LeapEd: Program Sekolah Amanah Perkasa Sektor Pendidikan Negara

LeapEd: Program Sekolah Amanah Perkasa Pendidikan Negara – Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi pembentangan Education in the 21st Century – Our Impact‘ (Impact Study) tentang Kajian Impak pengaruh Program Sekolah Amanah (Trust Schools Programme – TSP) serta transformasi pendidikan masa depan di Malaysia.

Kajian Impak ini dianjurkan oleh LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd), sebuah organisasi social enterprise subsidari milik penuh Khazanah Nasional Berhad. Ditubuhkan pada 2010, LeapEd bertindak sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang pertama di Malaysia.

Sebagai individu yang terlibat dalam industri digital dan segmen pembangunan insan, sesi ini juga merupakan peluang pendedahan buat saya dalam realiti transformasi pendidikan terkini.

LeapEd Services Sdn Bhd - Kajian Impak Trust Schools Program (TSP)

LeapEd: Program Sekolah Amanah Perkasa Pendidikan Negara

Matlamat LeapEd adalah untuk memperkayakan kehidupan menerusi pembinaan kapasiti dan transformasi pendidikan. Sehingga kini, ia telah berjaya mendatangkan impak kepada lebih 71,000 pelajar dan lebih 160 sekolah menerusi pelbagai model pendekatan.

Model pendidikan yang telah dibangunkan oleh LeapEd adalah District Transformation Programme-AMAN (DTP-AMAN), Islamic School Enhancement Programme (ISEP), Ground-up School Transformation Programme (GUSTO), Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) serta Program Sekolah Amanah (TSP) yang pertama di negara ini.

TSP 1.0 merupakan program utama LeapEd yang direka untuk pembangunan pelajar secara holistik selaras tuntutan abad ke-21. Menerusi kerjasama Yayasan AMIR dan Kementerian Pendidikan, program ini dibangunkan khusus untuk memastikan kemampanan sekolah-sekolah di Malaysia.

Kajian Impak TSP1.0,  Zulhaimi Othman, LeapEd Services Sdn Bhd,

Sejak dilancarkan pada 2011, TSP 1.0 telah berjaya memberi impak kepada lebih 5,300 ibu bapa dan 65,000 pelajar di 83 buah sekolah meliputi 12 negeri di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan LeapEd, En Zulhaimi Othman; “Program Sekolah Amanah direka dengan mengutamakan generasi masa hadapan. Sepanjang 9 tahun lalu, kami telah bekerjasama rapat dengan rakan strategik seperti Kementerian Pendidikan dan Yayasan AMIR bagi membangun dan melaksanakan program di seluruh sekolah di Malaysia, melengkapkan pelajar dengan kemahiran hidup kritikal yang diperlukan serta mentransformasikan sekolah secara menyeluruh dengan amalan terbaik antarabangsa”.

Kajian terbaru ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan TSP 1.0, serta mengenalpasti peluang untuk terus memantapkan lagi model pada masa akan datang.

Kajian Impak Program Sekolah Amanah, Trust Schools Programme, TSP 1.0,

Kajian Impak TSP 1.0 – Peningkatan Kecekapan Profesional

Kajian impak dijalankan melalui kaedah campuran. Ia melibatkan tinjauan, temubual dan pemerhatian daripada lebih 3,000 responden termasuk kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa.

Kajian menunjukkan, 95% guru sekolah menengah dan 76% guru sekolah rendah meningkat sekurang-kurangnya 1 tahap skala; contoh – dari Permulaan hingga Membangun atau Peningkatan hingga Perluasan.

Pergerakan 1 tahap menunjukkan anjakan paradigma tahap pengetahuan, kemahiran, pemikiran, pedagogi dan amalan. Dalam kebanyakkan kes, golongan profesional mungkin tidak mengalami 1 tahap pergerakan sepanjang kerjaya mereka kerana ia memerlukan refleksi diri yang berterusan dan minda pertumbuhan (growth mindset).

