khalid

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Salam Ramadhan Encik Khir. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini 🙂
mudah mudahan amalan ramadhan kita pada tahun nie berlipat ganda daripada tahun lepas…
salam ramadhan abg khir. nice sharing
amalkan ketika waktu rehat di bulan puasa:)
selagi boleh , bacalah … 2x promoted content . selamat menjalani ibadah puasa .
Nice sharing. Salam Ramadhan.
salam ramadhan keempat khir,ramadhan bulan yang penuh keberkatan untuk kita rebut semua keberkatan yang Allah swt bagi,cuma terpulang pada kita nak ataupun tidak..
Salam Ramadhan…selamat berpuasa dan beribadah…^_^
salam ramadan khir..kemuliaan bulan ramadan yang kita nanti2kan..
salam 4 ramadhan Khir…muga ramadhan ini menjadi yg terbaik..
Al-quran di janjikan terpelihara sehingga ke akhir zaman. Jom baca dan amal bukan hanya d bln ramadhan shj.. selamat berpuasa
insyaALLAH same2 kita manfaatkan bulan mulia ni.
setuju tu bro khir..amalkan sekarang dan semoga istiqamah lepas habis Ramadhan nanti.
terima kasih atas perkongsian Khir..
alhamdulillah..perkongsian yang bagus..
terima kasih atas perkongsian ini bro khir….
Regards,
-Strider-
perkongsian yg berguna bro.. salam ramadhan… 😀
ika suka entri ni….mengingatkan dan menyedarkan kita betapa pentingnya AlQuran dan betapa perlunya kita menteliti dan menjadikan AlQuran itu sahabat sepanjang bulan Ramadhan ni dan bukan sahaja bulan ini tapi diteruskan sepanjang masa, sepanjang hidup :))
selamat berpuasa :))
nice sharing
selamat berpuasa…
allah zidka khaira…syafaat ja yg dapat membantu..di hari yang tiada kesudahan
Terima kasih atas perkongsian ni En.Khir…..Besarnya kelebihan Ramadan tu kan…Bulan diturunkan Al-Quran..
salam ramadhan dari Licha utk Khir
salam ramadhan & nuzul al-quran
menarik tq
TQ share!
Info yang bermanfaat…
dah 4 ramadhan , tak terasa masa berlalu…
insyaallah khir…! nice sharing…
Thanks Khir…Jom sama-sama kita mengimarahkan Ramadhan kita dengan bacaan Al Quran…Semoga amalan puasa kita diberkati Allah…
Isi dua tabung pagi disini..
Jom perbanyakkan bacaan Al Quran… Salam Ramadhan
Al Quran, hanya inilah tinggalan nyata buat kita dari Rasulullah SAW. Mukjizat terbesar sebagai panduan dan pedoman kita hingga keakhir zaman. Marilah sama2 kita baca, fahami dan amalkan…
Terima kasih Khir…
Allahuakbar… betapa besarnya mukjizat yang ditinggalkan… Subhanallah…
Subhanallah begitu besar mukjizat yg diturukan buat kita semua..
lya menabung cne 🙂
Salam ramadhan, marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah 😉
Assalamualaikum… khir,
sesama kita memeriahkan ramadan ini dengan bertadarus.. Insaallah moga al-Quran ini menjadi syafaat buat pembacanya.
mselim3
Banyak kebaikan Ramadan ni, semoga kita sama-samameraih sebanyak mungkin amalan yang mampu dilakukan…
info yang sangat menarik.. terima kasih berkongsi
menunggu entri terbaru anda..
Assalamualaikum khir, Subhanallah. Salam Ramadhan buat khir dan keluarga ~~~
terima kasih krn berkongsoi
nice sharing bro 🙂
InsyaAllah, bulan Ramadan ini bakal menjadi pencetus kita untuk lebih memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran.
http://www.ringantangan.com
selamat menjalani ibadah puasa En. Khir…
Bulan Ramadhan adalah juga bulan maghfirah jika benar2 mengikuti kehendak Allah. Salam Ramadhan Yeop
terima kasih bro khir atas perkongsian ini 🙂
Thanks atas perkongsian.
nice sharing bro khir..
baru nampak iklan kt sini..menabung kkbox..hihi
terima kasih untuk perkongsian ni en khir