Setelah selesai menyampaikan amanah motivasi dalam satu program intervensi Parol WPKL pada petang Isnin (10/3/14) yang lalu, aku telah berpeluang menyertai program Intervensi ODP sukan bowling yang diadakan di Pusat Bowling, BREM Shopping Centre, Kepong.
Program intervensi ODP, Parol WPKL

Matlamat Parol WPKL dalam program Intervensi ODP

Acara ini sebenarnya adalah salah satu program intervensi kesukanan bersama komuniti yang bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada Orang diparol (ODP) melalui aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian dengan arus kehidupan di sekitar Kuala Lumpur. Disamping itu, ia diadakan bagi memilih peserta yang layak untuk mewakili ‘Team Parol WPKL’ dalam program intervensi sukan bowling bersama komuniti peringkat negeri-negeri yang akan diadakan nanti.

Program seperti ini sememangnya memerlukan penglibatan dan interaksi dari kalangan kakitangan Parol, ODP itu sendiri dan juga pihak awam dalam usaha merialisasikan integrasi ODP ke dalam masyarakat dengan lebih berkesan. Adalah tidak dinafikan bahawa ada juga dikalangan ODP yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan acara-acara riadah santai bersama komuniti seperti ini. Ia merupakan pengalaman positif yang baharu buat sesetengah dari mereka.
Program intervensi ODP, Parol WPKL
Program intervensi ODP, Parol WPKL

Program yang bermanfaat melalui aktiviti riadah santai.

Sukan bowling merupakan salah satu aktiviti riadah yang popular bukan sahaja dikalangan warga KL malah di seluruh Malaysia. Sama ada berhibur bersama keluarga ataupun rakan, sukan bowling adalah aktiviti riadah ‘indoor recreational sport’ yang masih lagi menjimatkan dan juga menyihatkan.

Bagi aku sendiri yang boleh dikatakan jarang beriadah dengan sukan bowling, ia bukan sahaja sekadar hiburan tetapi cabaran dalam merebut peluang agar terpilih dan dapat bertanding menentang bahagian Parol dari negeri-negeri yang lain. Alhamdulillah… skill aku telah datang disaat-saat akhir. Walaupun dengan tangan yang lenguh dan menggigil disebabkan bola yang berat, serta point pemarkahan yang agak cukup-cukup makan… aku akhirnya telah berjaya terpilih untuk mewakili ‘Team Parol WPKL’. Lepas ni kenalah bersedia untuk persaingan yang lebih hebat dan sengit nanti…
Selfie Bowling Parol WPKL
Selfie inspirasi dari blogger Shakiddo & Uncle Gedek ni… cer tengok baju aku.. 😀
Program intervensi kesukanan dalam komuniti seperti
ini bukanlah sekadar riadah santai dan berhibur semata-mata. Ia adalah satu
aktiviti komuniti yang bersifat intervensi (pencegahan) dan motivasi yang penuh
dengan tanggungjawab koreksional dan sosial. Adalah menjadi harapan semoga segala usaha untuk mencapai
matlamat demi mewujudkan integrasi komuniti yang positif ke arah masyarakat yang sejahtera
dipermudahkan sepenuhnya… aamiin.

P/s : Ada sesiapa yang boleh bagi aku tips untuk dapatkan skill bowling yang hebat tak?.. 😀

Artikel yang berkaitan:
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

84 Thoughts to “Intervensi ODP Sukan Bowling Parol WPKL”

  1. Muhammad Taufiq

    Wah bestnya main bowling 🙂

    awksweetgitu.blogspot.com 🙂

    1. Mmg best.. seronok. T kasih Taufiq.. 🙂

  2. atien zuraidah

    X perna. Main bowling,huhu
    Sorry ye khir jarang singgah sbb mood hilang x kembali.

    1. Saya pun bukannya slalu main bowling ni hehee.. it's ok Atien, biasalah tu.. nnti sure dtg balik mood tu.. salam ceria selalu.. 🙂

  3. ain diyana

    sukeee boling…. abg khir kene byk practise…

    1. Oh.. terbaik Ain!.. kena salalu practise ni biar terror.. baru ada senggattt.. 😀

  4. Wan Maruzen Wan Husain

    mesti pro ni…hehehe

    1. Takde mananya pro Wan… 'Pro..blem' je adalah hehee.. 😀

  5. MyCherita

    pernah main 2,3 kali ja..tapi saya tak berapa pandai sgt main.. selalu masuk longkang je.. 😀

    1. Lebih kurang je tu… yg letih bila semua mata tertumpu kat kita & bola pulak masuk longkang… haru hahaa.. 😀

  6. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum….khir,

    wahh.. khir mesti terrer main bowling..

    mselim3

    pls: berapa agaknya jatuhan pin.. bowling.

    1. Waalaikummussalam MSelim3, saya mmg terrer MSelim hahaa.. satu round cuma 120 pin je.. cukup2 makan.. 😀 😀

  7. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    aiza tak suka main bowling, selalu keluar main bowling dengan kawan-kawan main asyik masuk longkang je.. dan mengaku je la aiza tak reti main bowling sebenarnya.. hehe.. menabung 3kali churp2, 3kali h12..

