Dr Niki Shuhada
Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada – Nama Dr Niki Shuhada Shukor merupakan personaliti kewangan dan keusahawanan yang tidak asing di persada industri kewangan Malaysia.
Pada petang Ahad (8/3/2015), saya berpeluang menyertai program Pencarian Pemimpin Abadi bersama Dr Niki atas undangan rakan blogger Halim Brothers. Program tersebut diadakan untuk membuka peluang kerjaya dalam bidang kewangan dan berkongsi tips, rahsia serta panduan menjana kekayaan menguruskan wang dengan bijak. Ia telah berlangsung di kediaman Dr Niki dan dihadiri oleh beberapa perunding kewangan serta rakan-rakan blogger.
Pencarian Pemimpin Abadi bersama Dr Niki
Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki

Mentor Kewangan Dr Niki Shuhada Shukor



Dr Hjh Niki Shuhada Shukor, PhD adalah pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan yang telah memenangi lebih dari 112 anugerah kecemerlangan. Beliau telah melatih lebih dari 5000 usahawan kewangan sama ada secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.
Dr Niki Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki telah berkecimpung dalam industri kewangan selama lebih 18 tahun sewaktu artikel ini ditulis. Merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan isteri yang penyayang. Dr Niki telah mendirikan rumahtangga bersama Tuan Haji Amirul Shukri Kadri selama 23 tahun. Mereka suami isteri adalah perancang utama untuk kejayaan yang dikecapi. Kini impian mereka bukan sahaja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat yang ingin maju mengubah nasib kehidupan. Beliau menerbitkan buku berjudul ‘Ambition, Aspiration & Achievement’ yang mampu memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Selain itu, turut  berkongsi ilmu di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9FM.
Tips bijak urus wang rahsia membina kekayaan
Tips bijak urus wang rahsia membina kekayaan
Blogger Bijak Wang
Rakan blogger mendengar perkongsian dengan penuh minat

Bijak Urus Wang Menjana Kekayaan Abadi



Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada ini merupakan hasrat Dr Niki mencungkil bakat kerjaya sesiapa jua yang berhasrat memajukan diri sebagai perunding kewangan yang berkaliber, professional dan berjaya. Melalui penubuhan syarikat Life Success Resources, ia sentiasa menjadi inspirasi kepada Dr Niki untuk mengembangkan lagi minatnya mengendalikan seminar dan latihan berkaitan kewangan dan motivasi sebagai wadah menyumbang kepada pemantapan pembangunan modal insan. Pencarian Pemimpin Abadi bermaksud membentuk pemimpin yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat seluruhnya dalam konteks kerjaya, kewangan dan kehidupan.
Program yang bermula sekitar jam 12 tengah hari ini dimulakan dengan ucapan pengenalan menjelaskan tentang program yang dijalankan. Selain itu terdapat juga sesi perkongsian pengalaman daripada perunding-perunding kewangan berjaya dibawah didikan Dr Niki yang menceritakan pelbagai latar belakang serta pengalaman kerjaya. Perkongsian juga merangkumi usaha dalam merealisasikan impian sehingga berjaya menjana pendapatan mencecah 5 angka sebulan.
Sesi Perkongsian Perunding Kewangan Berjaya
Sesi perkongsian oleh perunding kewangan berjaya
Berkongsi pengalaman dalam merealisasikan kejayaan
Sesi Soal Jawab Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki
Kami juga dihidangkan dengan juadah tengah hari yang menyelerakan sebelum sesi soal jawab bersama Dr Niki bermula. Sesungguhnya, terlalu banyak ilmu bermanfaat yang diperolehi sewaktu sesi soal jawab ini. Pelbagai soalan dilontarkan oleh rakan-rakan bloggers tentang kerjaya dalam bidang kewangan termasuk tips menguruskan wang secara bijak yang mampu membina kekayaan sebenar. Pelbagai tips dan panduan membina kekayaan yang tidak mungkin diperolehi secara mudah telah dikongsikan dengan ikhlas dalam suasana santai yang menceriakan.
Bloggers bersama Dr Niki Shuhada Shukor
Bergambar selepas selesai menjamu selera
Sesi Soal Jawab Dr Niki Shuhada
Sesi interview, soal jawab bersama Dr Niki Shuhada
Saya juga tidak ketinggalan mengajukan beberapa soalan berkaitan peluang kerjaya dan tips urus wang dengan bijak. Tahukah anda, dengan menguruskan kewangan secara bijak serendah RM200.00 sebulan mampu mengubah masa depan kewangan dan kehidupan anda. Bukan sekadar itu, ia amat membantu sebagai persediaan persaraan yang sangat lumayan. Apa yang penting dalam membina kerjaya dan melabur adalah usaha, ketekunan, sabar dan istiqamah dengan bimbingan mentor yang pakar, bertauliah serta terjamin disisi perundangan negara.
Selain itu, antara soalan lain adalah mengenai pengalaman pahit yang pernah beliau tempuhi sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam industri kewangan. Jawapan yang dikongsikan cukup terkesan dalam diri ini. Justeru sebagai blog yang berorientasikan motivasi sosial, Saya kongsikan jawapan beliau sebagai nasihat untuk dijadikan panduan bersama. Ia cukup membina semangat dan memotivasikan diri!
“Saya sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan ini. Justeru, tiada pengalaman pahit yang tersemat dalam ingatan kerana semuanya adalah pengajaran. Seseorang yang berjaya pasti mampu belajar dari pengalaman yang maha pahit sebagai satu pelajaran bermanfaat untuk kejayaan diri”  – Dr Niki Shuhada Shukor
Dr Niki Shuhada Shukor, Khir Khalid, khirkhalid.com
Cenderahati daripada Dr Niki Shuhada
Membina Kerjaya Dengan Ilmu Bijak Wang
Mungkin terdapat segelintir yang berkata bahawa wang bukanlah segalanya tetapi ingatlah, wang adalah elemen yang penting dalam membentuk kehidupan yang sempurna. Menguruskan wang dengan bijak juga merupakan ibadah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap insan. Belajarlah dari yang pakar… semoga ilmu yang diperolehi membawa manfaat untuk kejayaan dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat… aamiin.
Blogger bersama Dr Niki Shuhada Shukor
Sesi Fotografi Bersama Dr Niki Shuhada Shukor (Kredit gambar fanpage Dr Shuhada Shukor)
Sesi berakhir sekitar jam 5 petang dengan mengabadikan foto kenangan bersama. Perkongsian yang diperolehi juga menarik minat saya untuk menimba ilmu menjana kekayaan dengan pengurusan kewangan bijak demi kehidupan yang lebih sejahtera. Kepada pembaca yang dihormati… jangan terperanjat sekiranya saya berkongsi tentang motivasi kewangan dan kerjaya pelaburan pula nanti.
Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada.. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program terkini yang dijalankan berserta tips dan nasihat kewangan yang bermanfaat di Fb fanpage >>> Dr Shuhada Shukor.
“Belajar dari yang terbaik dari kemungkinan ke kebarangkalian luarbiasa”

