Khidmat Pemasaran

“Google is the new corporate homepage” – Jeremiah Owyang

Kemajuan teknologi digital mempunyai potensi yang sangat luas. Ia menjadi faktor pemangkin untuk terus terlibat dalam integrasi pemasaran digital.

Karier Khir Khalid bermula sebagai Pegawai Perhubungan Awam di firma pemasaran pada tahun 1997. Penglibatan dalam kempen penjenamaan Caltex Malaysia menjadi pengalaman awal mengenali realiti industri.

Seterusnya, tawaran menyertai syarikat konglomerat telah membuka ruang memperkukuh portfolio pemasaran di Malaysia, Indonesia dan Frankfurt, Jerman. Beliau seterusnya menyertai agensi periklanan pada 2003 dan mula bergiat aktif dalam menulis blog dan pemasaran digital pada 2011.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran dan Komunikasi di Virtus Global Sdn. Bhd. Beliau juga diiktiraf sebagai ahli pemasaran berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia.

Perlantikan Sebagai Editor Marketing In Asia Edisi Bahasa Melayu, Portfolio,

Khir Khalid pernah dilantik sebagai Editor Bahasa Melayu majalah online Marketing In Asia dan kini masih berkongsi perspektif sebagai kontributor majalah tersebut dan kolumnis Utusan Malaysia terbitan setiap Selasa.

Antara portfolio usahasama menulis, pemasaran digital dan pembangunan modal insan termasuk Genovasi Malaysia, British Council Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), INTI International University & Colleges, Nippon Paint Malaysia, Kumpulan Sunway, Petronas, Durex, Resorts World Genting, World Startup Festival (WSF) dan beberapa usahasama sektor PKS di Malaysia.

Beliau juga pernah diundang dalam Dialog RTM 1, Malaysia Hari Ini TV3, Harmoni Nasional Fm dan pelbagai forum dalam berkongsi perspektif penglibatan digital bersama peneraju dan pemain industri.

WordCamp KL 2019
Wordcamp Kuala Lumpur 2019

Atas minat menulis, Khir Khalid turut berkongsi perspektif pemasaran, portfolio dan jurnal kerjaya di laman web ini sebagai nilai tambah pembangunan diri dan modal insan yang bermanfaat kepada pembaca.

KhirKhalid.com telah berjaya mencecah lebih 9 juta pageviews pada 2016 dengan capaian pembaca dan subscribers dari kalangan warga industri dan institusi di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Pada 2018, Khir Khalid ditauliahkan Certificate of High-Level Branding Training oleh World’s #1 Wealth & Business Coach, JT Foxx dan tersenarai antara MIA 70 Rising Personalities On Linkedin In Malaysia pada 2020.

Justeru itu, sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui emel atau ‘contact form’ di bawah.

Biodata Khir Khalid di > PROFIL.

Salam hormat & terima kasih.

Emel: khirkhalidmy@gmail.com

ATAU CONTACT FORM INI: