Transformasi Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) bakal menjadi sebuah Bandar Warisan Pesisir Air, kini sedang rancak dengan kerja-kerja pembinaan jalan baru dari Seberang Takir di Muara Utara KTCC sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Projek jalan baharu dibawah Pakej 1 KTCC ini dijangka siap pada April 2019.
Projek infrarakyat ini dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan keseluruhan bagi menampung pertumbuhan semasa dan masa hadapan KTCC.
Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu pada 1 Februari 2018.
Projek Infrarakyat Pembangunan Jalan Baharu KTCC
Pembangunan jalan baharu akan menjadi laluan penghubung utama kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk ke kawasan pembangunan di Muara Utara dan Muara Selatan KTCC. Ia membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan tempoh masa perjalanan secara signifikan sehingga 15 minit.
Kerja-kerja pembinaan dibawah Pakej 1 ini melibatkan jalan baharu sepanjang 3.9km di kawasan pesisir pantai bermula dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara. Projek ini dijangka akan memacu pertumbuhan peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan baharu di sepanjang laluannya, termasuk prospek pembangunan komersil dan kawasan terbuka untuk orang awam.
Selain itu, satu lagi projek infrastruktur yang sedang dijalankan di KTCC ialah pembinaan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan. Jambatan angkat ini akan menjadi mercu tanda ikonik Kuala Terengganu dan merupakan jambatan pertama seumpamanya di rantau ini yang dijangka siap menjelang suku kedua 2018.
Melonjakkan Taraf Sosioekonomi Negeri Terengganu
Buat masa ini, KTCC telah berjaya menarik lebih RM4.5 billion pelaburan swasta bagi projek pembangunan bercampur yang merangkumi sebuah hotel, pangsapuri servis, SOHO, kompleks membeli-belah dan taman tema di kawasan seluas 30.7 ekar di KTCC.
Kerja-kerja pembinaan bagi keseluruhan projek dijangka siap menjelang 2024 dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan untuk penduduk tempatan. Menerusi perlaksanaan projek secara berterusan ini, transformasi KTCC bakal meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri sekaligus menjadikan Kuala Terengganu sebagai salah satu gerbang pelancongan ke ECER.
ECERDC juga telah melaksanakan beberapa program pembangunan modal insan di Terengganu. Salah satu daripadanya adalah program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN), sebuah program bersepadu dan menyeluruh bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah, menaiktaraf kualiti hidup dan memastikan kemampanan dalam kalangan nelayan tempatan.
Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan rangkaian nilai perikanan yang merangkumi aktiviti perikanan huluan dan hiliran, dan dijangka memberi manfaat kepada 452 isi rumah atau hampir 2,000 penduduk tempatan sekeluarga secara keseluruhan.
Program Inklusif ECERDC Untuk Pembangunan Sosioekonomi Terengganu
Disamping itu juga, program-program inklusif seperti empower ECER dan Agropolitan Besut-Setiu telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di kawasan luar bandar, manakala program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER telah membantu usahawan dan perniagaan tempatan berjaya di dalam dan luar negara.
Kerjasama antara ECERDC dan pelabur-pelabur swasta melalui Program Pemerkasaaan Graduan ECER (ETEP) juga telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan bagi prospek pekerjaan yang lebih baik. Setakat ini, seramai 13,100 rakyat Terengganu telah menerima manfaat hasil daripada program yang dijalankan.
Perlaksanaan program-program tersebut juga akan memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan kemampuan sewajarnya untuk merebut peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana pelaburan swasta di Terengganu. Sehingga tahun 2017, Terengganu telah menerima pelaburan swasta berjumlah 33.7 billion yang mewujudkan lebih 41,000 peluang pekerjaan dan 7,500 peluang keusahawanan untuk rakyat.
Artikel berkaitan: Pasir Puteh Pertumbuhan Baru Kelantan

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Satu pembangunan yang amat besar buat Negeri Terengganu. Admin berasa bangga dengan kemajuan yang dicipta hari ini
bagus usaha pembangunan ni..selain dpt meningkatkan sosio ekonomi sekaligus menjadikan terengganu salah satu negeri yang membangun
semoga negara kita terus makmur.
Projek yang bagus. di harap di kawal selia dengan sebaiknya supaya capai objektif asal projek. Jangan jadi macam projek Taman Ilmu Tembila yang menelan belanja RM300 juta dan dibiarkan begitu sahaja. Pembaziran berlaku..
wah..saya seperti baca portal berita la pulak..
satu perkembangan yang bagus
semoga pantai timur terus maju selepas ni. mudah mudahan akan dtang ada tren ekspres macam lrt yg mghubungkan kelantan, terengganu, pahang. visit https://www.ketamkecil.com/kerosakan-saraf-akibat-diabetes-boleh-menyebabkan-sembelit/
Banyak projek kat Trengganu. At least ada gak pembangunan sampai ke sana. Lama betul saya tak ke sana Khir. Last masa darjah 5 kot. kakaka
Alhamdulilah. Moga semua pemegang amanah dunia ini dapat melaksanakan tugasan mereka dalam membahagiakan semua yang wajar dan wajib.
Dah lama tak pergi Terengganu. Moga projek ni dapat merancakkan lagi pembangunan di sana…
perkongsian yang baik..
kalu dulu g t'ganu xde apa2 skrg kalu dtg mesti rs xnk blk.. ye laa da ada mcm2 pembangunan kan..