Pesanan Daripada Penjara SMK Subang Bestari
Pada Khamis 17 April 2014, telah diadakan program Pesanan Daripada Penjara anjuran oleh Unit Disiplin, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Program ini menyampaikan mesej kesedaran sosial melalui pameran dan ceramah kepada pelajar sekolah S.M.K. Subang Bestari.
Saya turut terlibat sebagai motivator, menyampaikan perkongsian peringatan berdasarkan pengalaman dalam pelbagai inisiatif koreksional dan pembangunan insan kepenjaraan bersama-sama pengarah dan warga Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia.
Pesanan Daripada Penjara SMK Subang Bestari

Pesanan Daripada Penjara, SMK Subang Bestari

Antara perkongsian yang menjadi peringatan serta membuka minda terhadap realiti kehidupan adalah tentang keadaan penjara itu sendiri.

Saya perjelaskan entang struktur merangkumi aspek binaan dan suasana di dalamnya, disiplin serta jadual kehidupan penghuni penjara termasuk berkongsi pengalaman yang diperolehi dari luahan hati penghuni-penghuni penjara tentang keinsafan untuk dijadikan iktibar pengajaran.

Tuan Muhammad Nazri Nasaruddin, selaku Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor turut memberi penerangan tentang maksud perintah parol dan peranan organisasi Parol dalam proses kepenjaraan.
Parol itu bukanlah satu keistimewaan kepada banduan, sebaliknya ia adalah peluang kedua yang hadir atas kepercayaan melalui proses-proses yang melibatkan penilaian dari pelbagai pihak berwajib. Tidak semua penghuni penjara itu layak untuk beroleh peluang pembebasan awal dibawah penyeliaan perintah parol.
SMK Subang Bestari, SUBBEST,
Ceramah yang disampaikan mendapat pelbagai pertanyaan dari guru dan pelajar untuk memperolehi maklumat serta pencerahan tentang penjara melalui sesi soal jawab yang diadakan.

Persoalan demi persoalan diajukan merangkumi proses perundangan sehingga seseorang itu dipenjarakan, program pembelajaran dalam penjara, ragam perasaan penghuni penjara, residivism serta cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan insaf selepas dibebaskan. Persoalan-persoalan ini juga menjadi pengajaran kepada kami tentang rona-rona kehidupan.

SMK Subang Bestari, Subest,

Bagi saya, antara persoalan yang cukup meninggalkan kesan mendalam adalah semasa beramah mesra dengan pelajar selepas ceramah berakhir. Ada yang bertanya… “apa yang menyebabkan abang uncle memilih untuk terlibat dalam aktiviti kepenjaraan seperti ini?… uncle tak takut ke?”… Dah dapat jawapankan?… terpanggil juga untuk uncle Khir kongsikan di sini…

Jawapan Kepada Pelajar-Pelajar S.M.K Subang Bestari

Dalam kehidupan, ada pengalaman yang membuatkan seseorang itu terfikir bahawa kejayaan masa hadapan bukan sahaja terletak pada 10 atau 20 tahun akan datang. Tetapi ‘masa hadapan’ itu juga adalah untuk ‘self-actualization’ atau keberkatan dunia dan akhirat.

Masing-masing boleh memilih jalan yang dirasakan sesuai untuk kebaikan akhirat melalui tanggungjawab duniawi. Memilih jalan yang melibatkan aktiviti pembangunan sosial atau pemutihan ummah diakui kebanyakkan yang terlibat termasuk saya sendiri, perasaan khuatir, takut atau stigma tidak timbul bila kita berada atas landasan untuk membantu.

Mudah-mudahan mereka juga dapat memudahkan jalan kita di akhirat kelak… in shaa Allah..

SMK Subang Bestari

Penghargaan Parol Dan SMK Subang Bestari

Kesempatan ini saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor dan Unit Disiplin, S.M.K. Subang Bestari atas kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada warga pelajar dan guru S.M.K. Subang Bestari yang sudi ‘Like’ Khir Khalid Page di facebook dan subscribe blog ini serta sudi mengikuti perkongsian jurnal artikel penulisan yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan apa yang cuba dikongsikan menjadi peringatan, rujukan dan panduan dalam mencapai kejayaan berterusan… aamiin.

SMK Subang Bestari
Antara gambar-gambar yang sempat
diambil sewaktu acara boleh dilihat di link ini :

62 Thoughts to “Pesanan Daripada Penjara SMK Subang Bestari, Selangor”

  1. Nurul Hidayah

    Alhamdulillah.. Bertuah pelajar2 di SMK Subang Bestari berpeluang mendengar ceramah secara langsung dan tahniah kpd pihak sekolah tersebut kerana membawakan program terbaik utk pelajar2nya. Semoga ia menjadi contoh pada sekolah lain dan menyelitkn ia sebagai program tahunan.

    1. Alhamdulillah Nurul.. Mmg sgt baik jika ia diadakan berterusan sbg peringatan & iktibar.. mudah2an membawa kebaikan.. in shaa Allah. T kasih.

  2. salam bro khir..alhamdulilah..suka baca article ni..good sharing..dan credit utk org rumah yg gigih ambik gambar utk dikongsikan…. bgus bkongsi dgn para plajar dgn situasi di penjara..at lease dorg tahu situasi bagaimana ….bagus..bgus suka baca entry ni 😛

    1. Alhamdulillah.. mudah2an dpt dijadikan sebagai iktibar & peringatan buat mereka.. aamiin. T kasih bro Sobri.. 🙂

  3. Ija Rased

    terbaik lah abng khir.moga usaha murni sentiasa diteruskan.

    1. Alhamdulillah.. t kasih Ija.. in shaa Allah, aamiin.

    1. Alhamdulillah.. t kasih sahabat.. 🙂

  4. Bagus kalau ceramah kesedaran ini diadakan disetiap sekolah khir, pendekatan seperti ini amat penting untuk remaja sekarang supaya mereka lebih faham dan berguna kepada mereka kelak.

    1. Betul tu Aida.. melentur buluh biarlah dari rebungnya kan.. mencegah lebih baik dari mengubati… in shaa Allah..

  5. memmet lenggeng

    didikan disiplin dan sivik macam ni memang patut dimulakan dari bawah

    1. Betul tu Zila.. melentur buluh biarlah dari rebungnya kan.. t kasih.

  6. Hafiz Mohd

    Terbaiklah bro! Program2 sebegini pada saye mmg wajar sgt2 diperbanyak dan diperhebat. Bukan setakat di sekolah, klau dapat masuk ke taman2 perumahan pasti lebih baik kesannya.

    1. Alhamdulillah.. mmg itu yg sebaiknya kan Hafiz.. mmg sebaiknya diperluas sbg langkah pencegahan utk kebaikan msykt.. t kasih.

  7. ain diyana

    sgt bagus aktiviti2 mcm ni kan abg khir.. pendedahan awal kpd para pelajar agar tidak terpedaya and terpengaruh dgn ajakan individu2 yg tak bertanggungjawab.. mudah-mudahan mereka mendapat kesedaran and menyampaikan pada kawan2 yg lain..

    1. Betul tu Ain.. mencegah lebih baik dari mengubati.. mudah2an menjadi peringatan & panduan utk kejayaan mereka semua… aamiin..

  8. RDZ Z

    Tahniah Khir dah terlibat secara lansung sebagai penceramah sekarang. Semoga usaha murni ini diberkati & di permudahkan Allah..Aminn..

    1. RDZ Z

      Isi tabung LAZADA & Cursor mania for you..

    2. Alhamdulillah.. mudah2an Raudzah.. aamiin. T kasih.. 🙂

  9. Affy Afiqah

    bagus sangat aktiviti macam ni 🙂 sukaaaaa!

    1. Affy Afiqah

      khir jangan lupa ya bagi details eheee 😀

    2. Alhamdulillah.. t kasih Ika.. saya dah emel.. 🙂

  10. bagus pelajar didedahkan dengan maklumat sebegini…teruskan usaha Khir…
    3x downy tuk khir 🙂

    1. Alhamdulillah.. midah2an membawa kebaikan buat mereka semua.. T kasih Noe.. 🙂

  11. Faizal Mohamad Twon Tawi

    Salam perkenalan

    Pertama kali datang, terus terpikat untuk membaca entri2 di sini..

