Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP-ODS) merupakan usaha koreksional Jabatan Penjara Malaysia melibatkan banduan yang layak dipilih mengikuti program pemulihan lanjutan dengan bekerja dalam komuniti di luar tembok dan batas penjara.

Ia salah satu program integrasi banduan ke dalam masyarakat dengan kerjasama pihak lain. Melalui program ini, banduan yang layak dibenarkan bekerja berbayar di sektor perkilangan, pertanian, penternakan dan perkhidmatan disamping mengikuti kursus-kursus yang diluluskan semasa menjalani hukuman dibawah kawalan serta tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia sepenuhnya.

Kredit gambar – utusan.my
Kementerian Pertahanan Malaysia merupakan agensi pertama yang terlibat dalam usahasama melaksanakan pemulihan banduan di luar penjara.

Setiap banduan yang dipilih perlu terlebih dahulu melalui proses pemulihan Program Pembangunan Insan (PPI) didalam penjara. Setiap banduan akan dinilai melalui setiap fasa PPI yang diantaranya adalah Fasa Orientasi dan Fasa Pengukuhan Sahsiah sebelum layak dipertimbangkan untuk menyertai Program Pemulihan Pemasyarakatan ini.

Walaupun belum dibebaskan, mereka yang layak mengikuti program tidak lagi dipanggil banduan, tetapi dinamakan sebagai Orang DiSelia (ODS)

Syarat asas banduan yang layak mendapat pertimbangan untuk menyertai program ini sebagai ODS adalah seperti berikut:-
1. Banduan yang mempunyai hukuman enam bulan ke atas atau mempunyai baki hukuman tidak lebih daripada 36 bulan.
2. Banduan bukan daripada kategori kesalahan berat seperti jenayah bunuh dan seksual.
3. Tidak melakukan kesalahan tatatertib dalam penjara sebelum dipertimbangkan dan diperakukan sihat oleh Pegawai Perubatan.
4. Banduan yang tidak lagi mempunyai kes-kes lain yang sedang berjalan dan telah selesai segala rayuan dan urusan di mahkamah.
5. Banduan yang lulus menjalani ujian psikologi dan ujian saringan air kencing sebelum mendapat sokongan dan diluluskan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Orang DiSelia – Program Pemulihan Pemasyarakatan (kredit- mstar.com.my)
Pada waktu ini, PPP telah pun dilaksanakan di lima buah kem tentera. Banduan yang layak akan ditempatkan dan bekerja dalam bidang penyelengaraan lanskap, saliran dan pembersihan di seluruh kawasan kem dan penempatan yang ditentukan.
Antara kem-kem tentera yang terlibat adalah seperti berikut:-
– Kem Mahkota Kluang, Johor.
– Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
– Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah.
– Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
– Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.
Justeru, program ini memberi peluang kepada banduan insaf untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mampu untuk memberi sumbangan kepada negara. Ia juga dapat mewujudkan landasan asas persediaan kepada mereka untuk memanfaatkan kemahiran yang dipelajari atas landasan yang betul setelah dibebaskan nanti.
Kepada sesiapa yang pernah berkunjung atau berkhidmat sebagai tentera di kem-kem tersebut, pasti dapat melihat suasana kebersihan, kekemasan dan perapian kawasannya. Itulah hasil tenaga ODS melalui usaha Program Pemulihan Pemasyarakatan ini.

Persepsi masyarakat juga diharap akan berubah melalui penglibatan agensi
kerajaan lain, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat untuk kebaikan masyarakat. Institusi penjara bukanlah tempat untuk menghukum pesalah semata-mata tetapi sebagai institusi koreksional ‘kitar semula modal insan’ yang membimbing banduan insaf agar menjadi individu berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Kredit foto : Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel yang berkaitan:
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

34 Comments

  1. semoga program pemulihan ni mendatangkan kesan yang positif…

    1. In shaa Allah Farah.. mudah2an.. utk kebaikan kita semua, msykt & negara… aamiin. 🙂

  2. I think I've read somewhere, only 30% daripada mereka ni yang kembali menjadi banduan. Rekod yang agak baik rasanya kot..Am I right mr Khir?

    1. Berdasarkan apa yg saya tahu, rekod sepanjang ia dilaksanakan mmg masih diparas yg meyakinkan. Buat masa ni saya belum kesempatan utk mencatatkan peratusan terkini. Nnti saya akan dptkan… apa pun, kebanyakkan punca mereka menjadi banduan semula pun disebabkan tak larat bekerja.. secara sukarela diminta kembali menjadi penghuni penjara.. biasalah, bila tentera terlibat pastinya disiplin dititikberatkan. Ditambah dgn displin Jabatan penjara, jadilah disiplin kuasa2… tp, mmg tak banyak berlaku..
      Saya akan dptkan info & statistik terkini bila kesempatan & diizinkan nnti.

  3. program yg bermanfaat untuk mereka

    1. Mmg bermanfaat & sesuatu yg menguatkan semangat mereka utk kekal positif.. in shaa Allah…

  4. bagusnya.moga mereka memanfaatkan peluang tu sebaiknya. peluang utk hidup kembali normal ke dlm masyarakat. moga dipermudahkan buat mereka

    1. Betul tu Yumida.. dgn niat & azam yg baik utk berubah.. pasti Allah swt permudahkan… in shaa Allah..

  5. bagus program ni… apa yg sy tahu program ni byk mengajar dan membentuk banduan belajar berdikari dan berjaya dalam kerjaya apabila habis tempoh hukuman.. dan program ni juga mengajar ods menyesuaikan diri hidup dlm bermasyarat..

