PizzArt Anchor Food ProfessionalsGaya Hidup 

PizzArt Fasa Ke-2 Anjuran Anchor Food Professionals

Sempena kejayaan PizzArt campaign yang pertama, Anchor Food Professionals kali ini telah melancarkan kempen PizzArt fasa yang ke-2 bagi memeriahkan musim perayaan dan hujung tahun. Ia juga bagi memperkenalkan 5 jenis resipi citarasa pizza inovasi istimewa dengan aktiviti menarik.Anchor Food Professionals merupakan segmen perkhidmatan penyedia makanan di bawah Fonterra, jenama produk tenusu terkenal dan dipercayai dari New Zealand. Justeru, ia menjadi aspirasi Anchor Food Professionals dalam mengetengahkan trend masakan global mengikut citarasa tempatan.

PizzArt (Phase II) Anchor Food Professionals

Pelancaran PizzArt (Phase II) ini memperkenalkan 5 jenis keunikan sajian pizza inovasi Anchor Food Professionals iaitu PizzBurger sebagai tarikan utama, UltiMeat Pizza, Deep Cheese Pizza, Cheese Pretzza dan Pizza Rools. Turut diadakan demonstrasi masakan oleh ‘hot cooking chef’, Chef Firuz dalam menyediakan Deep Cheese Pizza yang benar-benar membuka selera.
Linda Tan, Director of Anchor Food Professionals,
Ucapan aluan oleh Linda Tan, Director of Anchor Food Professionals Malaysia
Chef Firuz, PizzArt, Anchor Food Professionals,
Cooking demo oleh Chef  Firuz
Chef Firuz, PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals,
Deep Cheese Pizza yang telah siap sebelum dimasak
Linda Tan, Chef Firuz, PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals,
Deep Cheese Pizza yang cheesiee!

PizzBurger Eating Challenge @ PizzArt (Phase II)

Acara dimeriahkan lagi dengan PizzBurger Eating Challenge yang disertai 10 peserta, dimana 3 peserta terawal yang berjaya menghabiskan PizzBurger dalam masa 5 minit akan memenangi hadiah wang tunai dan premium gift Anchor Food Professionals.
Saya turut menyertai cabaran tapi tak menang. Baru saya tahu, cabaran makan juga perlu skill dan strategi. Saya ‘hentam makan’ semata-mata sebab mengejar masa. Cara sebaiknya adalah makan inti daging dalam PizzBurger terlebih dahulu. Tiada strategi, mulut pun boleh cramp mengunyah tau haha.
PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals, PizzBurger,
PizzBurger Eating Challenge
Khir Khalid, PizzArt (Phase II) by Anchor Food Professionals,
Kredit foto: www.foodilifecious.com

Barisan Pizza Inovasi Anchor Food Professionals

Selesai pertandingan, kami dijamu dengan kesemua jenis pizza inovasi Anchor Food Professionals. Biarlah gambar berbicara… memang teruja melihat hidangan yang ‘rich’ dan puas hati dengan rasa setiap pizza yang dihidangkan. Seriously semuanya memang sedap dan so cheeesieeerrr!
Anchor Food Professionals merupakan perunding dalam penyediaan masakan kepada kebanyakkan chefs, bakers, caterers, commercial kitchens,
hotel-hotel, restoran dan café di Malaysia. Ia membantu perniagaan berasaskan makanan dalam pelbagai aspek operasi bagi memberikan citarasa dan menu yang memenuhi piawaian ‘research and development’ Fonterra sebagai peneraju produk tenusu.
PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals,
Chicago’s autentic Deep Cheese Pizza
PizzBurger, PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals,
Meet-endowed-cheese-oozing PizzBurger
PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals, Pizz Rolls,
Delicate Pizza Rolls
PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals,
All-meat-based UltiMeat Pizza
PizzArt (Phase II), Anchor Food Professionals, Cheese Pretzza,
Hearty Cheese Pretzza
Artisanal pizza ini boleh didapati di pelbagai lokasi seperti U Pizzeria di Subang, Selangor; Pizza House di Bandar Utama, Selangor; Pizza 185 di Bandar Puchong Jaya, Selangor; Havana di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan The Butcher’s Table, Petaling Jaya.
Bagi kawasan luar Lembah Klang, boleh didapati di US Pizza, Bayan Lepas dan Georgetown, Pulau Pinang; Mustard Sandwich House dan Food & Desire, Ipoh, Perak; Temasik Hotel Café (Portugese Settlement Hotel), Ujong Pasir, Melaka: Hungry Bear, Bukit Beruang, Melaka; Finale Kitchen Bar, Johor Bahru; The Chubs Grill and Mad Ben Café, Kota Kinabalu, Sabah; Osome Wood Fired Pizza, Kuching; Chillax Café & Bistro, Miri dan Bistecca & Bistro, Sibu, Sarawak.
Info lanjut boleh layari
www.anchorfoodprofessionals.com.

Related posts

9 Thoughts to “PizzArt Fasa Ke-2 Anjuran Anchor Food Professionals”

  1. Hebat sekali acara ini KK..tahniah ya..nanti boleh datang nak makan masakan KK..

  2. tak ada yg x menyelerakan…semuanya looks yummy!!!

  3. Walau apapun Tuan kalah dengan bermaruah dan tetap mengekalkan gaya serta hensem dengan makan pizza

  4. Amboi…makan pizza tak ajak kawan2 😀

  5. Wahhh….ade pertandingan makan paling laju.. Hebat… Pizza nya pun nampak menarik.. emmm…yummy… lapar pulak tekak LeYa petang2 ni..

  6. wahh .. menarik .. makin berselera lah nak mkan pizza lpas ni

  7. 1st time tgk Pizzburger. Mmg nampak lazat makanan ni Mr Khir. Hihi. 😀

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.