82 Thoughts to “Pencarian Pemimpin Abadi Dr Niki Shuhada”

  1. Perrggghh pengiktirafan dr bob proctor tuuuu…bkn calang figura ni… bgs entry ni. Nnt nk srh kwn sy bc sbb dia mmg suka bab2 mcm ni…

    1. manalah nak cari pemimpin abadi…

    2. Beliau mmg layak digelar Mentor Kewangan.. bukan calang2 Anies.. tinggi ilmunya..

    3. Mungkin anda Hanafi Abdullah… aamiin.. 🙂

  2. Itulah kata-kata manusia yang cekal dan berjaya. Untung KK dapat bersua muka dan mendapat sedikit ilmu. Siapa tahu mungkin KK yang seterusnya..;)

    1. Aamiin… Syukur dpt menimba ilmu mcm ni.. nasihat yg mmg terkesan buat diri ini SP… 🙂

  3. Nurul Hidayah

    Bertuah sungguh Khir dapat menyertai bengkel seumpama ini.. Nurul menunggu entry motivasi kewangan dari Khir.. good luck!

    1. Alhamdulillah Nurul… in shaa Allah akan berkongsi nanti. Cuma bnyk lagi yg perlu ditimba sebelum dpt berkongsi nanti.. 🙂

    2. Nurul Hidayah

      In shaa Allah.. moga dipermudahkan ye Khir 😀

  4. Bab yang penting dalam hidup kita

    1. Betul tu.. klu tak susah juga saya nak dpt travel2 mcm MKL.. 🙂

    1. Kena selalu ceria, barulah aura positif dtg hehee

    2. Abe MKL : itu adalah salah satu tips supaya nampak awek muda…mcm JM ekekeke

    3. Betul tu JM hehee.. Abe MKL kena selalu amalkan juga tau.. 😀

  5. Ilmu yang sangat berguna tu, kalau Zumal pun mesti akan turut serta juga …

    1. Mmg sgt2 berguna… DZ pun berpeluang utk menjana kekayaan… semua berpeluang sebenarnya.. 🙂

    2. Semoga begitu la KK. Agar dapat ubah kehidupan keluarga ^-^

    3. In shaa Allah… aamiin.. 🙂

  6. guna perkataan maha pahit..cukup mendalam maksudnya tu

    1. Itulah yg saya rasakan juga HB.. mendalam dan cukup terkesan…

  7. Sylarius Yusof

    Bengkel yang bermanfaat. Nak menguruskan wang ni memang perlukan disiplin diri yang tinggi, tapi memang bagus juga kalau ada panduan dari orang yang berpengalaman macam kat dalam bengkel ni.

