Kelab doktor muda bersama Jordan

Jordan Dental Care Malaysia bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) telah bekerjasama dalam menyuntik kesedaran kepada pelajar sekolah tentang kepentingan kebersihan oral dan teknik memberus gigi melalui program Kelab Doktor Muda bersama Jordan.

Program yang disertai oleh 25 sekolah dengan penglibatan guru dan pelajar di Johor, Kuala Lumpur, Penang, Perak, Putrajaya dan Selangor ini mengetengahkan pelbagai aktiviti merangkumi, Plaque Scan Video Challenge, Finding Jordan Piccaso Challenge, Infographic Message Challenge, Brush Time for Kids App Challenge and Oral Hygenie Banner Challenge.

Selain itu, terdapat juga cabaran bonus ‘Go Green’ dengan menggalakkan pelajar menyumbang berus gigi plastik terpakai kepada Jordan untuk kitar semula. Kesemua aktiviti setiap sekolah yang terlibat turut dimuatnaik ke Facebook Page Kelab Doktor Muda.

Kelab Doktor Muda Oral Hygenie Competition 2019

Setiap penglibatan aktiviti oleh para pelajar turut diberikan markah berdasarkan mesej, kreativiti, interaksi komuniti, termasuk ‘likes’ dan ‘shares’ pada setiap post di Facebook.

Mengakhiri program kesedaran kebersihan oral untuk tahun ini, 5 sekolah telah berjaya mengumpul markah tertinggi sebagai juara ‘Kelab Doktor Muda’ Oral Hygenie Competition 2019, iaitu;

  • Grand Prize: Sekolah Rendah Al-Hidayah, Perak.
  • Second Prize: Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak.
  • Third Prize: Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Selangor.
  • Consolation Prize (1): Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, KL.
  • Consolation Prize (2): Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Johor.

Menurut Ong Teong Dee, Country Manager of Malaysia, Jordan Asia Pacific Sdn. Bhd.; “Melalui program Kelab Doktor Muda bersama Jordan pada tahun ini, kami berjaya memberi galakan kepada 25,000 pelajar terhadap kepentingan kebersihan oral. Kami komited untuk terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan oral dengan kerjasama erat KKM dan KPM.”

Baca lagi: Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL

4 Thoughts to “Program Kelab Doktor Muda Bersama Jordan Dental Care”

  1. Tq sharing bro Kk. Semoga dengan kerjasama ini akan dapat menyuntik dan memberi lebih pendedahan serta kesedaran kepada pelajar sekolah tentang kepentingan kebersihan oral dan teknik memberus gigi yang betul.
    Lya recently posted…Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingakatan 1 2020My Profile

  2. Tahniah kepada doktor2 muda yang terlibat aktif kerja2 sosial bermanfaat

  3. tahniah kpd Doktor2 yg terlibat

  4. Asalamualaikum KK..tahniah blog sangat berinformasi..tahnia para Doktor terlibat

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.