Nippon PaintGaya Hidup 

Persekitaran Dalam Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak

Pada Isnin 6 Mac 2017, saya telah menghadiri sesi diskusi Nippon Paint’s Wellness for Children Expert Roundtable bertemakan “Mitigating Common Indoor Household Risk for Children” di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Ia merupakan pembentangan dan diskusi anjuran Nippon Paint Malaysia dalam memperkasa informasi terutamanya kepada ibu bapa tentang persekitaran dalam rumah yang berisiko kepada kesihatan dan pembesaran kanak-kanak.
Nippon Paint's Wellness for Children,
Wellness for Children Expert Roundtable Discussion
“Mitigating Common Indoor Household Risk for Children”
Sesi diwakili 3 panel pembentang iaitu Ms Gladys Goh yang merupakan Pengurus Besar Kumpulan kepada Nippon Paint Malaysia Group, Dr Amir Hamzah Abdul Latif, Presiden Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia, dan Associate Professor Dr Jessie Anne de Bruyne, Perunding Pediatrik dan Respiratori kanak-kanak di University Malaya Medical Centre.
Menurut Ms Gladys Goh, Wellness for Children ini merupakan sebahagian kempen inisiatif Nippon Paint Malaysia dalam memperkasa pengetahuan releven kepada ibu bapa untuk kesihatan dan pembesaran kanak-kanak. Ia menjadi komitmen dalam peranan mengetengahkan informasi berterusan dengan kerjasama pakar-pakar kesihatan sepertimana isu penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Berdasarkan kajian mendapati 88% ibu bapa tidak mengetahui bahawa dinding rumah merupakan medium perantara virus dan bakteria, manakala kajian lain pula mendapati kanak-kanak menghabiskan 8 hingga 20 jam sehari di dalam rumah. Justeru ia menjadi aspirasi Nippon Paint Malaysia dalam mengetengahkan informasi sebaiknya sebagai pengetahuan kepada ibu bapa yang boleh dijadikan panduan, kesedaran dan pencegahan.
Ms Gladys Goh, Group General Manager, NipponPaint Malaysia Group
Dr Amir Hamzah Abdul Latif, Nippon Paint's Wellness for Children,
Dr Amir Hamzah Abdul Latif
Presiden Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia
Clinical Immunologist, Allergist dan Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur
Antara fakta risiko penyakit yang dibentangkan oleh Dr Amir Hamzah Abdul Latif adalah berpunca dari dinding, perabot dan barang permainan. Ia merupakan penyebab serangan alahan (allergy) yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Kebanyakkan ibu bapa terlepas pandang untuk membersihkan dinding tidak sekerap lantai rumah. Dinding rumah sebenarnya merupakan tapak bagi pembiakan bakteria dan virus yang berisiko terutamanya kepada kanak-kanak.
Dr Jessie Anne de Bruyne, Nippon Paint's Wellness for Children,
Associate Preofessor Dr Jessie Anne de Bruyne
Perunding Pediatrik dan Respiratori Kanak-kanak Universiti Malaya Medical Centre
Pembentangan Dr Jessie Ann mengetengahkan fakta yang menjelaskan bahawa, persekitaran dalam rumah merupakan ruang utama penyebab penyakit lelah atau asma (asthma) kepada kebanyakkan kanak-kanak. Penyakit asma bukan hanya berpunca persekitaran yang berabuk dan berkulat tetapi juga disebabkan hama haiwan belaan termasuk kesan atau bekas asap rokok yang ditinggalkan di dinding serta persekitaran dalam rumah.
Menurut Dr Jessie lagi, riadah dan bermain adalah penting untuk perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak sepertimana keperluan makan setiap hari. Justeru, menjadi peranan penting kepada ibu bapa agar sentiasa prihatin tentang persekitaran dalam rumah yang selamat untuk kesihatan kanak-kanak bermain dan mencegah dari terkena penyakit asma.
Nippon Paint Malaysia, Niippon Paint's Wellness for Children,
Bersama Panel Diskusi ‘Mitigating Common Indoor Household Risk for Children”.
Sesi dilanjutkan dengan membincangkan kebersihan dan kesihatan persekitaran dalaman rumah dan disertai sesi pertanyaan oleh para hadirin dan bergambar. Program yang berakhir sekitar 5 petang ini juga merupakan antara usaha yang diketengahkan Nippon Paint Malaysia dalam memperkenalkan solusi cat yang selamat untuk kesihatan dan alam sekitar demi kehidupan yang lebih sejahtera.
Info lanjut tentang Nippon Paint Malaysia berserta aspirasi yang diketengahkan demi kesejahteraan masyarakat boleh dilayari di www.nipponpaint.com.my

Related posts

9 Thoughts to “Persekitaran Dalam Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak”

  1. kena ambil tahu jugak pasal ni..Kekadang benda yang kita tak sangka tu lah punca kepada penyakit

    -Kisahsidairy-

  2. kena ambik tahu, sekarnag ni tgh musim hfmd kan

  3. Bneda penting untuk tumbesaran anak. Kadang kita nampak kecik je perkara ni tapi yang sebenar nya impak dia terlalu besar untuk kita kawal.

  4. Avatarel

    wow dinding pun perlu bersih jugak ni..jgn nak mop lantai 24jam..ok noted

  5. Lazimnya hanya lantai dan pakaian serta penyediaan makanan yang sangat-sangat dititikberatkan hal kebersihannya..bukan pada dinding..subhanAllah terima kasih perkongsian ini…

  6. nasib baik sy belum kawin kalau tak banyak nak kena jaga ni hehee

    nice info KK 🙂

  7. Punca penyakit yg boleh dielakan tu

  8. sy penah dgr (dari mana entah) dia ckp, udara / persekitaran dlm rumah sbnr nyer lbh kotor berbanding di luar…

Leave a Comment

CommentLuv badge