Pertumbuhan Budaya Digital Nomad Di Malaysia

Assalamualaikum. Pertumbuhan trend digital nomad bukanlah perkara baru. Budaya kerja digital secara nomad atau remote ini sudah mula menarik minat ramai, terutama dikalangan pemain tegar industri digital sejak lebih sedekad lalu.

Kini, dengan berkembangnya prasarana dan kemudahan teknologi digital yang semakin meluas telah mencetus satu revolusi baharu. Budaya kerja secara digital nomad ini semakin mendapat tempat dikalangan ramai penggiat digital. Ia kini mula menjadi ‘trend’ yang bukan sekadar memudahkan urusan kerja, tetapi membuka peluang kepada perniagaan untuk beroperasi secara lebih efisien dan kos efektif.

Kepentingan bersaing secara digital ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah secara global. Budaya kerja secara digital nomad adalah antara potensi budaya kerja fleksible yang semakin berkembang pesat pada tahun 2025 ini.

Pengertian Digital Nomad

Digital nomad adalah istilah di mana seseorang itu mampu bekerja secara bebas dengan memanfaatkan potensi teknologi digital tanpa terikat waktu dan tempat.

Sama ada seseorang itu usahawan, pekerja syarikat, bekerja sendiri atau freelancer, mereka tidak perlu lagi datang bekerja ke pejabat setiap hari. Mereka boleh bekerja di rumah, bilik hotel, cafe-cafe tertentu atau di mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai selagi tempat-tempat tersebut mempunyai liputan jaringan internet.

Berdasarkan rujukan yang disediakan oleh Institute Of Marketing Malaysia (IMM) dengan kerjasama Curtin University Malaysia menjelaskan bahawa pertumbuhan budaya digital nomad telah menjadi trend global. Kini ia turut mempengaruhi landskap industri, gaya hidup dan strategi pemasaran di Malaysia pada 2025 ini.

Program DE Rantau dibawah inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga merangsang lagi pertumbuhan budaya digital nomad ini di Malaysia.

Inisiatif tersebut mensasarkan untuk menarik sekitar 80,000 digital nomad dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pada tahun 2025.

Berdasarkan kos sara hidup yang kompetitif dan prasarana digital yang baik serta senario masyarakat berbilang kaum yang unik, Malaysia adalah negara yang strategik untuk komuniti digital nomad membangun kerjaya dan perniagaan.

Pertumbuhan budaya digital nomad di Malaysia

Berdasarkan kajian, digital nomad menyumbang kepada sektor ekonomi tempatan dengan average perbelanjaan sekitar USD 2,000 sebulan untuk keperluan tempat tinggal, makanan dan rekreasi serta mampu merangsang pengukuhan pelbagai sektor merangkumi pelancongan, teknologi dan inovasi disamping mencipta peluang perniagaan dikalangan usahawan tempatan.

Selain itu, program ini juga menyediakan DE Rantau Nomad Pass bagi memudahkan urusan pemprosesan visa kepada prospek komuniti antarabangsa yang terlibat bagi menjadikan Malaysia sebagai pemimpin hub digital nomad di Asia Tenggara.

Pengukuhan Potensi Ekonomi Digital

Trend digital nomad bakal menyemarakkan lagi ekonomi digital tahun ini.

Secara tidak langsung ia turut mempengaruhi pelbagai sektor industri untuk menilai sistem dan strategi perniagaan yang terus relevan dengan tuntutan terkini.

Ini turut dilihat dengan penambahbaikan strategi perniagaan di pelbagai peringkat sektor industri dan komersil yang kini mula beralih kepada sistem pengurusan Hybrid Work Models. Ia merupakan ‘flexible employment framework’ yang menawarkan pilihan kepada para pekerja melaksanakan kerja-kerja pejabat secara bebas di lokasi pilihan.

Dunia semakin berubah. Pertumbuhan trend digital nomad membuka potensi baharu dalam perubahan arus cabaran ekonomi dan pasaran digital masa kini.

Baca lagi> Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Revolusi Industri Ke-4

Featured photo by Dave Weatherall on Unsplash

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.