Pelancaran Petronas Syntium Cool TechGaya Hidup 

PETRONAS Lancar Petronas Syntium CoolTech

PETRONAS, jenama mahsyur diserata dunia telah melancarkan jenama minyak pelincir kereta terbaru, PETRONAS Syntium dengan CoolTech untuk kegunaan kereta penumpang (Passenger Car Motor Oil – PCMO). Majlis pelancaran pada Sabtu, 21 Mac 2015 ini telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas (Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan PETRONAS), YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (Pengerusi PETRONAS Lubricants International), En Amir Hamzah Azizan (Naib Presiden Bahagian Perniagaan Pelincir PETRONAS) dan Nico Rosberg (Pemandu Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS) bertempat di Main Concourse, Suria KLCC.
Pelancaran Petronas Syntium dengan CoolTech

PETRONAS Syntium CoolTech

Minyak pelincir kereta PETRONAS Syntium dengan CoolTech direka khusus menggunakan kepakaran kejuruteraan melawan haba enjin berlebihan bagi mengekalkan prestasi enjin yang optimum untuk pemanduan tanpa masalah. Ia direka khusus dengan rantaian minyak yang kukuh menyerap dan memindahkan haba berlebihan daripada bahagian-bahagian kritikal enjin dengan berkesan. Pemandu beroleh prestasi pemanduan yang optimum bila haba yang merosakkan enjin dihentikan pada sumbernya. Ia memanfaatkan pemandu seperti kita semua agar dapat menikmati pemanduan yang lancar dan bebas dari sebarang masalah.
PETRONAS Syntium CoolTech membawa 3 manfaat utama melalui pengurangan haba yang cekap. Pertama, ia menghalang kegagalan enjin dengan melindungi komponen enjin daripada haus dan lusuh diakibatkan suhu yang tinggi. Kedua, ia melambatkan kepekatan minyak dengan menghalang minyak daripada mudah teroksida pada suhu tinggi bagi memastikan pelinciran optimum pada bahagian-bahagian enjin. Ketiga, ia mengekalkan prestasi enjin yang optimum dengan menghalang pengumpulan deposit berbahaya akibat haba enjin berlebihan disebabkan keadaan pemanduan yang melampau.
Pelancaran Petronas Syntium dengan CoolTech
Ucapan oleh En Amir Hamzah Azizan Naib Presiden, Bahagian Peniagaan Pelincir PETRONAS,
merangkap Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
PETRONAS Lubricants International (PLI)
PETRONAS Syntium dengan CoolTech mampu menghalang kehausan sesondol (Cam Wear) lebih daripada 70 peratus apabila diuji dengan standard spesifikasi perkhidmatan tertinggi dan terkini. Ketahanan pengoksidaan juga melebihi 60 peratus dan memberikan perlindungan lebih menyeluruh terhadap pengumpulan deposit pada omboh sebanyak lebih 30 peratus. Sebagai bukti, PETRONAS Syntium dengan CoolTech telah melepasi piawaian antarabangsa ketat yang ditetapkan oleh Institusi Petroleum Amerika (API), Jawatankuasa Piawaian dan Kelulusan Pelincir Antarabangsa (ILSAC) dan Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) dengan ciri-ciri penentangan haba yang berprestasi tinggi.
Petronas Syntium dengan CoolTech
“Pada masa ini, PETRONAS Syntium adalah jenama minyak pelincir yang dipercayai dikalangan berjuta-juta pemandu seluruh dunia dan dijual di lebih 80 pasaran seluruh dunia. Kedudukan kami yang kukuh dalam pasaran ini memberikan kami asas yang betul untuk menguasai peluang pertumbuhan baru untuk meletakkan kedudukan kami sebagai salah satu Syarikat Minyak Pelincir Terunggul Dunia pada tahun-tahun akan datang” – (En Amir Hamzah Azizan)

Pengalaman PETRONAS dalam Kejuaraan F1

Pengalaman teknikal 20 tahun dalam Formula 1 telah memanfaatkan Petronas dari segi pembangunan rangkaian bahan api perlumbaan, minyak enjin dan bendalir berfungsi lain untuk 6 musim bersama Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS. Hasil inovasi berterusan telah memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi konsisten sepanjang musim 2014 membantu Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS memenangi kejohanan FIA Formula 1 Constructors’ Championship. Ia adalah bukti kejayaan kerjasama antara Petronas dan pasukan tersebut dalam kemajuan teknologi bendalir sepanjang tahun.
Kunci utama menepati keperluan enjin sama ada dalam dan luar trek perlumbaan terletak pada Fluid Teknologi Solution (FTS). Ia merupakan satu pendekatan pintar dalam penciptaan bendalir yang mampu memaksimumkan prestasi melalui perkhidmatan pakar. Justeru, pembangunan bahan api dan pelincir yang optimum dapat dipindahkan dari kegunaan trek perlumbaan kepada kegunaan jalan raya secara efektif melalui pengetahuan dan wawasan dalam makmal.
Sesi Media Petronas Syntium dengan CoolTech
Sesi media yang berlangsung selepas pelancaran PETRONAS Syntium dengan CoolTech
Nico Rosberg, F1 Mercedes AMG Petronas, Khir Khalid
Nico Rosberg – Pemandu Pasukan F1 Mercedes AMG Petronas

