PKNS Mega Bonanza tawar rebat hingga RM1 juta pada 2019Gaya Hidup 

PKNS Mega Bonanza Tawar Rebat Cecah RM1 Juta

PKNS Mega Bonanza Tawar Rebat Cecah RM1 Juta – Memiliki rumah kediaman selesa dengan harga berpatutan pasti menjadi impian setiap insan. Begitulah aspirasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melancarkan promosi PKNS Mega Bonanza dengan rebat keseluruhan berjumlah RM1 juta kepada pembeli hartanah sempena Tahun Baru dan Sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bertindak PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek; bermula 1 Januari sehingga 28 Februari 2019, semua pembeli hartanah PKNS berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

PKNS Acting CEO Hajah Norita

PKNS Lancar PKNS Mega Bonanza 2019

PKNS Mega Bonanza menawarkan hartanah siap-bina (ready-built) dan ready-to-move). Ia dijangka bakal merancakkan lagi jualan pelbagai projek hartanah yang ditawarkan oleh PKNS.

Sepanjang promosi, bakal pembeli berpeluang menikmati diskaun sehingga 20% untuk projek kediaman terpilih seperti Daffina 3, Daffina 2 dan Elaisha di Kota Puteri, Ijok, Azhara di Antara Gapi dan projek komersil Menara U dan Menara U2 di Shah Alam. Tawaran diskaun 20% ini terbuka kepada pembeli Bumiputera dan non-Bumiputera.

PKNS juga menyediakan rebat tunai dengan jumlah mencecah RM1 juta untuk projek Hijauan Enklaf dan Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam, termasuk 10 Residensi di Seksyen 17, Shah Alam.

Menurut Hajah Norita lagi; para pembeli juga berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi (Documentation Incentive) bernilai sehingga RM15,000 bagi Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati dan 10 Residensi.

Disamping diskaun dan rebat, pembeli juga akan beroleh baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 bagi pembangunan residensi Hijauan Enklaf dan Opal Residensi termasuk pembangunan komersil Avenue Rasa.

PKNS juga menyediakan Smart Home Vouchers bernilai sehingga RM15,000 untuk Anggun Kirana dan Vega Residensi. Para pembeli boleh memasang aplikasi Smart Home System dengan baucar tersebut bagi mengawal keselamatan kediaman pada bila-bila masa.

PKNS Mega Bonanza tawar rebat hingga RM1 juta pada 2019

Insentif PKNS Mega Bonanza Cecah RM1 Juta Pada 2019

Terdapat juga diskaun menarik kepada pembeli ‘early bird’ bagi projek Estera, Dillena, Kamelia dan Voilet di Bertam Jaya, termasuk tawaran baucar hiasan dalaman oleh PKNS bernilai sehingga RM10,000 untuk projek terpilih di Taman Bayu Malawati.

Selain itu, PKNS turut meneruskan Skim Kepemilikan Pintar (Smart Ownership Scheme) yang tamat pada 31 Disember lalu, kepada insentif ‘First Ownership’ berserta diskaun 10% bagi pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada Bumiputera dan juga non-Bumiputera. ‘Loyalty Scheme Incentive’ pula menawarkan pembeli 12% diskaun bagi pembelian hartanah PKNS berikutnya merangkumi kediaman, komersil dan industri.

Justeru, PKNS yakin dengan pelbagai tawaran insentif menarik ini dapat merancakkan lagi jualan hartanah PKNS bagi tahun ini. Ia satu peluang keemasan buat prospek hartanah dalam merealisasikan impian dengan penawaran berbaloi pada awal tahun 2019 ini.

Jom dapatkan info PKNS Mega Bonanza dengan melayari Facebook PKNS Property Official dan laman web www.pkns-property.com.

Info lanjut, hubungi Central Region Sales Executive, Lee Chee Seng (016-2510113), Sarimah (019-3034342) dan Northern Region Sales Executive, Nor Afisah (012-6595515) dan Norlini (013-2504380). Southern Region Sales Executive, Vimala (018-2051713) dan Halim (017-3634821).

Related posts

4 Thoughts to “PKNS Mega Bonanza Tawar Rebat Cecah RM1 Juta”

  1. woww menariksangat ni

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Yup Nad.. boleh usha, mana tau ada yg sesuai kan
      Khir Khalid recently posted…WordPress Meetup Suntik Inspirasi MenulisMy Profile

  2. kalu dpt OKB ni hehehehe
    anies recently posted…Putrajaya Breakfast Run 2019My Profile

  3. Ni berita baik pada yang tengah nak beli rumah sebab banyak promosi dan insentif yang diberi oleh PKNS. Bukan selalu boleh dapat ni.

Leave a Comment

CommentLuv badge