Sejumlah 86% Pemimpin Pertengahan dari sekolah rendah dan 91% Pemimpin Pertengahan sekolah menengah dapat melihat kemajuan minimum sebanyak 1 tahap. Bagi barisan Kepimpinan Kanan, 76% dari sekolah rendah dan 83% sekolah menengah telah menunjukkan kemajuan sebanyak 1 tahap.

Daripada 124 Pemimpin Pertengahan dalam tinjauan tersebut, 8% menunjukkan kemajuan tahap 3, bersamaan tahap kecemerlangan pengajaran yang sangat tinggi. Kajian ini juga menunjukkan TSP 1.0 mempunyai kesan positif terhadap kecekapan profesional kakitangan sekolah, yang membolehkan mereka membimbing pelajar dan menyediakan pembelajaran bermutu di bilik darjah.

Kajian Impak TSP 1.0 – Pengajaran Dan Pembelajaran Berkualiti Tinggi

Selain itu, lebih 3,139 pelajar dan ibu bapa yang ditemubual melaporkan bahawa pelajar dibawah TSP 1.0 mendapat pengajaran berkualiti. Kajian juga menunjukkan, ibu bapa bertindak positif terhadap program ini kerana melihat peningkatan peluang untuk pelajar terlibat dalam kehidupan di sekolah.

Peningkatan frekuensi dan tahap interaksi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti yang lebih luas juga merupakan faktor positif hasil dari perlaksanaan program. Tambahan lagi, persekitaran sekolah memberi pengaruh yang tinggi terhadap kesejahteraan hidup dan penghasilan pelajaran para pelajar.

LeapEd: Program Sekolah Amanah Perkasa Pendidikan Negara

Perlaksanaan Evolusi Seterusnya TSP 2.0

Pendekatan transformasi TSP 1.0 memberi tumpuan kepada model jangkauan perkongsian awam-swasta (PPP), serta bekerjasama secara rapat dengan pasukan kepimpinan sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti.

Bagi memastikan program terus transformatif, mampan dan berskala, penyelidikan juga telah mengenalpasti peluang untuk meningkatkan lagi program. Sesetengah kawasan yang dikenalpasti termasuk menyesuaikan proses intervensi berdasarkan keperluan sekolah masing-masing.

Ini menyokong pemantapan model bagi memenuhi keperluan kumpulan tertentu secara khusus seperti kumpulan Orang Asli dan kaum minoriti lain, pelajar yang memerlukan keperluan khusus, serta sekolah luar bandar dan sekolah dengan bilangan pelajar yang tidak mencukupi.

Oleh itu, TSP 2.0 merupakan evolusi seterusnya Program Sekolah Amanah, yang memanfaatkan kejayaan TSP 1.0 dalam transformasi pendidikan. TSP 2.0 direka sebagai model yang bersifat mampan dan berskala, telah dilancarkan pada 2019 di sekolah-sekolah awam Malaysia yang terpilih.

“Kami percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan keputusan paling bijak yang boleh dibuat seseorang. Pendidikan menyediakan peluang dan memperkasa insan, menggalakkan kreativiti dan meningkatkan tahap keyakinan serta kepercayaan kepada diri sendiri. Menerusan Kajian Impak, kita dapat melihat bagaimana Program Sekolah Amanah telah mendatangkan kesan positif kepada kehidupan para guru, pelajar dan juga ibu bapa. Dengan memanfaatkan kejayaan serta pembelajaran daripada program ini, kami komited untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk melaksanakan model baharu TSP 2.0 yang dipertingkatkan dan diselaraskan dengan trend global dan aspirasi negara.” – Zulhaimi Othman, Pengarah Urusan, LeapEd Services Sdn Bhd.

En Zulhaimi Othman, Pengarah Urusan LeapEd Services Sdn Bhd,

Saya turut berpeluang berbual bicara bersama En Zulhaimi Othman sejurus sesi Kajian Impak dan berkongsi inspirasi pendidikan dan pembangunan insan. Ia juga memberi gambaran yang cukup jelas terhadap komitmen LeapEd dalam memperkasa pendidikan selaras keperluan abad ke-21 ini.

Setiap pelajar mempunyai potensi yang perlu digilap melalui pendekatan yang strategik. Sokongan semua pihak dan masyarakat juga amat penting agar segala usaha dapat terus memberi manfaat demi melahirkan lebih ramai lagi generasi masa hadapan yang cemerlang.

Justeru, info lanjut tentang inisiatif LeapEd dalam memperkasa pendidikan di Malaysia boleh juga dirujuk melalui laman web www.leapedservices.com.

Baca lagi: Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Era Globalisasi

15 Thoughts to “LeapEd: Program Sekolah Amanah Perkasa Pendidikan Negara”

  1. Perdu Cinta

    Peningkatan kualiti persekitaran sekolah sangat penting..bila tahap pendidikan sentiasa dikaji dan diperbaiki dengan campurtangan banyak pihak yang sudi membantu dan bekerjasama..maka lebih ramai pelajar melihat dan memperolehi peluang yang lebih luas dan jauh..ada yang berjaya kerana akademik..ada yang boleh berjaya hanya dengan berteraskan kemahiran..alhamdulillah.

    1. Khir Khalid

      Setuju tu.. setiap individu ada kelebihan yg berbeza2 dan ia sememangnya perlu dicungkil dari sekolah. Moga dpt melahirkan lebih ramai lagi generasi masa depan yg berwibawa dalam pelbagai bidang akademik, kemahiran dan kepimpinan, in shaa Allah.

  2. saya suka baca artikel daripada tuan.. teruskan menulis..

    1. Khir Khalid

      Terima kasih atas penghargaan tuan. Salam ukhwah.

  3. Rahmat Zahari

    Saya tahu ttg program2 ni dan dengar ttg keberkesanan TSP dari warga pendidik sndiri. Mmg patut diteruskan dan diupgrade dari masa ke semasa. Cara pelajar malah ibu bapa pun dah berubah jika dibandingkan 5, 10 tahun dulu. Thanks sharing.

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah.. baguslah klu begitu. Tuan pastinya seorang bapa atau warga pendidik yg prihatin terhadap kemajuan anak2. Bolehlah tuan ikuti perkembangan selanjutnya nanti.. salam sukses selalu.

  4. Saya setuju dengan setiap pelajar mempunyai potensi. Kalau potensi dalam diri pelajar tu dapat dikeluarkan dan digunakan sebaik-baiknya insha Allah memberi manfaat kepada orang ramai.

    1. Khir Khalid

      Betul tu.. potensi tulah yg patut digilap sebaiknya. Mudah2an menjadi peneraju dan pemimpin masa hadapan yg berjaya dlm pelbagai bidang, in shaa Allah.

  5. bila program ni dilaksanakan kelak, sek2 swasta jg termsk ke?

    1. Khir Khalid

      Setakat yg saya tahu mmg dah lama dilaksanakan di sekolah2 aliran perdana terpilih dan akan terus dikembangkan lagi. Saya tak pasti bagi sek swasta, boleh rujuk info lanjut dgn LeapEd, Anies.

  6. Alhandulillah ada peningkatan dari program sekolah amanah ni. Semoga tahap pendidikan negara semakin ke tahap yang terbaik.

    1. Khir Khalid

      In shaa Allah Ana.. mudah2an. Mmg itulah harapannya.

  7. Potensi pelajar perlu digilap sebaik mungkin..

    mereka adalah pemimipin dan harta intelek atau modal insaniah pada negara.

    bagus ada program sebegini

    1. Betul.. setuju sgt tuan. Mereka pemimpin masa hadapan yg patut digilap sebaiknya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.