BIODATA

Assalamualaikum.

Hai.. saya Khir Khalid, mesra dengan panggilan KK dalam dunia online.

Gen-X yang membesar dalam era analaog dan menceburi industri digital sebagai komitmen kerjaya.

Usahawan sosial yang terlibat sebagai perunding intervensi dalam segmen motivasi pembangunan insan. Seorang digital enthusiast, penulis blog dan penyelia konten kepada beberapa agensi dan institusi di Malaysia.

Khir Khalid, Digital Content Writer, Blogger Malaysia,

Biodata Peribadi Dan Kerjaya

Nama sebenar, Khairul Anuar Md Khalid, lebih dikenali dengan panggilan Khir sejak kecil. Suami kepada seorang isteri dan bapa 4 cahayamata. Warga Malaysia kelahiran Johor dan menetap di Selangor.

Ditauliahkan Adv. Cert. The Chartered Institute of Marketing (CIM) di RIMA College Kuala Lumpur pada 1995 dan BA (Hons) Marketing di University of Wolverhampton, United Kingdom pada 1997.

Memulakan kerjaya sebagai PR Coordinator di SMTM Ltd dan sektor pengurusan aset di ACS Resources Berhad dengan jawatan terakhir Head of Marketing. Menjawat Pengarah Eksekutif di Prima Iklan Sdn Bhd sebelum menubuhkan Khir Khalid Resources sebagai entiti keusahawanan sosial pada 2011.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Melalui penglibatan kerjaya juga telah membuka ruang kepercayaan bergiat dalam pelbagai inisiatif pembangunan insan di Malaysia.

Bermula sebagai vendor pengiklanan kepada beberapa institusi sejak 2002 dan fasilitator motivasi Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL pada 2011, saya menubuhkan Khir Khalid Resources sebagai inisiatif keusahawanan sosial, pembangunan insan dan industri digital.

Sehingga kini saya terlibat sepenuh masa dalam segmen intervensi sosio-pendidikan dan pengisian konten kerjasama rakan industri, institusi pengajian, sektor komersil serta beberapa agensi digital dan perhubungan awam di Malaysia.

Sebahagian intervensi di sini> SocioEDU Malaysia.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Niche Dan Portfolio Online

Mula menulis blog pada 2009 telah mencetus idea laman ini sebagai platform berkongsi perspektif pembangunan insan, keusahawanan, sosio-pendidikan dan segmen gaya hidup yang terkait aspirasi penulis.

Sejak itu, pelbagai artikel telah menarik pembaca online melalui rujukan enjin carian sehingga mendapat perhatian pihak kementerian, agensi dan sektor swasta serta ditawarkan dalam pelbagai kerjasama intervensi dan juga sebagai wakil media online.

Portfolio KhirKhalid.com sehingga kini antaranya;

  • AIESEC Malaysia.
  • Genovasi Malaysia
  • Jabatan Penjara Malaysia.
  • Parol Dan Perkhidmatan Komuniti.
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
  • East Coast Economic Region Development Corporation (ECERDC).
  • Women’s Aid Organisation (WAO).
  • INTI International University & Colleges.
  • Kumpulan Sunway & Sunway Education Group.
  • Nippon Paint Malaysia.
  • Durex Malaysia.
  • British Council Malaysia.

Pernah diundang dalam slot Dialog dan Landskap RTM1, MHI TV3, Harmoni Nasional FM dan beberapa forum. Tersenarai antara delegasi media online lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Malaysia dan segmen Sosio-Ekonomi berkaitan ‘social empowerment’ di Malaysia.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Komitmen Digital Dan Industri

Pengisian blog ini berdasarkan pengalaman dan pandangan berteraskan fakta sumber rasmi merangkumi informasi komersil dan non-komersil.

KhirKhalid.com mempunyai subscribers dan pembaca dinamik yang terdiri daripada wakil industri, agensi dan institusi, penggiat sosial dari kalangan usahawan, profesional dan akademik, juga pembaca organik enjin carian.

Justeru, saya sentiasa menjaga etika informasi, kualiti pengisian serta hubungan profesionalisme pihak-pihak terlibat dan pembaca seluruhnya.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

KhirKhalid.com telah dinaiktaraf kepada platform WordPress Self-Hosted sebagai komitmen digital. Average pembaca bulanan sekitar 145,000 pageviews dengan keseluruhan terkini melebihi 9 juta pageviews.

Sebarang pertanyaan, kerjasama intervensi, pakej penulisan konten dan advertorial blog, sila emel ke khirkhalidmy@gmail.com atau melalui Contact Form di bawah.

Terima kasih atas kesudian membaca.

Salam Hormat,

Khir Khalid.

Contact Form: