Program Kasih Ilmu Anak SelangorPendidikan 

Program Kasih Ilmu Anak Selangor Anjuran MBI

Program Kasih Ilmu Anak Selangor – Baru-baru ini saya telah menerima amanah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), bagi berkongsi informasi tentang aspirasi tanggungjawab sosial korporat MBI melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor.
Ia merupakan program yang memberi sumbangan dalam membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan kurang bernasib baik bagi persediaan menghadapi musim persekolahan 2018.
Menteri Besar Selangor Incorporated, CSRMBISelangor, FR Junior,

Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Selaras peranan MBI sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat, ia juga merupakan inisiatif dalam menyokong memperkasa objektif Kerajaan Negeri Selangor ke arah Membangun Bangsa Memakmur Negara.
Selain bantuan daripada Kerajaan Negeri, MBI telah mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan berbentuk bantuan persekolahan dengan mensasarkan seramai 55,000 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Ia juga bertujuan meringankan beban yang ditanggung rakyat Selangor berikutan peningkatan kos sara hidup masa kini.
Program yang telah dianjurkan antaranya;
1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang

“Kejayaan Selangor bukan terletak pada statistik ekonomi semata-mata, tetapi terletak pada generasi mudanya yang berilmu, berkemahiran dan memiliki jati diri yang mulia”  -Y.A.B Dato’ Seri Azmin Ali (Menteri Besar Selangor)

Menteri Besar Selangor Incorporated, MBI, Fairuz Ramdan sdn bhd,

Alhamdulillah, rezeki Ucu dapat baju sekolah untuk sesi persekolahan 2018. Baju dan kain sekolah jenama FR Junior mempunyai mutu jahitan yang berkualiti, kemas dan selesa dipakai. Ia direka dan dikeluarkan oleh Fairuz Ramdan Sdn Bhd.

Program Kasih Ilmu Anak Selangor ini melestarikan lagi program tanggungjawab sosial yang memartabatkan MBI sebagai entiti prihatin terhadap keperitan rakyat disamping mengutamakan ilmu pendidikan sebagai aset penting pembangunan modal insan. Ia sejajar dengan objektif utama MBI dalam membantu golongan yang memerlukan di Negeri Selangor.
Follow info terkini CSR MBI di Instagram: @csrmbiselangor
Instagram FR Junior;

Related posts

4 Thoughts to “Program Kasih Ilmu Anak Selangor Anjuran MBI”

  1. wahhh dapat baju baru mesti bersemangat ucu nk g sekolah nnt!

    1. Tak sabar dah ucu nak pergi sekolah.. beberapa hari je lagi 😀

  2. Alhamdulillah rezeki Ucu…yang penting selesa dipakai..

  3. Alhamdulillah senyum lebar ucu dpt baju sekolah baru

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.