Motivasi Pendidikan 

Persediaan Pelajar empower ECER Untuk Kecemerlangan SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 13 November 2018. Sebagai persediaan, lebih 2,500 pelajar Tingkatan 5 dari 105 buah sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor sudah bersiap sedia untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang selepas mengikuti program Latihan Akademik empower ECER tahun ini.

Program empower ECER merupakan sebuah inisiatif oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan-rakan strategik, termasuk universiti-universiti tempatan dan organisasi bukan kerajaan dalam memperkasa pembangunan sosio-pendidikan di wilayah Pantai Timur.

Program Latihan Akademik empower ECER, SPM,

Program empower ECER Untuk Kecemerlangan Akademik

Program Latihan Akademik empower ECER merupakan sebahagian strategi inklusif Kerajaan dalam memastikan generasi muda di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya pelajar berprestasi rendah daripada keluarga berpendapatan rendah, mampu mencapai kejayaan dalam akademik.

Pencapaian ini seterusnya akan membuka peluang kepada mereka melanjutkan pendidikan dan beroleh kejayaan dalam kerjaya bagi mencapai mobiliti sosial yang lebih baik pada masa akan datang.

Menyedari cabaran-cabaran akademik yang dihadapi pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, program empower ECER menggunakan pendekatan khusus dan menyeluruh untuk membantu para peserta mencapai keputusan akademik yang lebih baik. Selain kelas tuisyen bagi subjek-subjek teras, kursus motivasi dan kepimpinan turut ditawarkan bagi menambahbaik kemahiran interpersonal dan meningkatkan semangat pelajar untuk mengecapi kejayaan.

Bagi menggalakkan penglibatan aktif pelajar, program ini menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan, serta disokong oleh penglibatan aktif tenaga pengajar dan ibu bapa.

Latihan Akademik empower ECER, SPM,

Aspirasi Peserta Program Latihan Akademik empower ECER

Nurul Nadhirah bt Mohd Nor dari Tanah Merah, Kelantan, merupakan salah seorang peserta empower ECER. Keluarganya menyara hidup dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Pada tahun lalu, Nurul memperolehi 3A dalam peperiksaan akhir tahun. Walaupun diduga dengan kesempitan hidup, pelajar SMK Dato’ Mahmod Paduka Raja 1 ini gigih menghadiri kelas tuisyen, serta kursus motivasi dan jati diri dibawah program empower ECER.

Hasilnya, Nurul telah berjaya mempertingkatkan prestasi pelajaran dengan meraih keputusan 7A dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Nurul berazam untuk memperolehi keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran ke universiti, sekaligus meningkatkan peluang mendapat pekerjaan berkualiti agar beliau dapat mengubah nasib keluarganya.

Nurul Nadhirah Mohd Nor, Latihan Akademik empower ECER, SPM 2018,

Fatin Nur Ain binti Kamaruddin percaya bahawa kemiskinan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Berkat motivasi dan galakan yang diberikan oleh fasilitator empower ECER, pelajar SMK Ungku Husin, Mersing, Johor ini meluangkan sekurang-kurangnya 5 jam sehari selepas waktu persekolahan untuk mengulangkaji pelajaran.

Fatin Nur telah berjaya memperolehi 6A dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini setelah melibatkan diri dalam program empower ECER, berbanding keputusan 3A sebelum ini. Beliau berharap untuk memenuhi cita-citanya menjadi seorang guru dan meringankan beban ibu bapanya disamping menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pendidikan.

Fatin Nur Ain Kamaruddin, Latihan Akademik empower ECER, SPM 2018,

empower ECER Perkasa Pendidikan Pelajar Golongan B40

Pencapaian Nurul dan Fatin Nur merupakan antara kisah kejayaan program empower ECER. Antara tahun 2010 dan 2017, program Latihan Akademik empower ECER telah memberi impak yang besar kepada lebih 51,400 pelajar berprestasi rendah di seluruh ECER, melibatkan 441 buah sekolah termasuk 18 sekolah Orang Asli.

Program ini terbukti keberkesanan, dimana sebanyak 81% daripada jumlah keseluruhan peserta telah berjaya meningkatkan prestasi mereka dalam akademik selepas mengikuti program ini. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan pada masa akan datang.

Sama-sama kita doakan kecemerlangan buat semua para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar beroleh kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan… aamiin.

Baca lagi;
> Pembangunan Modal Insan Komuniti Orang Asli ECER
> Pelajar Orang Asli ECER Berazam Capai Kecemerlangan UPSR

Related posts

8 Thoughts to “Persediaan Pelajar empower ECER Untuk Kecemerlangan SPM”

  1. Program empower ECER amat bermenfaat moga membantu pelajar2 yg mengikutinya mencapai kejayaan cemerlang dlm exam SPM kelak

    1. Mudah2an bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara terus diperkasa agar dpt membangun dan berjaya dgn cemerlang.. aamiin

  2. Moga program ini meluaskan peluang kepada anak bangsa untuk meraih prestasi terbaik dalam pelajaran.Mungkin ini mampu menjadi titik permulaan sebuah kecemerlangan bagi yang berusaha untuk meraih kejayaan.Aamin,

    1. Itulah yg diharapkan.. moga mereka dpt maju dan memperkasa negara dari segenap aspek di masa hadapan kelak, in shaa Allah.

  3. bagus program ni.. semoga bakal calon yang menduduki SPM berjaya nanti

    1. In shaa Allah mudah2an.. sama2 kita doakan.. aamiin

  4. selamat menghadapi SPM adik-adik. semoga beroleh keputusan cemerlang melalui program ini…

  5. Bagus ada program macam ni tuan. Santai dan berilmiah. Dapat pupuk suka belajar adik2 yg menduduki SPM hari ni terutama mereka yang berada di Pantai timur.

Leave a Comment

CommentLuv badge