  6. bagus program ni… apa yg sy tahu program ni byk mengajar dan membentuk banduan belajar berdikari dan berjaya dalam kerjaya apabila habis tempoh hukuman.. dan program ni juga mengajar ods menyesuaikan diri hidup dlm bermasyarat..

    1. Alhamdulillah… mmg itulah tujuan & matlamatnya. Demi kebaikan mereka, kita & msykt seluruhnya.. in shaa Allah.. T kasih atas perkongsian pandangan Addy.. 🙂

  7. semoga mereka dapat muhasabah diri dan berubah ke arah insan yang lebih baik…

    1. Mudah2an Zumal.. utk kebaikan diri mereka & msykt seluruhnya.. in shaa Allah..

  8. bagus betul dengan sistem penjara kat malaysia ni.. beza benar dengan apa yg ditunjukkan dalam filem2 barat yg selalunya menggambarkan penjara hanya sebagai tempat hukuman semata…

    1. Saya pun bersetuju dgn pandangan Pha Is tu.. melalui pemerhatian & pengalaman juga, telah bnyk usaha utk membimbing mereka agar menjadi sebahagian insan dlm msykt spt kita. Hukuman yg diterima disulam dgn kesedaran & peluang utk kebaikan… klu ttp tak berubah tu, mmg ada problem dgn individu itu sendiri… wallahualam…

  9. semoga mereka kembali ke pangkuan Allah…

    1. In shaa Allah.. semoga kita semua juga dpt kembali kpd NYA… aamiin…

  10. program yang baik dan bermanfaat..di harap menjadi pemangkin ke arah yang lebih baik.inshaAllah..

    1. In shaa Allah Kathy.. mudah2an dpt membentuk msykt yg lebih baik, makmur & sejahtera… aamiin..

  11. bagus aktiviti sosial begini kan, sekurang-kurangnya menjadi satu aktiviti yang mereka boleh gunakan bila keluar kelak. semoga apa sahaja pihak penjara buat untuk mereka menjadikan mereka tak putus asa dalam kehidupan…

    1. In shaa Allah mama.. mudah2an membawa kebaikan buat msykt seluruhnya… aamiin.. 🙂

  12. program yang baik dalam usaha memberi pemulihan sepenuhnya..nilai-nilai murni itu turut dipupuk..:DD

    inti dan darlie untuk En.Khir..:DD

    1. Betul tu Ikhwan.. mudah2an dengan penglibatan pihak lain juga dpr membantu pemulihan dgn lebih berkesan.. in shaa Allah..

  13. program kesedaran , agama juga kemahiran sgt perlu bagi mrk . hanya penjara saja yg sudi memberi peluang . rasanya kalau diluar , lbh byk yg pandang negatif berbanding yg memberi peluang … program lebresse 3x … hehehee

    1. Mmg betul tu Vee.. stigma msykt mmg masih ada.. secara rasmi mmg boleh dikatakan membantu, tetapi secara peribadi masih ada segelintir yg berperasangka negatif.. cabaran utk banduan2 ini membuktikan kpd msykt bahawa mereka juga boleh mencipta peluang…
      Pasti ada yg terkejut jika mendapati majikan mereka adalah bekas banduan kan.. malah lebih baik pengurusannya dari orang kebanyakkan… T kasih Vee.. 😀

  14. Sebaiknya banduan ini di ajar kemahiran, supaya bila keluar nanti mereka tidak terkontang kanting. Jabatan kami pun ada terlibat dalam program kemahiran untuk banduan ini, tapi taklah banyak sangat

    1. Memang betul tu Zila.. dgn kemahiran, dpt membantu mereka berdikari utk terus istiqamah diatas jln yg diberkati.. Jabatan Zila tu mmg harus dipuji.. sedikit sebanyak pun sudi membantu dari lihat & memerhati semata… Syabas.. 🙂

    1. Your welcome Fidah.. 🙂

  15. semoga kita masyarakat luar dapat menerima bekas2 banduan ini dan jangan memandang serong kepada mereka…

    1. Betul tu Noe.. dengan jalan yg telah disediakan, mudah2an membantu mereka utk membuktikan kpd msykt yg mereka mampu berubah & berjaya.. in shaa Allah…

  16. kita sepatutnya memberi peluang untuk banduan ni meneruskan kehidupan seperti biasa.. jangan pulaukan mereka sehingga mendesak mereka untuk melakukan sesuatu yang salah yang boleh menyebabkan mereka menjadi banduan semual…

  17. berbayar rupanya
    habis tu duit dari hasil kerja tu dapat time bila

  18. aktiviti yang sihat untuk mereka malah boleh dipraktikkan bila mrk sudah kelaur nanti . maaflah khir . dari minggu lepas lagi loading dah slow . p1 ni cepat jer habis quotanya. jadi mr.nuff tu susah nak keluar … nanti saya bayar hutang lah … heh heh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.