    1. Betul sgt tu SY.. displin dan bimbingan dari yg berjaya dan pakar mmg sgt penting..

  8. Seronok join session bijak urus wang ni…alhamdulilah perkongsian yg berguna

    1. Alhamdulillah.. mmg seronok Julia dan bnyk ilmu yg diperolehi juga.. 🙂

  9. Mardiah Diana

    Salam singgah petang KK…wahh…bestnya dapat ke bengkel dan mendengar taklimat orang yang berjaya seperti Dr.Niki Shuhada…bertuah KK…

    1. Waalaikummussalam… alhamdulillah.. seronok sgt apatah lagi perkongsian tu dibuat secara personal dan santai.. bnyk input bermanfaat.. 🙂

  10. seronoknyaa dapat dengar perkongsian dari orang yang dah berjaya ni.

    1. Mmg seronok sgt Inani.. syukur sgt.. 🙂

  11. sesekali pergi aktiviti macam ni bagus jugak kan

    1. Bukan sesekali je Aida… selalu pun lagi bagus.. 🙂

  12. Duit bukan segalanya, tapi segalanaya memerlukan duit.. nasib baik lah oksigen masih free.. Alhamdulillah.. hehe

    1. Betul tu Wawa… syukurlah.. klu oksigen pun kena charge pasti akan ada GST sekali nanti huhu.. 😀

  13. Bertuah KK dapat join program macam tu. Bukan senang nak jumpa pakar dalam sesuatu bidang.

    1. Alhamdulillah CP.. syukur sgt.. mmg bukan senang nak jumpa yg betul2 pakar kan…

  14. Sangat bertuah KK kerana dapat ilmu dan pengalaman berharga dari mereka yg pakar dalam bidangnya. Jika nak berjaya sudah tentulah dapatkan ilmu dr mereka yang berjaya… InsyaAllah…jika diamalkan, tidak mustahil kita juga mampu berjaya sepertinya…

    1. Betul tu BM.. syukur sgt2. Tentunya ada perkara2 yg membuatkan beliau lebih berjaya dari yg lain yg seharusnya kita contohi dan pelajari.. in shaa Allah.. mudah2an kita semua juga mampu berjaya.. aamiin.

  15. Wah bestnya KK,Berpeluang menyertai bengkel seumpama ini 🙂

    1. Alhamdulillah.. syukur sgt Eyfa.. 🙂

  16. Norniwanie Nasarudin

    hebatnyaaa..feeling motivated dengan kejayaan beliau..banyak boleh belajar kan..terima kasih share ye.. ^_^

    1. Trylah usha2 & ambil peluang ni Wanie.. sgt baik utk manfaat masa depan juga.. 🙂

  17. Sangat memberi inspirasi…
    Bestnya dpt jumpa dengan pakar2 yang macam tu…
    Skill menguruskan wang dengan bijak dan seterusnya dpt memberi pulangan berganda…penting ni

    1. Betul tu Fidah.. skill yg betul atas jln yg betul pasti membawa keuntungan yg sebaiknya.. mmg penting.. 🙂

  18. salam khir…

    wah bagusnya program ni…beruntung khir dapat menghadiri program ni…mmg betul wang bukan segalanya tapi wang boleh menyebabkan kita hidup selesa dan aman…

    1. Waalaikummussalam… betul sis.. lagi bnyk wang pun lagi bnyk jalan pahala yg kita boleh buat.. klu niat betul, wang yg banyak tu lah peluang yg dpt kita terjemahkan sbg bekalan amalan di akhirat kelak, in shaa Allah… Wang tinggal di dunia tapi amalan ttp berterusan.. subhanallah…

  19. Di Niki? macam pernah dengar nama ni… ni CWA ker? saya pernah kenal dengan orang bawahan dia yang juga dah berjaya…

    1. Yup betul tu Najib.. CWA.. CIMB wealth advisor.. 🙂 🙂

  20. Anonymous

    Seronoknya dapat pergi program macam ni.. Terbaik..