    1. Faizal Mohamad Twon Tawi

      Pendedahan untuk pelajar-pelajar memang perlu kerana cabaran untuk generasi sekarang ini terlalu mencabar

    2. Alhamdulillah.. mmg betul, cabaran dunia skrng mmg semakin mencabar.. mcm2 gejala sosial yg berlaku. Mudah2an menjadi peringatan yg berkekalan buat mereka… aamiin.
      T kasih sudi baca & salam perkenalan saudara Faizal.. 🙂

  12. Untunglah mereka, semoga mereka mengambil segala yang baik daripada pesanan tersebut

    1. In shaa Allah.. semoga membawa kebaikan.. aamiin. T kasih Wafi.

  13. semakin banyak aktiviti ye khir..sangat bagus..

    1. Alhamdulillah Mar.. t kasih.. 🙂

  14. subang bestari nie kawasan umah abg aku nie..tapi dia masih belum ada anak yang bersekolah kat sana…aku memang puji laa program2 macam nie, perkenalkan dan berkongsi maklumat/pengalaman dengan budak sekolah supaya mereka akan lebih mengetahui realiti sebenar kehidupan seorang banduan..tapi soalan yang diajukan oleh salah seorang murid tu agak soalan bonus laa, kadang2 susah kita nak justify kenapa kita lakukan sesuatu perkara…menabung nissan kat sini…

    Regards,
    -Strider-

    1. Alhamdulillah… mmg betul tu Strider.. soalan cepu emas hehee. Tp itulah jawapannya… mudah2an membawa kebaikan buat diri sendiri juga.. T kasih.. 🙂

  15. bagus program2 mcm ni..boleh buka minda dan boleh buat anak2 muda berfikir sejenak sebelum melakukan sesuatu..teringat pengalaman kwn2 lelaki niesa yg bermasalah melawat pusat pemulihan akhlak..dorg ni bkn melawat penjara la..hehe..balik je dari situ hampir semua menangis sebab salah sorg kwn dorg mmg ddk dlm tu dan cerita pengalaman dia..Alhamdulillah sekarang bdk2 yg pg tu tak nakal dan x bermasalah dah..hehe..panjang lak cerita kat sini..sekadar berkongsi…thanks for sharing bro khir.. 🙂

    1. Alhamdulillah.. mudah2an membawa kebaikan. Klu di sekolah mcm ni mmg tak dapatlah nak bawa penghuni penjara atas dasar keselamatan.. cuma dpt kongsikan pengalaman yg ada utk kebaikan bersama.. semoga menjadi peringatan buat mereka semua dlm menempuh kehidupan.. welcome Niesa.. 🙂

  16. tabung utk akhirat insyaallah…amin

    1. In shaa Allah Haslinda.. aamiin…

  17. alhamdulillah, pengisian yang baik untuk para pelajar. Biar mereka didedahkan dengan maklumat yang betul mengenai cabaran masa kini. Abg khir dah jadi penceramah juga ya? tahniah dan semoga terus berkhidmat untuk masyarakat 🙂

    1. Alhamdulillah kenit.. mudah2an membawa kebaikan bersama semua.. in shaa Allah.. T kasih.. 🙂

  18. pendedahan yg baik untuk pelajar sekolah…
    singgah menabung sini..:)

    1. Mudah2an menjadi peringatan yg berkekalan utk kejayaan mereka semua… aamiin. T kasih Pha Is.. 🙂

    2. insyaAllah.. amiin.. 🙂
      sama-sama..

  19. Mcm menarik pula… Blh try utk program HEM sekolah sy juga mungkin…

    1. In shaa Allah boleh pn Maria.. boleh hubungi saya terus juga utk memudahkan apa2 urusan. T kasih.

  20. tuan bukan calang-calang orangnya…orang kuat ilmu.terbaiklah tuan!

