Pusat Rawatan Al-Qayyum
Baru-baru ini saya menemui isu mengenai persepsi sesetengah masyarakat tentang perawatan Islam yang menggunakan jalan agama untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata dengan mengenakan bayaran terhadap khidmat yang dilaksanakan. Justeru saya tertarik untuk mengupas pandangan tersebut agar tidak timbul kekeliruan bagi kita terutamanya umat Islam dalam memartabatkan Perawatan Islam dalam arus persaingan kehidupan masa kini.
Rukyah Syariah, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Memartabat Perawatan Islam Dalam Era Modernisasi

Sesungguhnya, Islam itu bukan sekadar amalan dan kepercayaan semata-mata tetapi adalah cara hidup yang meliputi minda, tubuh badan, roh, hati dan jiwa. Islam itu adalah fitrah setiap insan. Namun, ada diantara kita tanpa menyedari sebenarnya memandang rendah dan mengambil kesempatan memadamkan kekuatan islami itu dengan memperkecilkan usaha yang sebenarnya penting dalam membantu ia berkembang secara kukuh dan bersistematik.
Ada dikalangan masyarakat kita berpendapat setiap yang bernama Islam itu pastinya percuma, malah bersalahan jika melibatkan bayaran selain sumbangan ikhlas. Ia persepsi yang amat cetek sedangkan menjadi tanggungjawab umat Islam itu sendiri menyokong membina kekuatan Islam sebagai jihad sama ada melalui jalan harta, ekonomi, intelek mahupun keupayaan tenaga dan sebagainya melebihi kepentingan lain yang ada di dunia ini.
Perawatan Ruqyah Syariah, Pusat Rawatan Al-Qayyum,
Perawatan Islam Ruqyah Syariah berteraskan Al-Quran
Sebagai Mukmin, adalah menjadi kewajipan buat kita semua sentiasa berusaha mencari rezeki melalui pekerjaan yang halal dan berusaha mencari keredaan Allah swt untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Maka, perlulah kita perhalusi maksud ‘keuntungan duniawi’ itu sedalamnya agar tidak tergolong dikalangan mereka yang menyatakan kebesaran Islam tetapi tanpa disedari telah memadamkan kesuburan dan meletakkannya ditahap paling terendah dalam sistem kehidupan ini.

Perawatan Islam Adalah Satu Kerjaya Profesional

Sedarkah bahawa kita sanggup membayar beribu ringgit setiap tahun untuk mendapatkan hiburan di televisyen, internet, telefon bimbit, kereta, pakaian dan pelbagai lagi trending terkini, malah khidmat nasihat profesional seperti perunding, peguam, doktor dan seangkatannya walaupun ada anggapan sinis mereka hanya ‘bermodal air liur’?. Namun kita akui disebabkan ilmu mereka, kita komited membayar segala kos perkhidmatan tanpa pertikaian walaupun adakalanya agak mahal.
Namun apabila melibatkan keislaman, kita sering berharap agar ia sepatutnya percuma atau dengan kadar harga terendah yang secara tidak langsung, kita sendiri sebenarnya telah meletakkan kualiti ilmuan Islam itu ke taraf yang paling bawah dan terendah. Tanpa sedar, kita beranggapan ilmuan Islam profesional itu bukanlah satu profesyen yang kita patut bela walaupun mulut menyatakan sebaliknya, wallahualam.
Rekod Pesakit Perawatan Islam,
Rekod Rawatan Pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum

Keuntungan Bayaran Dan Kos Perawatan Islam

Sememangnya solat dan membaca Al-Quran serta segala doa itu tidak melibatkan kos, tetapi Perawat yang melaksanakan dengan ilmu yang dipelajari perlu terus hidup menyara keluarga dan kehidupan sebagai satu kerjaya profesional. Malah bagi memastikan perlaksanaan sistem mematuhi piawaian klinikal dengan kebersihan yang terjamin juga memerlukan prasarana berserta keperluan perawatan yang melibatkan kos pengurusan dan sistem operasi yang sebaiknya.
Lainlah jika anda beranggapan perawat Islam itu hanya layak di rumah atau menumpang ihsan surau dan masjid melaksanakan tugasan secara terpinggir sebagai wadah profesionalisme, memartabatkan ‘Islam sebagai cara hidup’. Jika itu yang anda rasakan layak, maka ia berbalik semula kepada subjek di awal penulisan saya ini. Tanpa kesedaran intelek, pembangunan Perawatan Islam mengikut piawaian perundangan dan perlesenan dalam sistem pembangunan masyarakat masa kini sukar untuk dimartabatkan.
Jemaah Perawatan Islam Al-Qayyum
Jemaah Perawat Profesional Pusat Rawatan Al-Qayyum
Situasi berbeza sekiranya pesakit tidak berkemampuan dari segi kewangan. Memberikan rawatan diskaun atau percuma sememangnya dituntut dalam Islam. Namun pesakit juga perlu bersifat amanah agar tidak mengambil kesempatan atas kebaikan toleransi Perawat dan menggunakan sentiment Islam untuk mendapat khidmat percuma. Sekiranya rawatan, perkhidmatan dan pra-sarana yang diberikan berkualiti dan memuaskan, maka sebagai orang Islam yang beriman; kita sumbangkan bayaran setimpal dengan niat menyokong pembangunan Islam yang sistematik dan profesionalisme.
Justeru, sekiranya anda memerlukan
penjelasan lanjut, layari blog atau hubungi info di bawah:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground
Floor
Sri Meranti
Apartment
Bandar Sri
Damansara
52200 Kuala Lumpur
Hubungi talian
017-211 4745 / 017
– 765 1747 / 03 – 6263 7007
Untuk sebarang
pertanyaan atau tempahan sesi rawatan
Blog
Facebook
 https://www.facebook.com/alqayyum2u
Doa adalah senjata mukmin, tetapi
sedekah itu adalah lebih tajam dari doa, In shaa Allah.
Pusat Rawatan Al-Qayyum

22 Thoughts to “Persepsi Masyarakat Terhadap Perawatan Islam Dan Bayaran”

  1. Assalammualaikum Bro KK..betul..kalau pusat rawatan itu sememangnya menyediakan tempat dan perawatan yang berkualiti tidak salah rasanya kalau ianya meletakkan harga yang dirasakan wajar tanpa menolak dan dengan mengambil kira kemampuan pesakit…dan pesakit itu sendiri harus berlapang dada sedari awal untuk bersedia melakukan bayaran terhadap khidmat rawatan yang diberi..

    1. Waalaikumussalam PC… betul tu, kitalah yg sepatutnya menyokong sebaiknya dan berlapang dada. In shaa Allah, ikhtiar yg yakin dgn usaha yg ikhlas pasti ada hikmah keberkatannya… aamiin.

  2. Saya suka berubat tradisional pada benda yang saya rasa tak kene dan tak boleh dirawat oleh doktor, dan saya sangat mempercayai rawatan sebegini 😉

    1. Sebagai Islam, kita wajib mempercayai kewujudan perkara2 halus ni… mudah2an kita semua tak tersasar dgn perawatan yg tersimpang dari kebenaranNya… aamiin.

  3. Perubatan tradisional kena setimpal dgn usahanya..

    1. Betul tu jie… dgn usaha yg setimpal, tak salah kita sokong dgn nilai bayaran yg bersesuaian kan…

  4. betul tu Khir…dan ilmu yg mereka perolehi pun bukannya datang bergolek…kena belajar juga…dan mereka juga menggunakan tenaga dan masa…takkan nak free jer…

    1. Ilmu yg dipelajari pun bukan ambil masa yg pendek… walaupun mereka ada yg tak meminta, kitalah yg sepatutnya menyokong dgn bantuan yg setimpal, in shaa Allah

  5. el

    perubatan tradisional pun perlu
    perubatan moden pun perlu
    kita perlu beriktiar mana yang mampu
    suka sgt word ni

    Doa adalah senjata mukmin, tetapi sedekah itu adalah lebih tajam dari doa, In shaa Allah. TERBAIK!