F1 PETRONAS Syntium CoolTech Ke Jalan Raya

PETRONAS Syntium dengan CoolTech bukan sahaja penemuan terbaharu Petronas, tetapi ia juga adalah hasil pengalaman 20 tahun Petronas bersama F1 dalam mengasah kepakaran bendalir. Menurut Nico Rosberg, peraturan baharu Formula 1 pada tahun 2014 memerlukan penggunaan enjin yang lebih kecil dan cekap tenaga. Walaupun dengan pengecilan enjin, penghasilan kuasa yang sama harus dikekalkan dan ini menyebabkan haba yang ketara. Ia serupa dengan apa yang berlaku dalam enjin kereta turbo moden yang kecil. Oleh itu, minyak enjin memainkan peranan penting untuk menyelaras suhu enjin dan mencegah kerosakan yang berpunca dengan haba berlebihan.
Menurut Nico Rosberg lagi, PETRONAS Syntium terbukti menjadi formula yang membawa kejayaan pasukannya pada tahun 2014. Dilengkapi dengan formulasi yang unik, ia melindungi enjin daripada suhu yang melampau dan mengekalkan prestasi enjin yang optimum. Dengan kepakaran Petronas, Nico Rosberg yakin dengan kemungkinan satu lagi pencapaian prestasi yang unggul pada tahun ini.
Petronas Syntium with CoolTech
PETRONAS Syntium dengan CoolTech ini akan diedarkan secara berperingkat ke dalam pasaran di Malaysia bermula dengan stesen Petronas dan bengkel Petronas LubeXperts yang terpilih. Ia boleh didapati di seluruh negara mulai Mei 2015 dan seterusnya.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web Petronas Lubricants International di sini

Related posts

25 Thoughts to “PETRONAS Lancar Petronas Syntium CoolTech”

  1. wah best nya KK dapat pergi majlis ni 🙂

  2. Nico Rosberg heheehe untunglaa dapat duk kat sebelah hahahaha senyum lebar nampaknya …Wah menarik ni … Terima kasih KK atas perkongsian ini ..

  3. AvatarAna Solehah DI

    Assalamualaikum KK… menjengah ke sini lagi…

  4. wah hebatnya KK dapat bergambar dengan Icon sukan mewah dunia..

  5. Bukan main lagi nampaknya KK…teruja sangat sampai berjabat tangan erat macam tak nak lepas jer…hehe

  6. bolehlah rekemen pada suami..bagi link ni terus pada suami sbb saya ni kurang arif bab2 minyak dan kereta ni…

  7. Wah! Dapat bergambar bersama Nico Rosberg lagi… 🙂
    Kalau boleh harga minyak pelincir Petronas terbaik ni murah sikit utk rakyat Malaysia, kan ke bagus…

  8. wah..nico Rosberg tu!tahniah abang Khir dapat jemputan majlis ni..moga terus maju-jaya..

  9. Inilah kelebihan penglibatan petronas dalam industri F1 sejak beberapa tahun lalu. Kini mula menampakkan hasilnya.

  10. AvatarLynn Munir

    Petronas semakin aktif dalam permotoran formula 1 dan dah tentu tahniah Khir kerana terlibat sama.

  11. AvatarSylarius Yusof

    Power la KK. Siap dapat bergambor dengan Rosberg lagi tu. Hehe

  12. Wah, KK dapat bergambar dengan Nico Rosberg laa… Jelesnya, hehe ^^

  13. Petronas dengan Formula 1 memang dah diiktiraf kemampuannya..

  14. nico rosberg tu ! bestnyer kk ! 😉

  15. AvatarCetusan Minda

    jeles sih kk dpt bergambar dgn rosberg … blh la try contact rosberg guna umobile

  16. Avatarmemmet lenggeng

    Harap-harap Petronas akan membangun dengan lebih jayanya

  17. Semoga Petronas terus maju…

  18. AvatarIja Rased

    wah terbaiklah dapat join event besar camni.

  19. AvatarAnonymous

    Terbaik khir..jeles u..

  20. wahhhh dpt jupa rosberg tu…. best best mmmm nk kena tggu 2 bln lg br dpt merasa myk ni 😉

  21. oo nama dia Nico Rosberg? hehe…saya tak kenal pun
    aritu mungkin saya berada dibelakang KK tengok pada keadaan gambo di ambil
    sebab tu kita tak nampak antara satu sama lain
    saya plak tidak mendapat jemputan rasmi, menyelit di situ aje =)

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.