    Sehingga jumpa lagi dan jemput baca Entri Popular Blog Saya

    1. Alhamdulillah.. sekadar berkongsi apa yg mampu utk kebaikan.. t kasih Hanafi.

  21. Cheq Eem

    bagus betul cikgu sekolah tersebut buat aktiviti macam nie.. dapat juga beri pendedahan kepada pelajar… semoga khir terus maju dlm aktiviti macam nie… 🙂

    p/s: dah macam YB saya tgk khir duduk atas pentas tuu.. ekekeke….

    1. Alhamdulillah Cheq Eem… mudah2an menjadi sesuatu yg sgt berguna sbg bekalan mereka utk masa hadapan…
      Mcm YB melawat sekolah eh hahaa.. 😀 😀

  22. Wan Maruzen Wan Husain

    baguslah wat aktiviti camni….

    1. Alhamdulillah… mudah2an membawa kebaikan demi generasi akan dtg.. 🙂

  23. acik idah

    Tahniah bro atas usaha murni bagi mendidik generasi yang akan meningkat dewasa ini…

    1. Alhamdulillah Idah.. mudah2an membantu utk kebaikan generasi muda utk masa hadapan kita semua yg lebih baik… aamiin.. 🙂

  24. Eshamz Halim

    Uncle Khir…ehh!!! Abang Khir ni semakin femes laaa… bagus jugak program2 sebegini…dapat mendidik dan mengelakkan generasi akan datang supaya tidak terjebak dgn gejala-gejala yang tidak sihat… alangkah bagusnya program begini dapat dilakukan di semua sekolah di malaysia ni…. Tahniah dan terima kasih di atas usaha-usaha bro Khir… 😀

    1. Hehee.. alhamdulillah bro Sham.. mudah2an membantu menyumbang bekalan kpd generasi muda utk masa hadapan yg lebih baik.. aamiin.
      Mmg harapan klu boleh semua sekolah nak saya sampaikan.. terasa puas & lapang hati bila dpt berkongsi peringatan utk kebaikan bersama spt ini.. syukur sgt.. alhamdulillah & t kasih bro Sham.. 🙂

  25. salam Khir ; sy pernah dengar kata2 macam ni.."kunjungilah penjara agar kita dapat merasakan bagaimana nikmatnya sebuah kebebsan" ..boleh ke orang awam masuk penjara utk buat lawatan ?

    1. Waalaikummussalam PCL.. mmg betul tu… kebebasan itu dikira satu anugerah kurniaan Allah swt.. moga sentiasa bersyukur atas nyawa & kebebasan yg ada.
      Klu pada kebiasaannya agak susah sikit PCL sbb faktor keselamatan, tp klu buat permohonan bertulis kpd pihak penjara atas organisasi, persatuan dsb atau sbb2 tertentu biasanya boleh..
      Kalau individu biasanya utk lawatan mengunjungi penghuni utk ahli keluarga.. klu melawat biasa saya tak berapa pasti.. tp nanti saya akan perincikan utk kebaikan bersama.. in shaa Allah.. T kasih.. 🙂

  26. awat dipadam perkataan abang tu…hehe
    saya ada pakcik yang penah masuk serenti kerana dadah
    bila keluar memang nampak yang dia ingin berubah
    sekarang dia ada 4 orang anak yang sedang membesar

    1. Hahaa.. tak sedar yg mereka bukan lagi peringkat adik2 tp dah peringkat anak2.. rasa mcm muda lagi je pulak.. 😀
      Alhamdulillah.. org2 yg niat baik spt itu mmg kena mempunyai itizam yg kuat.. hati kena kuat. Jngn sisihkan dia.. alhamdulillah.. 4 org anak2 ye.. syukur2 & tahniah buat dia.. alhamdulillah.. 🙂 🙂

  27. Anonymous

    Untungnya..khir buat ceramah kat sekolah2 kota tinggi mesti dapat sambutan.

    1. Ada ruang & peluang, saya ok je.. boleh je Kathy.. 🙂

  28. Nampak bergaya Tuan Khir di atas pentas. Seronoknya kalau dapat buat program macam ni di sekolah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.