    1. Ya… kita ikhtiar sebaiknya kerana segala kesembuhan itu terletak ditangan Illahi, subhanallah…

  6. Pada saya itu ilmu dan juga kemahiran (skill). Jadi tak salah jika ada bayaran, sama seperti kerjaya (profesion) yang lain.

    1. Setuju… klu bayaran pun kita terlalu berkira dgn usaha yg setimpal, maka sukarlah perawatan Islam ni nak maju dan dimartabatkan sebaiknya kan…

  7. mereka layak mendapat bayaran kerana harga kesihatan jauh lebih berharga dari duit..

    para pelanggan sepatutnya bayar lebihn dan yang selebih tu adalah sedekah dari kita sebagai ikhtiar kesembuhan

    1. Betul tu tuan Hanafi… dengan usaha yg bersungguh2, kita sokonglah sebaiknya… anggaplah juga ia sebagahian usaha jariah kita dlm jihad ekonomi, in shaa Allah.

  8. Assalamualaikum tuan,

    Saya suka untuk berkongsi dengan tuan dan pembaca pengalaman mendengar cerita pesakit saya. Kerana saya juga seorang muallij.

    Pandangan saya dalam isu ini adalah mudah. Jika tiada angin, takkan pokok bergoyang.

    Kita kena memandang dari perspektif perawat dan juga pesakit. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju.

    Saya tanya tuan, logik akalkah kalau kos rawatan RM300+ untuk rawatan xsampai seminit? Kemudian pesakit dipaksa ambil pelbagai produk yg tak berkaitan langsung.

    Contohnya tasbih, kopi, dan mcm2 lagilah. Kalau ini caranya, saya sendiri pun tidak bersetuju. Kos RM300+ itu sebenarnya bukan pada kos rawatan, tetapi lebih kos barang. Keadaan begini yang menjadikan timbulnya isu pesakit komplen rawatan Islam mengaut keuntungan.

    Saya yakin Kalau perawat merawat pesakit dalam masa sejam, atau lebih lama, bergantung pada tahap gangguan, pesakit pun tak kisah.

    Tentang rawatan moden yang mengenakan kos yang tinggi, walaupun banyak faktor yang menjadi punca, tapi itu adalah kos tetap yang telah ditetapkan.

    Kesimpulannya, pusat rawatan Islam sendiri kena kaji balik, mengapa ada masyarakat Islam yang komplen, tentu ada sebabnya.

    Bukan bermaksud, komplen tu pesakit nakkan percuma semata-mata, tetapi lebih kepada nilai perkhidmatan yang disediakan. Dan sebaik mana pun rawatan yang disediakan, sungguh tak masuk akal jika kosnya mencecah ribuan ringgit. Pusat rawatan sebegini yang sebenarnya menimbulkan pandangan negatif masyarakat kepada rawatan Islam keseluruhannya.

    Akhir kata dari saya, mohon maaf andai terkasar bahasa. Perkongsian ini atas dasar nak melihat semua pusat rawatan di Malaysia akan semakin maju inshaaAllah.

    1. Waalaikumussalam… in shaa Allah, t kasih atas pandangan tuan. Mudah2an memberi nilai tambah bermanfaat dlm memartabatkan perawatan Islam ke arah yg lebih mulia, berdaya maju dan senantiasa diberkati… aamiin.

  9. Pendapat masing2, pilihan masing2…tepuk dada tanya selera, yang penting yakin…

    1. Ya.. keyakinan tu sgt penting… yakin itu letaknya keimanan kita, in shaa Allah.

  10. byr lbh x pe sbb kesihatan tu x bleh dibeli dgn $$$

    1. Betul tu Anies… apa salahnya infakkan sebaiknya klu khidmat yg bersesuaian dan memberi manfaat diri kan.

  11. JM pernah mendapatkan rawatan traditional di Darul Al-Shifa' dan bayaran mengikut keikhlasan hati tiada bayaran tetap di kenakan

    1. Alhamdulillah.. tapi menjadi tanggungjawab kita utk ikhlaskan bayaran yg sesuai dgn khidmat yg diberikan… kalau puas hati, janganlah bayar RM1 sahaja disebabkan ikhas tu kecuali itu je yg mampu… bagi je lebih sikit kan..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.