    1. Alhamdulillah Kathy.. mmg seronok & bermanfaat.. 🙂

  21. Anonymous

    Sangat bertuah dapat menghadiri sesi ilmu seperti ini. Boleh dimanfaatkan untuk kehidupan sendiri.

    1. Alhamdulillah.. betul tu Azrin.. sgr2 bermanfaat.. T kasih.. 🙂

  22. Affy Afiqah

    wahhhhhhh seronoknya dapat join program ni, mesti banyak ilmu yang bermanfaat diperolehi kan 🙂

    1. Mmg seronok dan sgt bermanfaat Ika.. malah menaikkan semangat juga.. 🙂

  23. Bertuahnya KK dapat bertemu dan menimba ilmu dari Pakar Mentor Kewangan..

    1. Alhamdulillah AB.. bersyukur sgt.. bnyk lagi yg perlu dipelajari nanti ni.. 🙂

  24. Cetusan Minda

    saya juga percaya bhw tak kira duit itu byk atau sikit , pengurusan kewanganlah yg menentukan kita ni blh meneruskan kelangsungan hidup atau tidak … sharelah dgn kami … ehem … digi offer 50 sen / day je … murah ke mahal tu … heeee

    1. Betul tu CM.. ada yg lagi banyak lagi tak cukup pulak eh hehee. In shaa Allah, ada ilmu nanti saya share.. T kasih CM.. 🙂

  25. oh, baru pertama kali dengar pasal dr niki ni… bagus nya belajar pasal semua kewangan ni.. tapi saya dengan kewangan x ngan sikit. hehehe. belajar macam mana pun, susah nak maintain.

    1. Ohh.. ye ke. Tu sebab Amy belum jumpa mentor yg betul2 bagus tu.. sbb tu mcm tu hehee. Kena try join Dr Niki.. berguru dgn yg pakar dan terbukti berjaya ni lain tau.. 🙂

  26. Untung tau Bro KK dapat jemputan tu..kalau JM dijemput pun mmg takkan lepaskan peluang berharga nih

    KELU lidah bila baca biodata Dr Niki nih…wahhh…WANITA HEBAT

    Bila bro KK nk kongsi Tips Bijak Urus Wang nih…JM pantang kalau ada duit lebih..dalam kepala terus nk cari tiket murah huhuhuh

    1. Mmg hebat.. JM pun patut berguru dgn Dr Niki ni sbb JM suka travel.. lagi jauhlah JM mengembara tu nanti hihii. Klu saya dah ready join, dah terer sikit, saya sharelah JM.. 🙂

  27. Seronok terpilih dlm perkongsian ilmu yg bermnfaat…

    1. Alhamdulillah MF.. seronok dan mmg bermanfaat sgt.. 🙂

  28. Pengurusan kewangan memang sagat penting, kena paksa diri untuk menyimpan walaupun sikit

    1. Betul tu.. tambahan sekarang ni mcm2 cabaran klu nak menyimpan apatah lagi nak melabur kan.. Mmg kena belajar kaedah yg strategik.. menyimpan sambil melabur.. 🙂

  29. CN suka quote ni "Belajar dari yang terbaik dari kemungkinan ke kebarangkalian luarbiasa"

    1. Saya pun suka sgt quote tu CN.. tu yg tulis tu.. 🙂

  30. Salam,

    bunda pernah tengok beliau dalam satu program tv 1 beberapa tahun lepas….kalau tak salah program "Apa Kata Wanita"

    1. Oh.. mmg terkenalkan Bunda.. sbb tu taraf mentor.. 🙂

    2. Bukan saja terkenal tetapi orangnya peramah dan friendly..

    3. Kalau tengok dari penampilan orangnya biasa2 ajer…namun begitu ilmu nya tinggi dan luas…bertuah KK..

    4. Betul tu Bunda.. setuju.. 🙂

  31. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu..membina kerjaya dengan ilmu bijak wang..Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini…

    1. Aamiin.. Syukur sgt Lya sbb berpeluang bertemu.. mmg membuka minda dgn ilmu yg sgt bermanfaat.. 🙂

  32. kena belajar ni uruskan kewangan…
    ni cukup bln je duit habis…cam ner

    1. Hehehee mcm sama je kita… mmg kena berguru dgn Dr Niki tu Haslinda.. 🙂

  33. Ija Rased

    satu program yang sangat bagus. tq for sharing

    1. Alhamdulillah Ija.. program yg sgt bermanfaat.. 🙂

  34. kalau tak kerana artikel ni, saya tak kenal pun sape dr niki syuhada
    menyedihkan =)

  35. kalau tak kerana artikel ni, saya tak kenal pun sape dr niki syuhada
    menyedihkan =)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.