    1. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

      praktik hari-hari insya-Allah expert.. nuff semua churp2 lagi, tambah 4kali h12..

    2. Saya pun bukannya reti sgt.. buat2 reti je hahaa.. t kasih Aiza.. 😀

  8. acik idah

    Ermm… idah pun dah tak ingat bila kali terakhir idah main bowling ek…! tak minat sangat bowling… ! 😀

    1. Hahaa.. saya pun taklah minat sgt.. tp sebab terrer kan huhu.. 😛 😀

  9. salam pagi khir…dah lama tak main bowling..walaupun bukan terror sangat bermain..tapi sekadar beriadah suka-suka dengan family…seronok..

    1. Walaikummussalam Aida, mmg seronok.. saya pun tak terror pun… tp tak lama lagi nanti terror lah ni hahaa.. 😀

  10. Lynn Munir

    Amboi,mentang-mentang dah pandai main bowling…muka nampak bisa semacam ni Khir.
    Rilex arr. Hehehe….

    1. Hahaa.. muka cuak tu kak Lynn… nasib baik mmg terrer huhu.. 😀 😀

  11. lepas habis belajar dh xde dh main bowling..dan mmg xterer pn…hehe..jd xdapek la bagi tips..

    1. Hahaa.. lebih kurang mcm saya je.. lama juga tak main bowling ni Niesa huhu.. 😀

  12. Sy bowling buah kelapa msa kecik2 dulu pnh la main.. Hehe… Bowling moden x pnh lagi try main…

    1. Hahaa… nostalgia tu.. dulu2 pun pernah main juga… tp slalu tak mengena je sbb kelapa tu bergolek ke tempat lain.. slalu lari target.. 😀 😀

  13. encik biasa berapa lama diorang ni diparol
    sepanjang tempoh masa tu, diorang boleh kerja seperri biasa kan?
    curious sebenarnya

    saya tak reti main bowling
    paling parah, main bowling pun tak reti =)

    1. Bergantung pada hukuman mereka Yana.. klu hukuman setahun, biasanya tempoh parol adalah dua bulan yg terakhir, paling tinggi yg layak hanya utk mereka yg menjalani hukuman dibawah tujuh tahun dgn tempoh parol selama 1 tahun 4 bulan.
      Mereka boleh bekerja spt biasa tetapi perlu melaporkan diri pada waktu2 yg ditetapkan dgn syarat2 tertentu serta perlu menghadiri setiap program yg diadakan utk mereka.. Ini pun adalah salah satu program yg dilaksanakan buat mereka… 🙂

    2. Maaf Yana.. sedikit khilaf.. tempoh parol paling tinggi dibawah 7 tahun biasanya ialah 1 tahun 2 bulan (14 bulan)… 🙂

    3. ooo gitu ye
      lebih kurang sama macam tengok cite barat lah ye
      terima kasih untuk penerangan ni encik khir, appreciate it =)

  14. Vee Sandi

    saya x pernah main bowling . sekiranya diajak bermain , confirm saya n bola bowling masuk sekali . rasanya bola tu lbh berat drp saya jer … heheheee

    1. Saya pun klu tersalah step ni, silap2 boleh jadi mcm tu juga Vee.. aduii haru je.. 😀 😀

  15. Bestnya. Dah lama tak main bowling.

    1. Samalah juga.. nasib baik skill pro tu masih ada hahaa.. 😀

  16. bagus usaha ni bro.. membentuk bdaya yg baru dan positif..
    sambil beriadah sambil bermotivasi scara santai 😛
    good sharing bro khir..

    klik inti 😛

    1. Mmg betul tu.. in shaa Allah.. T kasih bro Sobri.. 🙂

    2. sama-sama teruskan usaha murni ini bro khir 😛

  17. sambil menyelam minum air.. sambil beriadah, sambil berintervensi, sambil cari orang untuk pertandigan.. hehehe..

    saya pun main bowling asyik ke longkang je.. x dapat la nk perturunkan skill.. hehehe

    1. Betul tu Pha Is.. santai2 serius gitu hehee… saya pun risau juga klu skill tak dtg time perlawanan tu. Mau bola asyik ke longkang je nanti huhu.. 😀 😀

    2. x pe.. menang kalah belakang kira.. janji dapat beriadah bersama, ukhwah terjalin..

