Pulau Hartanah Termahal DuniaGaya Hidup 

Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia – Teringat gurauan rakan satu masa dahulu… “kalau kaya, aku nak beli pulau hehee…”. Namun apa yang lebih mencabar lagi adalah jika ia bukan sebuah pulau semulajadi, tetapi dibina melalui kebijaksanaan, kemajuan teknologi dan kejuruteraan pembinaan masa kini. Hartanah evolusi ciptaan manusia bernilai berbillion yang wujud di lautan bukan sesuatu yang mustahil lagi… amacam bro… ada bran?? 😀
The Palm, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

6 Pulau Buatan Manusia Termahal Dan Terkenal

1. The Pearl
Pulau The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan 4 juta meter persegi. Pulau yang terletak kira-kira 350 meter dari luar persisiran West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan oleh United Development Company.
The Pearl, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
2. Palm Island
Palm Island terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) telah dibina oleh Nakheel Properties dengan teknologi dari Belgium dan Belanda. Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersil, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur. Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertonton ke seluruh dunia.
Palm Island, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
3. Pulau Eden
Pulau Eden bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambung ke laut. Ia bersambung dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.
Pulau Eden, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
4. The World (Archipelago)
The World adalah gagasan kepulauan buatan manusia yang mengandungi 300 pulau. Ia dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta dataran bumi. The World dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai yang terletak berhampiran dengan The Palm. Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dengan jarak diantara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 mencecah 14 billion.
The World Dubai, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
5. Kepulauan Venetian
Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne, Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach). Pulau-pulau ini bersambungan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami. Pada Hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjogging, berbasikal, beriadah, berjalan kaki dan bersiar-siar.
Pulau Venetian Florida, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
6. Pulau Thilafushi
Thilafushi adalah sebuah pulau buatan yang dibina sebagai sebuah pusat perbandaran diantara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives. Thilafushi asalnya adalah sebuah lagun yang dipanggil “Thilafalhu’ dengan keluasan 77 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan cetek. Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah dataran dengan lebih 4.6 juta kaki persegi, dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk perindustrian.
Pulau Thilafushi Maldives, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

Pulau Buatan Manusia Sebagai Hartanah Berstatus

Justeru, mana satu pilihan anda. Rezeki di tangan Illahi, cuma kebanyakkan kita hanya mampu melihatnya dan dijadikan sebagai sumber pengetahuan. Namun apa yang pasti, ia satu pelaburan yang besar kepada pembeli hartanah pulau buatan manusia ini. Nilai pelaburan yang bukan sekadar terletak pada hartanah tersebut tetapi kepada reputasi pemiliknya sama ada dalam kerjaya, pengaruh, kedudukan keluarga mahupun taraf sosial serta yang seangkatan dengannya… wallahualam.

Related posts

23 Thoughts to “Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia”

  1. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK….semua cantik tapi hanya mampu tengok jak…hihi

    1. Tengok dulu… mana tau tak belipun satu masa nanti dpt berjln2 ke sana kan… 🙂

  2. cantik tapi saya seram nak duduk situ

    1. Jom kita kongsi2 reramai beli satu rumah hehee… 😀

    1. Kalau tuan travel, bolehlah cari hotel penginapan di kawasan2 tu… menarik tu tuan… 🙂

  3. Semuanya menjadi hebat dengan kekayaan yang luarbiasa pada zaman ini.

    #Mohon copy article ye KK 🙂

    1. Memang luarbiasa kan… income power… dipersilakan sahabat SP… 🙂

  4. Semua menarik…rekabentuk dan susunaturnya strategik…

    1. Memang menarik dan kagum dgn kemampuan manusia buat mcm2 ni… 🙂

  5. Cantik dan menarik pulau2 tu. Thanks for sharing KK ^-^

  6. errr…macam mana nak book ni?
    Ada contact number?…:D 😀

  7. begitulah keadaannya bila kita dah terlalu kaya..barang atau perkara yang tak masuk akal pun boleh dijadikan harta kekayaan

  8. waahhh… pulau buatan pun ada.. Thanks sharing en khir.. 😉

  9. risau pun ada nak duk pulau macam ni..

  10. Pulau2 indah yg menarik tu kalau ada rezeki milikinya syukur alhamdullah…heh..heh..berangan xperlu byr.

  11. cantik tapi takut pulak rasa.

  12. AvatarMinda Berilmu

    akan datang di gelang patah johor … tetiba terfikir lak pasal tsunami … ermmm

  13. Memang kagum la dengan pulau buatan ni, memang patut la mahal nak buatnya pun makan masa juga

  14. Macam best jak buat pulau buatan nhe :).. Nanti saya pun mahu buat pulau buatan atas kertas lukisan hihi :).. Memang hebat orang yang buat pulau buatan tu..

  15. Sangat sangat menarik..tapi kalau nak duduk tu rasa cam takut gak hehehe..

  16. Zaman sekarang ni dah tak mustahil lagi, dengan kepintaran manusia dan teknologi masa kini semua boleh jadi kenyataan.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.