Program SocioEDU Motivasi Pembangunan Insan – Tidak semua insan di dunia ini melalui jalan mudah, sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahu pun kehidupan. Saya juga tidak terkecuali dalam menghadapi dugaan kerjaya dan kehidupan.
Sememangnya memulakan sesuatu dari ‘zero to hero’ itu lebih mudah berbanding memulakan semula dari negatif untuk mengembalikan kejayaan. Ramai yang mampu memberi nasihat, namun hakikatnya tidak semua pernah diuji berdepan krisis kerasnya realiti kehidupan.
Saya bukan mentor, tetapi tidak semua mentor mampu tangani apa yang pernah kami hadapi dalam percaturan kerjaya dan kehidupan. Namun saya bernasib baik atas sokongan insan-insan berjiwa besar agar tabah meneruskan aspirasi, malah bersyukur bila melihat pelbagai lagi segmen kehidupan yang tak mampu kita jangka. Ia memberi kesedaran buat diri sebagai ‘unique calling’ terutamanya kepada remaja dan belia di Malaysia.
SocioEDU Motivasi Pembangunan Insan
Program SocioEDU telah dimulakan pada tahun 2011 berdasarkan inspirasi pengalaman kerjaya, segmen sosio-masyarakat serta penglibatan dalam pelbagai inisiatif keusahawanan sosial sejak 2006.
Modus operandi program merupakan visi jangka panjang menyuntik kefahaman realiti, kesedaran sosial dan motivasi berteraskan pembangunan modal insan melalui kerjasama pelbagai pihak sebagai inisiatif memperkasa elemen sosial dan pendidikan generasi kini.
Ia turut diinspirasikan melalui sokongan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, dalam penglibatan segmen koreksional yang telah membuka ruang kepercayaan rakan industri, pihak agensi dan institusi serta para pengkaji sosial di Malaysia dan antarabangsa.
Fokus utama adalah menyuntik input kesedaran kepada golongan sasar melalui pengisian yang merangkumi realiti sosio kerjaya dan motivasi berdasarkan fakta kajian semasa serta pengalaman dalam segmen akademik, koreksional, keusahawanan dan pembangunan insan.
 |
Innovative ambassador Genovasi |
 |
Motivasi kesedaran SMK Subang Bestari |
 |
Motivasi sosio-remaja SMK Wangsa Melawati |
Sesungguhnya, agenda pemerkasaan sosial tempatan perlu bersaing dengan acuan
‘socio-education’ antarabangsa yang masuk dalam pelbagai cara. Ada diantara pengisian yang tidak sesuai dengan
‘eastern ideology’ resmi budaya masyarakat Malaysia.
Antara pencetus inisiatif SocioEDU ini antaranya juga disebabkan saya menerima pelbagai tawaran untuk terlibat memperkasa modul pembangunan sosial dari agen luar negara yang cuba masuk melalui NGO, aktivis dan usahawan sosial bagi menyuntik dakwah dan input ideologi global.
Justeru, aspirasi ini merupakan usaha berperingkat yang memerlukan komitmen berterusan.
 |
Intervensi sosial Parol WPKL |
 |
Intervensi sosial di Melaka |
 |
Transformasi sosio-pendidikan Genovasi |
Memperkasa Sosio Pendidikan Dan Pembangunan Insan
Saya berpendapat, transformasi permodenan negara perlu berasaskan ilmu sains, teknologi dan sosial yang tergabung dalam paradigma lengkap.
Jika ukuran kemodenan hanya tertumpu kepada pemerkasaan sistem kapitalisme, kemajuan teknologi, bangunan pencakar langit, pendapatan tinggi dan seangkatannya, saya yakin ia tidak akan beroleh titik kejayaan sekiranya elemen pemerkasaan sosio-pendidikan masih diperingkat lama.
Pendekatan kesedaran dan pendedahan strategik kepada generasi kini sememangnya perlu sebagai sokongan dan bimbingan bagi membentuk pemimpin masa hadapan berwibawa.
 |
Transformasi Hari Belia Kuala Lumpur |
 |
Motivasi belia Bukit Bintang |
 |
Transformasi remaja Kuala Lumpur |
 |
Kesedaran sosio pendidikan SMK Subang Bestari |
Asas motivasi adalah kesedaran. Objektif utama adalah memperkasa kesedaran secara praktikal dan integratif dari pelbagai peringkat bermula sekolah, institusi pengajian hinggalah sistem masyarakat seluruhnya berdasarkan fakta dan pendedahan praktikal.
