Program Memperkasa Informasi Generasi Muda
Memperkasa Informasi Generasi Muda – Pada Selasa (21/10/2014) telah berlangsungnya Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014 peringkat W.P. Kuala Lumpur bertempat di auditorium Muzium Negara. Ia adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan WPKL dengan kerjasama Jabatan Kastam WPKL, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Insolvensi Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Amanah Raya Berhad (ARB) dan Jabatan Muzium Malaysia.
Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara

Intipati Dan Matlamat Program

Program ini juga turut menjadi salah satu program intervensi Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL dalam memperolehi input terkini kepada yang terlibat. Ia juga merupakan ‘outreach program’ yang melibatkan kerjasama dari perbagai agensi bertujuan menyuntik pengetahuan serta kesedaran terutama dikalangan belia terhadap peranan jabatan dan agensi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.
Program juga turut memberi penjelasan tentang GST, imigresen termasuk isu kebankrapan yang melanda kebanyakan generasi belia masa kini. Secara peribadi, saya amat tertarik dengan maklumat yang menjelaskan tentang fungsi Jabatan Insolvensi yang dilihat semakin releven apabila isu kebankrapan menjadi salah satu perhatian. Saya difahamkan terdapat lebih 100 000 kes kebankrapan di Kuala Lumpur sahaja yang disebabkan ketidakupayaan membayar balik pinjaman sama ada dibuat oleh individu itu sendiri atau mereka yang menjadi penjamin kepada orang lain. Namun ada juga kes penganiayaan, memanipulasi undang-undang dan penipuan yang melibatkan penggunaan identiti (kad pengenalan) individu lain, menjadi penama (sleeping partner) dalam perniagaan dan pelbagai lagi permasalahan yang kurang difahami ramai.
Antara kes-kes kebankrapan yang sinonim dengan golongan belia pula adalah berkaitan hutang kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi. Berdasarkan maklumat yang sempat saya catatkan secara kasar, terdapat sebanyak 34% kes kebangkrapan yang melibatkan peringkat umur antara 35 – 44 tahun, 26% bagi umur 45 – 54 tahun dan 20% untuk peringkat umur lain-lain. Peratusan berdasarkan statistik jantina dari 2007 sehingga Jun 2014 melibatkan 70% lelaki dan 29% wanita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun perlu juga kita fahami bahawa kebankrapan itu bukanlah satu jenayah, ia adalah kegagalan dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Kepentingan Belia Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi

Program ini juga turut memberi penekanan tentang pentingnya pengurusan kewangan dan pengetahuan perundangan dalam kerjaya yang mungkin dapat menghindarkan belia dari terkait dengan permasalahan yang tidak dijangka. Ia juga turut menjelaskan peranan pelbagai institusi agar dapat dijadikan tempat rujukan demi meringankan bebanan permasalahan kepada mereka yang terlibat namun komited mencari jalan penyelesaian. Selain itu, ia turut member penekanan terhadap pengaruh media sosial dalam penyebaran maklumat agar informasi dapat disampaikan dengan jelas dan dimanfaatkan untuk kebaikan golongan sasar.
Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara
Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara
Bagi saya, secara tidak langsung terpanggil untuk menjelaskan kepada pembaca yang dihormati bahawa isu sosial itu bukan hanya berkisar tentang permasalahan perilaku remaja dan keluarga sahaja. Ia turut mencakupi isu berkaitan akademik, kewangan, pengurusan, persaingan kerjaya dan cabaran kehidupan. Isu kes-kes komersil pula bukanlah semuanya kes pecah amanah (Criminal Breach of Trust (CBT)) dan rasuah semata-mata, tetapi mencakupi kes-kes keusahawanan dan kerjaya seperti akta syarikat, akta penerbitan bon dan saham, akta suruhanjaya sekuriti, akta bank dan institusi kewangan serta pelbagai lagi kesalahan akta hal-hal perlesenan dan urusan teknikal yang berkait rapat dengan kepentingan belia dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

Memperkasa Informasi Sosial Kepada Generasi Belia

Program memperkasa informasi seperti ini mempunyai pengisian yang bermanfaat. Pelajaran yang tinggi dan kekeluargaan yang baik kadang-kala tidak menjamin anda untuk tidak terkait dengan masalah sosial dari pelbagai sudut perundangan. Ia akan saya kongsikan lagi berdasarkan fakta dan pengalaman untuk peringataan demi kebaikan bersama nanti… in shaa Allah.
Parol WPKL, Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Salam Hormat

Khir Khalid

49 Thoughts to “Program Memperkasa Informasi Generasi Muda”

  1. Mardiah Diana

    Salam singgah sini KK…panjang lebar penerangan KK…tapi penuh manfaat untuk kita semua…Diana pun ada buat pinjaman…hehe…

    1. Wkmmsslm Diana.. mmg ramai yg mampu buat pinjaman kan, cuma tak semua mampu nak bayar balik hehee.. T kasih.. 🙂

  2. ~Kak Nah Backyard (^_^)~

    paling takut hutang kad kredit..

