Intervensi Badminton Parol WPKLPortfolio 

Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur

Pada pagi Isnin (13/4/2015), saya telah berkesempatan menghadiri program intervensi badminton bertempat di Dewan Komuniti Dato Keramat, Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu aktiviti kesihatan dan kecerdasan buat mereka yang sedang menjalani perintah Parol dibawah penyeliaan Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.

Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur

Kepada sahabat pembaca yang mengikuti blog saya pasti mengetahui aktiviti intervensi badminton seperti ini pernah saya kongsikan pada beberapa artikel terdahulu. Ia sebenarnya merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam program intervensi yang dijalankan untuk meningkatkan kecerdasan disamping menyuntik bimbingan gaya hidup positif kepada Orang DiParol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Sungguhpun ia telah beberapa kali diadakan, haruslah kita faham bahawa setiap intervensi sebenarnya dihadiri oleh responden yang berbeza. Ini adalah kerana tempoh perintah parol dan kehadiran wajib setiap individu adalah berbeza bergantung kepada penghakiman mahkamah. Adalah menjadi tanggungjawab Parol memastikan setiap individu yang diselia perlu melalui fasa pembangunan insan sebagai proses kesedaran, pemulihan dan pemutihan demi mengintegrasi mereka kembali ke dalam masyarakat.
Program intervensi badminton parol Kuala Lumpur

Intervensi Parol Dan Pemutihan Insan

Saya juga berkesempatan berbual dengan salah seorang ODP sewaktu intervensi badminton ini berlangsung. Respon yang saya terima tentang badminton ini agak terkesan buat diri. Menurut katanya…
“Sebelum ini memang dah lama sangat tak main badminton. Kali terakhir pun waktu budak-budak dulu. Lama tak main ni… penat… habis peluh keluar semua. Kalaulah dulu selalu ada peluang macam ni, pasti tak bercampur dengan geng yang menyalah tu…”
Justeru, pendekatan intervensi riadah badminton ini merupakan salah satu pendedahan kepada ODP dan PKW untuk membantu mereka membina jalan kehidupan yang positif. Mudah-mudahan dengan penglibatan masyarakat sebagai kumpulan sokongan juga dapat membantu menyumbang dan memastikan kadar kesalahan berulang atau residivism sentiasa diparas terendah demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya… in shaa Allah.
Program intervensi badminton parol Kuala Lumpur
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

39 Thoughts to “Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur”

  1. AvatarIja Rased

    salam singgah

    1. Waalaikummussalam.. T kasih singgah Ija.. 🙂

  2. AvatarYumida Huda

    disamping aktiviti yg menyihatkan, keluarkan peluh, ia merapatkan hubungan parol dgn masyarakat luar
    persediaan utk bergaul dgn org awam kelak
    moga peluang yg diberikan akan dimanfaatkan oleh mereka
    juga moga masyarakat tidak memandang serong pd mereka, berilah mereka ruang dan peluang
    lama x main badminton..

    1. Betul tu Yumida. Perhubungan tu yg lebih penting utk integrasi masykt yg lebih baik. Jom main badminton.. 🙂

    1. Memang best.. cuma waktu ni saya tak main.. singgah je hehee..

    2. saya minat main badminton..sekarang dah lama gantung raket..hu..hu..

  3. Tetiba teringat riket badminton yang hampir 10 tahun tak pegang… Hehe ^^

    1. Jangan reput riket tu dah 10 tahun simpan sudahlah hehee..

    2. Hehe, tersimpan dan terjaga rapi ^^

  4. Aktiviti ni utk org luar ke atau utk staf je..

    1. Untuk ODP dan PKW bawah Parol KL lah Jie.. 🙂

  5. boleh menjalinkan hubungan baik sesama insan.

    1. Itu yg lebih penting.. hubungan permuafakatan ke arah yg sebaiknya.. 🙂

  6. da dkt da dgn umah sy awat x ajk sy join skali? 😉

    1. Owhh.. haa.. laen kali bolehlah join ni Anies hihii.. 😀

  7. Dulu kecik- kecik memang rajin main badminton dengan ayah. Kalau angin tengah kuat memang kutip shuttle je la jawabnya. Hehe

    1. Nostalgia tu kan… paling tak tahan klu pukul melawan angin. Pukul punya kuat tp shuttle pergi dekat je hehee.. 😀

  8. Salam KK..Bila ada program yang bermanfaat seperti ini ..Dapat juga kita merasa aktiviti kesukanan secara berkelompok..Kalau hari biasa kita buat senaman sorang2 tapi bila diadakan program sebegini dapat juga kita kenal mengenali saling bertentang mata sesama kita..Dalam duk hayun raket badminton tu boleh laaa borak2 isu semasa jugak..Tak gitu KK..Kawan dapat sihat pon dapat..

    1. Betul tu Lya.. sambil tu secara tak langsung dpt memberi suntikan bimbingan ke jln yg baik. Sihat badan dan minda, in shaa Allah.. 🙂

  9. Saya suka badminton KK, masa kecil dulu memang banyak kalahkan orang hehehe,..tapi Bila dah besar ni segan pulak,.lagipun xde sesiapa yang nak main badminton,.tu kat dewan tempat saya ni ramai main badminton,kecik besar je tengoknya hihi,..geram dah lama tak main badminton

    1. Wah.. mesti terer main badminton ni. Samalah saya, skrng kurang dpt peluang nk main. Nak cari geng yg slalu main tu susah juga. Klu x de program mcm ni, alamat main depan rumah je lah hehee.. 🙂

  10. Aktiviti yg berfaedah…badan pun sihat.
    salam jumaat Khir

    1. Betul tu.. menyihatkan dan membina semangat diri.. Salam Jumaat Fidah.. 🙂

  11. kita minat gak sukan raket…. tapi squasy la… hehe

  12. Lama gak tak main badminton ni… kat sini tak ade geng ler.
    Cuma dapat keluar peluh seminggu sekali lakukan gotong royong jer…huhu

  13. AvatarLynn Munir

    Salam singgah, lama dah tak menjengah ke mari.
    Bukan badminton ni feveret KK ke ?

  14. AvatarCetusan Minda

    persekitaran , kemudahan juga rakan selalunya penyumbang kepada corak kehidupan seseoang …

  15. program2 macam ni amat penting kepada mereka supaya membantu mereka menjalani kehidupan yg sihat…

  16. Aktiviti ni untuk staff jer ke atau terbuka?..

  17. Program yang boleh mengeratkan silaturrahim dan menyihatkan.. last Bunda main badminton…alah main depan rumah dengan anak2 jer…adalah lebih kurang 10 tahun dulu kot…hehe..

  18. AvatarAnonymous

    Memang seronok main badminton. Ini adalah aktiviti yang kathy pilih jika ingin keluaran peluh setelah basikal di ketepikan. Hehehe.

  19. wah, abang Arz main badminton. abang KK main badminton. ni yang tercabar nak main badminton juga. hahaha

  20. suka main badminton..last 2 week ada tournament walaupun kalah tapi berat turun 1 kg 🙂

  21. salah satu aktviti yg sihat dan pasa masa yg sama boleh eratkan silaturrahim

  22. Playing badminton lowers the body's level of bad cholesterol build up. This would, in turn, lower the risk of strokes and heart attacks. It also strengthens the muscles of the heart, promoting a normal and regular heart rate.Maxene

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.