Ia sentiasa menjadi aspirasi dalam memperkukuh idea sosial kepada segenap lapisan generasi sebagai perisai diri dan panduan bermanfaat. Merupakan amanah diri yang turut dikongsi melalui pemerkasaan program mahu pun jurnal di blog ini sebagai pendedahan ‘bookwise’ dan ‘streetwise’.
 |
Pengkajian sosial UKM – Penjara Sungai Buloh |
 |
Intervensi sosial (Malaysia – Ukraine) |
 |
intervensi sokongan IM4U fm Sunway Fabrik Kasih |
 |
Kajiselidik seksual kesihatan remaja bersama wakil FRHAM dan UPM |
Pembangunan Modal Insan Pemimpin Masa Hadapan
Adalah menjadi harapan agar pengisian SocioEDU sebagai elemen motivasi kesedaran dan pembangunan insan mampu menyumbang kepada pengukuhan modal insan generasi kini dan bakal pemimpin masa hadapan.
Pelbagai perkongsian motivasi sosio pendidikan, keusahawanan dan pembangunan insan juga dikongsikan di blog ini dari masa ke semasa sebagai informasi dan rujukan.
Salam Hormat
Khir Khalid
SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
Seorang digital creator; content writer, video creator dan motovlogger.
My Bio > PROFILE & BIO
Alhamdulillah..tahniah Khir semoga usaha murni ni mencapai sasaran seperti yang diinginkan…May you get the support throughout the journey…
Salam Sabtu yang ceria. 2 X lactacyd & libresse for you..
Thanks Raudzah.. in shaa Allah.. semoga dipermudahkan segalanya.. salam ceria Sabtu juga.. 🙂 🙂
wah…menarik bro…
Alhamdulillah.. syukur..:) 🙂
saya orang pertama komen..
Tahniah sahabat.. t kasih.. 🙂
tahniah
T kasih mimbar kata.. 🙂
tambahan ilmu buat mama si suri rumah.. 🙂
mama hadiahkan klik untuk en khir.. 🙂
Alhamdulillah.. t kasih mama.. 🙂 🙂
Alhamdulillah. sejuk hati melihat generasi pemuda seperti anda. mendoakan dan mengharapkan lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah anda 🙂
Alhamdulillah… mudah2an membawa kebaikan..in shaa Allah.. aamiin. T kasih Umi Nazrah.. 🙂
Semoga usaha murni Abg Khir mencapai matlamatnya…
In shaa Allah Zumal.. aamiin. T kasih.. 🙂
Alhamdulillah… Ilmu baru lagi disini…
Alhamdulillah.. t kasih pn Maria.. 🙂
tahniah..moga semua yang baik di permudahkan…
In shaa Allah aamiin.. T kasih Kathy.. 🙂
wah ! awesome..semoga program mcm ni bermanfaat untuk pelajar2 😉
In shaa Allah… mudah2an bermanfaat.. thanks CN.. 🙂 🙂
Tahniah…semoga terus maju jaya
In shaa Allah… aamiin. Thanks Fidah.. 🙂
wah…teruja..tahniah En.Khir..moga terus berjaya ya!
Alhamdulillah.. t kasih Ikhwan.. 🙂
tahniah.. smoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkanNya.. 🙂
In shaa Allah… aamiin. T kasih Pha Is.. 🙂
Respek betul kat bro khir ni….. program yang amat bagus dan semoga bro khir akan terus maju… 😀
smoga trus berjaya dalam bidang social ini..
kagum dengan usaha en khir
semoga terus success
cam nak join juga, boleh ke? =)
agreed dengan statement ko bro…pembangunan sosial juga harus turut sama ditingkatkan seiring dengan transformasi negara…baru nampak keseimbangan disitu..
Regards,
-Strider-
dan aku setuju dgn komen ko bro..komen yg pling mantap di sini!!
Semoga dipermudahkan segala usaha Khir ni…
Tahniah Khir…
Terbaikk en khir..semoga segala usaha diberkati