    1. Kad kredit yg ramai sangkut tu kak Nah.. 😀

  3. Zumal pun salah sorang daripadanya…

    1. Adakala org yg berjaya tak mampu nak mengawal kegagalan bila ia jatuh.. Org yg berjaya diukur dari bagaimana ia mengendali kegagalannya. Pastinya Zumal mampu menghadapinya & berjaya kan…

    2. Alhamdulillah zumal masih mampu hadapinya walaupun perit… Hehe *ayat insaf* 🙂

    1. Mudah2an membawa kebaikan kpd semua, in shaa Allah.. T kasih Anies.. 🙂

  4. Nurul Hidayah

    Salam Khir.. ape kabar? moga sihat selalu hendaknye 🙂

    1. Waalaikummussalam.. khabar baik. Semoga Nurul juga sihat & ceria selalu.. 🙂

  5. Belog Santai

    Memang bagus ada program macam ni Khir..Yalah sekarang ni minda kita semua especailly tenagers can easily manipulated & corrupted. So harap-harap bila ada yang mengingatkan, tak ramai yang tersasarkan..

    1. Betul tu Raudzah.. bukan semua benda terjadi spt yg diatas buku shj. Mudah2an perkongsian spt ini dpt dijadikan iktibar peringatan buat kita semua, in shaa Allah..

  6. Sylarius Yusof

    Bangkrap ni puncanya banyak daripada masalah keberhutangan yang tinggi di kalangan rakyat kita. Selain hutang rumah dan kereta yang dah jadi macam satu benda wajib untuk rakyat Malaysia, pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan juga antara perkara yang sering menjadi punca para belia di Malaysia ni bangkrap.

    1. Betul tu.. saya pun pernah jumpa masalah mcm tu. Meminjam utk majlis kahwin & parah lepas berkahwin. Nak jaga imej punya hal.. wallahualam..

  7. setuju dengan KK..didikan ibubapa yg teratur, tetap ada pengaruh dari anasir luar..pucuk panggal diri sendri..

    1. Betul tu Mar, itu salah satu faktor buat saya terpanggil berkongsi utk peringatan bersama..

    1. T kasih kembali Haslinda.. 🙂

  8. wah tingginya angka bankrap tu
    camne diorang nak atasi benda ni dari berterusan ye

    1. Itulah pentingnya peranan Jabatan Insolvensi tu YY. In shaa Allah, ada jalan & cara yg terbaik utk diselesaikan. Cuma nak mengelakkan tu bergantung kpd yg meminjam.. wallahualam.. 🙂

  9. asyik generasi muda je…? generasi tua tak dak ke…?

    hehe

    1. Generasi tua kebanyakkannya dah kaya. Tak ramai yg nak meminjam yg bukan2 ni huhu.. 😀

  10. wow, 100 000 kes bankrupt? banyaknya :O

    1. Banyakkan.. itulah faktanya Amy.. 🙂

  11. mak aih..nice sharing bro..xsangka kan kes bankrup sebyk tu…

    1. Itulah kenyataan.. tak semua berlaku spt mengikut teori.. wallahualam..

  12. Nice sharing KK…Moga2 ilmu yg kita dpt bila kita kongsi bersama org lain diluar sana dptlaa memberi manfaat utk mereka..sama2 kita ingat mengingatkan sesama kita ..

    1. In shaa Allah.. itulah harapannya. Semoga membawa kebaikan bersama. T kasih Lya.. 🙂

  13. Good info KK
    Semoga program2 sebegini dpt memberi pencerahan tentang isu bankrap yg boleh dikatakan semakin serius..
    Harap2 ada penerangan yg lebih jelas tentang apa yg perlu dilakukan jika diisytihar sebagai bankrap dan bagaimana caranya nak 'clear'kan nama selepas diisytihar bankrap dsb..

    1. Sbg seorang yg bercita2 dan memilih bidang keusahawanan sbg kerjaya, mmg terpanggil utk berkongsi perkara2 spt ini kpd semua. In shaa Allah, akan saya kongsikan utk pengetahuan & kebaikan semua. T kasih Fidah.

  14. TunSha Ayunie

    Info yang berguna… masuk blog bro khir baru nampak, banyak program yang bermanfaat sebenarnya 🙂

    1. Alhamdulillah Sha.. mudah2an membawa kebaikan bersama. T kasih.. 🙂

    1. Betul tu.. klu tak dikawal mmg seronok 'swipe' sana sini.. 😀

  15. Kemahiran berfikir itu yang penting dan perlu ada pada generasi muda.

    1. Betul tu.. generasi muda yg bercita2 tinggi pun kdg2 rasa berani utk buat pelaburan jumlah yg besar, tp ada masa gagal mengawal keadaan.. terutamanya usahawan muda.Kemahiran berfikir tu mmg penting..

    1. Betul tu EM. Bnyk juga saya tengok usahawan yg berjaya tetapi menemui jln buntu bila berhadapan dgn masalah yg tak dijangka. Semoga membawa kebaikan.. 🙂

  16. program yang sangat bagus,,, moga di teruskan ,…jangan lupa jemput blogger ..hehehe nak jugak

    1. In shaa Allah Acik.. ada peluang pasti akan ajak sama2.. 🙂

  17. Kenapa nampak macam mereka yang berada dihujung kebeliaan je nie…

    http://www.broframestone.com

    1. Hehee.. campur2 Bro. Ada yg hujung & ada yg baru je masuk peringkat belia spt gua ni huhu.. 😀

  18. program yang menarik..

    kk, nak tau edit blog dekat siapa yer? cn suka template ni, mesra seo..boleh bg tips 😉

  19. Eshamz Halim

    Satu program yang bagus dan penuh dengan manfaat….. 😀

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.