  18. RDZ Z

    Bagus jugak aktiviti riadah macam ni kan khir..tak adalah stress sangatkan dia orang..hopefully dia orang akan jadi lebih positif…nway ni acara tahunan ke? Good luck tou you ya..Nak bagi tips pun..alahai kita pun hancus..he.he

    1. Ini acara utk program intervensi yg mmg perlu dilaksanakan utk mereka, tp tak pastilah acara tahunan atau tak sbb saya pun baru first time join. Hehee.. abislah saya, semua tak dpt bagi tips ni Raudzah.. 😀 😀

  19. Zumal tak pernah main bowling sebab xde geng yang ajak 🙂

    1. Nnti klu jumpa lagi saya ajak Zumal main bowling lah hehee.. 😀

  20. Main bowling adalah aktiviti riadah yang bagus dikala ini. Suasana diluar yg panas dan kering, ditambah pula dgn jerebu… Bowling pilihan terbaik. Sejuk dan tertutup! Nyaman dan selesa… 🙂

    1. Mmg betul tu BM.. taklah sakit2 hidung & pening kepala sebabkan jerebu ni.. 🙂

  21. Dhia Dirham

    asal main bowling je masuk longkang!

    1. Asal masuk longkang je, main bowling hahaa.. 😀

  22. Assalamualaikum khir. sheila selalu main bowling kat sini dulu. hehe bestnya.. lama tak asah bakat ni. hiewhiew… sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    1. Waalaikummussalam… mesti terrer Sheila ni… mengaku siap2lah yg saya ni tak pandai main pun, gaya je lebih hahaa.. 😀

  23. assalamualaikum bro khir seronoknya main bowling

    yeah !! bro khir dah pandai selfie

    1. Waalaikummussalam Acik.. mmg seronok & selfie tu pun seronok juga hahaa.. 😀

    1. Mmg best kan Haslinda.. 😀

  24. Kucing Hitam

    wah mesti tere abg khir nie KH masuk longkang ja

    1. Masuk lungkang tu kira tere lah.. sama lah kita sebenarnya KH.. 😀

    2. eh… longkang.. typo.. 😀

  25. x pernah main bowling..dulu2 zaman anak dara selalu tgk orang main jer…

    1. Saya pula bukannya jenis yg slalu main ni.. hmm tak taulah nanti mcm mana Che Akak.. 😀

  26. dah lama x main bowling…klu main pun member2 ajak join tournament…sbb diaorg x cukup org..bola bowling pun terperuk je dalam bilik tu…klu org baru main…main bola straight jer….klu sekali sekala main…kaki tangan sakit ooo… 🙂

    1. Fuhh.. ada bola bowling sendiri tu Noe.. sure terrer ni.. boleh berguru ni nak belajar buat bola spin hehee. Mmg tangan lenguh2 melayan bola tu nak pastikan tak ke longkang.. 😀 😀

    2. hahaha…aktif masa belas2 tahun lepas Khir…skang ni nk angkat bola tu pun dh x larat,,,mau menggeleto tangan…heheheh…bola2 tu jadi kenangan je ler…skang klu main pun….main straight je..x yah nk spin ke…curve ke..janji kena :)…hahaha…longkang tu bkn senang nk masuk tu..hehehe

    1. Semangat2.. t kasih sahabat!!.. 😀

  27. bestnya.. dah lama x berboling.. hehe..

    1. Saya pun mcm tu juga wawa.. lama tak main bowling tu sebenarnya.. 😀

  28. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    semoga khir berjaya.. 2inti,1nissan,3h12 untuk khir.. salam jumaat.. 😀

    1. In shaa Allah… aamiin.. t kasih Aiza.. 😀

  29. Norhasniza Khalid

    salam en khir, mama tak pernah main bowling.. kikikiki

    1. Sekali sekala ajaklah abg suami gi main bowling mama.. 😀

  30. Ija Rased

    saya pun hebat,,,tapi hebat masuk longkang..hahahha

    1. Hahaa.. saya risau masa lawan nnti jadi hebat mcm tu la Ija.. 😀 😀

  31. haha..hbt khir ni..terpilih lak..

    1. Hahaa.. nasib2 je tu Jie.. 😀

  32. nak taip tak pandai…nak tuunjuk pun tak pandai gak..tapi kalau nak baling2 tu boleh laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Hahaa.. sama lah skill kita tu Strider.. 😀 😀

  33. Seronoknya dapat main boling. Dah lama tak main. Mesti hebat Tuan Khir ni.

    1. Mmg hebat cikgu Helmi.. hahaa.. tak mananya.. nasib2 je tu.. 😀 😀

  34. Anonymous

    kathy tak pandai la main boling ni..

    1. Alah senang je Kathy.. baling2 je bola tu hahaa.. 😀 😀

  35. wah best!!!!! dah lama dneo tak main bowling…. pernah main 2 kali je sebab lengan deno kecik, nak angkat bla bowling pun tak larat… hihi

    1. Saya pun belum habis game pun dah lenguh.. baru satu round je tu.. 😀

  36. Affy Afiqah

    lama dah ika tak main bowling….

  37. Nurul Hidayah

    Selalu teman en.hb main bowling je.. Banyak masuk longkang… Haha..penat gelak je 🙂

  38. Eshamz Halim

    Rindunya nak main bowling…bola bowling kat rumah pun dah crack pastu kasut bowling pon tapak dah cabut…. kite anjurkan program main bowling antara blogger nak tak?…cam menarik jer idea ni…ekekekekeke…. 😀

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.