Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes, CSR - NADI,Gaya Hidup 

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes Di Klang

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes Di Klang – Semakin maju kehidupan ini, kita juga semakin sedar tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat. Antara perkara utama adalah menjaga pemakanan demi mencegah penyakit kencing manis (diabetes) di kalangan masyarakat kini.

Atas aspirasi tersebut, National Diabetes Institute, Malaysia (NADI) dengan sokongan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) telah memulakan roadshow pertama ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes’ di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Taman Sri Andalas, Klang pada 13 dan 14 April 2019. Ia merupakan komitmen dalam mempromosi gaya hidup sihat mencegah diabetes.

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes,

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes

Roadshow ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes’ selama 2 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang ini bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dikalangan komuniti bandar dan luar bandar.

Melalui penglibatan Pejabat Kesihatan Daerah Klang (PKD Klang), roadshow ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat perundingan dan aktiviti-aktiviti dalam mendidik pentingnya penggunaan gula secara bertanggungjawab dalam amalan gaya hidup seharian. Ia turut mendidik orang ramai tentang kesan diabetes dan kondisi terkait berserta tips mengawal secara optimum.

Roadshow akan terus diperluaskan lagi ke 5 lokasi lain untuk kebaikan masyarakat sepanjang tahun ini. Ia merupakan komitmen berterusan CSR dalam meningkatkan kesedaran sejak November tahun lalu selepas melancarkan Better Brown Low GI Sugar, iaitu pilihan gula perang rendah glisemik yang lebih sihat berbanding gula biasa.

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes di Klang, CSR NADI,

Oleh itu, roadshow Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes merupakan satu inisiatif CSR dalam menggalakkan orang ramai menggunakan gula dengan lebih bertanggungjawab disamping kesedaran menjalani gaya hidup sihat melalui pilihan gula lebih sihat dalam pemakanan dan minuman.

Menurut En. Hishamuddin Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif CSR; “CSR berbangga berkerjasama dengan NADI dalam meneruskan usaha meningkatkan kesedaran penggunaan gula secara lebih bertanggungjawab. Melalui roadshow seperti ini, kami berharap agar orang ramai dapat membuat pilihan yang lebih baik dengan menjadikan Better Brown Low G Sugar sebagai alternatif menjaga kesihatan, disamping senaman dan lain-lain, dikalangan rakyat Malaysia”.

Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes di Klang, CSR - NADI,

Program ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes’

Merujuk kepentingan gaya hidup sihat dan mencegah diabetes, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mustafa Embong, Pengerusi Eksekutif (Kehormat) NADI berkata; “Keadaan kronik seperti diabetes ini sebenarnya memang menakutkan. Ia menjadi sebab mengapa rakyat Malaysia perlu sedar tentang kesan diabetes serta pentingnya pengetahuan pencegahan yang boleh diambil bagi menghindari diabetes dan penyakit-penyakit terkait. Mengetahui diagnosis awal juga amat penting agar rawatan yang efektif dapat diambil segera”.

Justeru, ia menjadi komitmen bersama antara CSR dan NADI dalam mengetengahkan kepada rakyat Malaysia tentang kesedaran dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pendidikan dan aktiviti-aktiviti bermanfaat menerusi roadshow ke seluruh negara.

Program ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes’ anjuran NADI dengan sokongan CSR akan meneruskan roadshow ke Batu Pahat, Johor pada 28 dan 29 April ini bermula 9 pagi hingga 5 petang. Ia dibuka kepada semua ahli dan orang ramai.

Baca lagi;

CSR Dan NADI Jalin MoU Perkasa Gaya Hidup Sihat Membasmi Diabetes

Related posts

12 Thoughts to “Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes Di Klang”

  1. Ini salah satu kaedah “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.Pendedahan dan peringatan yang diberikan terus menerus dan tepat mengena pada sasaran itu memudahkan setiap maklumat dihadam.

    1. Betul tu.. bila ada pendekatan mcm ni, maklumat tu dpt sampai terus pada golongan sasaran.

  2. Bagus ada roaadshow macam ni. Beri kesedaran kesihatan terutama berkaitan diabetes pada org ramai. Diabetes kan antara penyakit utama rakyat Malaysia.

    1. A ah.. risau juga bila umur dah mcm ni sbb ada dikalangan rakan pun ada yg dah mengidap diabetes ni

  3. antara program yang sangat bagus untuk diadakan selalu..

    biar timbul kesedaran yang mendalam kepada golongan sasar
    mrhanafi recently posted…Jika Ada Benda Boleh Tulis Buat Apa Nak CakapMy Profile

    1. Lebih baik mencegah dari mengubati kan

  4. Mengamalkan gaya hidup n pemakanan sihat mencegah pelbagai penyakit kronik
    paridahishak recently posted…SIRAH NABAWIYAH…My Profile

    1. Zaman skrng mmg kena lebih berhati2 kan kak.. pilihan makanan dan minuman yg menarik pun semakin bnyk. Kena kawal sebaiknya.

  5. skrg, diabetes tak kira usia… kalau x ada kesedaran dr awal, dah tua baru beringat mmg payahlah
    anies recently posted…5 hours in Kuching, Sarawak – part 1My Profile

    1. Betul tu Anies.. baru2 ni pun ada terjumpa pemuda lewat 20an tp dah mengidap diabetes.. risau pula.

  6. Di negara saya juga semakin banyk penderita penyakit mematikan ini, tragis.
    Penykit diabetes tak kenal usia.
    Kurasa faktor penyebab utamanya dari konsumsi makanan yang berkadar gula tinggi.

    Roadshow seperti ini sangat bagus, mengedukasi beragam kalangan untuk selalu peduli pencegahan dini.

    1. Betul tu.. kandungan gula bukan shj dlm minuman, tp makanan pun dah bnyk gula.. bila tak dikawal, makin tinggi kadar gula dlm badan.. tu yg bahaya.

Leave a Comment

CommentLuv badge