Projek Motovlog FZ150i Touring - The 2Wheeler. Jambatan Angkat KTCC Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Projek motovlog ke Terengganu… selain pantai yang cantik dan makanan yang sedap, sudah tentu ramai yang akan turut nak berkunjung ke Jambatan Angkat KTCC jika ke Kuala Terengganu. Jambatan ikonik Terengganu.

Kesempatan menulis, kali ini saya just nak berkongsi pengalaman dalam mengabadikan jurnal video perjalanan touring marhaen kami merentas 4 negeri baru-baru ini. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan antara lokasi yang kami sampai adalah di Jambatan Angkat KTCC ini. Walaupun banyak lokasi persinggahan lain, apa yang buat saya tertarik nak berkongsi tentang Jambatan Angkat KTCC sudah pastilah disebabkan pengalaman sebelumnya.

Bagi yang mengikuti penulisan saya pasti pernah membaca artikel pada Februari 2018 tentang lawatan media kami ke sini bertajuk > Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Baru Terengganu. Masa tu, ia sedang dalam pembinaan dan selepas dirasmikan sehingga kini, baru inilah saya sampai ke sini. Pastinya, suasana pun jauh berbeza bila semua dah siap dan sudah beroperasi.

Projek Motovlog FZ150i touring ke Jambatan Angkat KTCC Kuala Terengganu - The 2Wheeler

Projek Motovlog Jambatan Angkat KTCC

Alhamdulillah… ini juga antara projek video picisan yang saya berpuas hati. Ibarat mencapai personal satisfaction dan can say personal achievement too dalam pengeditan video motovlog.

Syukurlah dapat mengabadikan jurnal ‘on the road’ dari Selangor ke Terengganu dan beberapa lokasi lain dalam perjalanan ride FZ Touring Marhaen Merentas 4 Negeri. Video pun terbahagi kepada 3 bahagian dan Part 1 ini merangkumi perjalanan dari Selangor sehinggalah ke Kuala Terengganu. Nampaknya banyak lagi saya perlu belajar dan ciduk skill editing dari rakan-rakan industri hehe.

Seronok melatih pengeditan video ini. Pembelajaran yang berterusan dari aspek kualiti video, gambar, lagu tanpa copyright claim, kelengkapan peralatan dan sebagainya. Cuma belum mampu nak memiliki drone lagi… yang murah melambak boleh beli di Shopee, tapi ramai yang advice jangan.. so sabarlah dulu.. perjalanan pun masih jauh dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

Btw, boleh tonton video tersebut di sini;

Pembangunan video sememangnya menjadi keperluan bagi kebanyakkan pelanggan industri, peneraju serta pemain industri digital masa kini. Sebagai antara individu yang terlibat dalam senario digitalisasi industri di Malaysia, ia secara tidak langsung dapat menjadi pendedahan yang memberi nilai tambah dalam melatih kemahiran sendiri.

Apa pun, melalui realiti pengalaman ride tour mengabadikan jurnal video ini juga menjadi satu lagi pendedahan praktikal dalam menambahbaik pengetahuan industri dan peribadi, insyaaAllah.

Baca lagi > Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi

One Thought to “Projek Motovlog Ke Jambatan Angkat KTCC Kuala Terengganu”

  1. paridah ishak

    wah bermotv di Terengganu makin jauh jalannya

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.