PERTEMAN Sebagai Tapak Sokongan Sosial – Atas anugerah dan keizinan Allah swt, telah diadakan musyawarah Persatuan Terapi Kemasyarakatan (PERTEMAN) pada pagi Jumaat dihari kedua tahun baru 2015 ini. Ia merupakan perjumpaan dan perbincangan kali pertama PERTEMAN bagi tahun 2015 yang telah berlangsung di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Perteman : Persatuan Terapi Kemasyarakatan

Persatuan Terapi Kemasyarakatan (PERTEMAN)

Tahun 2015 merupakan tahun ketiga perjalanan PERTEMAN. Ia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sebagai platform membantu dan membimbing golongan banduan insaf yang diberi peluang kedua agar dapat memotivasikan diri meneruskan kehidupan yang sebaiknya.
PERTEMAN pada masa ini digerakkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan pernah tersungkur merasai pahit jerih dalam kerjaya dan kehidupan. Saya juga tidak terkecuali pernah merasai kegagalan dalam kerjaya pada usia muda. Namun dengan berkat pertolongan Allah swt jua, kami dapat bangun dan membina kembali kerjaya dan kehidupan.
Melalui pengalaman, kami sedar bahawa ada segmen insan yang menempuh pengalaman lebih teruk dari kami. Walaupun kami bukanlah usahawan yang hebat mahupun menjawat jawatan besar dalam pekerjaan, Allah swt telah mempertemukan dan menyatukan kami atas hasrat yang sama.

PERTEMAN Sebagai Kumpulan Sokongan Sosial

Selaras dengan hasrat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), matlamat utama PERTEMAN adalah menjadi tapak kumpulan sokongan dalam membantu, membimbing dan membela bekas-bekas banduan insaf yang diberi peluang kedua termasuk keluarga mereka dalam mengharungi pancaroba kehidupan. Selagimana mereka berhasrat untuk berubah, selagi itu kami berusaha tampil untuk membantu… in shaa Allah.
Buat masa ini, PERTEMAN hanya mampu untuk bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, namun kami berhasrat untuk meneruskan agenda sosial dan kemasyarakatan ini ke seluruh negara satu hari nanti. Kesempatan artikel ini, terima kasih dipahatkan kepada Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama bagi memastikan hasrat ini terlaksana.
mesyuarat Perteman 2015
Mesyuarat PERTEMAN 2015
Muka ketatlah pulak KK… serius.. 😀

Semoga dipermudahkan segala usaha PERTEMAN dalam tahun 2015 ini… aamiin

Jika diizinkan, segmen koreksional sosial dan kemasyarakatan akan terus menjadi perkongsian telus di blog ini. Adalah menjadi harapan agar masyarakat seperti kita dapat lebih memahami tentang segmen kehidupan yang jarang-jarang kita perhatikan ini dan dapat menterjemahkannya dari persepsi yang positif.
Mudah-mudahan apa yang dilaksanakan melalui musyawarah PERTEMAN sebagai tapak sokongan sosial ini secara tidak langsung dapat membantu dalam menaiktaraf kehidupan sosio-masyarakat di Malaysia demi kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

27 Comments

  1. Insha Allah….
    usaha yang baik perlu diteruskan dan semoga mendapat rahmat serta keberkatan dari Nya….

  2. Semoga pertemuan ilmuan ini memangkin kepada kejayaan pada hala tuju ..tahniah KK

  3. bagus bila wujudnya badan badan macam ni. ^__^

  4. InsyaAllah… Niat dan usaha yg ikhlas serta murni, pasti dipermudahkan segala urusan.

  5. Memang terbaik la bila ada inisiatif mewujudkan badan-badan macam ni. Harap dapat diperkembangkan lagi..Tahniah buat semua

  6. Semoga mereka dapat di bantu…
    Semoga masih ada harapan lagi buat mereka utk berjaya…

    1. Ehem….kelatnya muka 😀 😀

  7. dah 3 tahun rupanya..kalau brok KK tak kongsi kat sini mmg tak tahu langsung kewujudan PERTEMAN nih

  8. semoga usaha PERTEMAN dipermudahkan dan lebih ramai banduan insaf dapat dibantu.all the best!

  9. Semoga niat baik itu di permudahkan..

  10. Insyaallah dipermudahkan segala urusan PERTEMAN pada tahun ini.

  11. Good luck KHir…semoga segala usaha dipermudahkan..

    1. INTI & Mercy for the weekend..

  12. ada nya program macam ni, senangla masyarakat untuk mendapatkan bantuan dan sokongan.
    Kalau tengok dekat overseas banyak group2 yang buat macam ni jugak

  13. Insyallah semoga dipermudahkan kerja dengan niat baik ni

  14. first time dengar PERTEMAN
    insya ALLAH semoga semuanya dipermudahkan untuk usaha murni ni

  15. Semoga dipermudahkan segala usaha PERTEMAN untuk tahun 2015..Aamin aamin aamin ……

  16. PERTEMAN Semoga dapat terus memberi khidmat bakti dalam membantu dan jugak membimbing sebahagian golongan banduan yang telah diberi pengampunan agar dapat memotivasikan diri untuk mereka semua dapat meneruskan hidup dikemudian hari kelak dengan lebih baik dan teratur..InsyaAllah..Semoga PERTEMAN akan terus memberikan YANG TERBAIK untuk mereka semua dalam menjalani hidup yang cukup mencabar ini..

  17. insyaAllah, semoga dipermudahkan semua kerja yang baik2 ni 😉

  18. Semoga aktiviti macam ni akan terus memberikan manfaat yang melimpah ruah

  19. bagus..ada juga aktiviti sebegini yang dpat membantu mereka..

  20. semoga terus berbakti dan semoga dipermudahkan setiap aktiviti yang dilakukan..

  21. semoga dipermudahkan segala urusan perteman…awat serius sangat muka khir tu???

  22. Semoga usaha PERTEMAN ini dapat mewujudkan peluang kedua yang lebih cemerlang untuk golongan sasarannya…

  23. semoga tujuan PERTEMAN tercapai dan dipermudahkan jalannya … inti

  24. Usaha yang murni…. semoga dengan adanya PERTEMAN ni dapat menjadikan tentang rujukan bekas2 banduan supaya tidak terjerumus kembali kepada aktiviti yg tidak baik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.