Khir Khalid, Perunding Pembangunan Insan,

Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power – Saya terpanggil berkongsi salah satu topik intervensi berkaitan realiti aset dan liabiliti. Ia secara tidak langsung menyentuh sentimen gaya hidup yang terkait usahawan, Yuppie, rumah mewah, kereta mewah dan seangkatannya.

Pernah ada persoalan yang mendapat pelbagai maklumbalas pelajar dan rakan intervensi yang terlibat dalam satu brainstorming. Antaranya menyatakan, perlukah usahawan pakai kereta power a.k.a kereta mewah… rumah mewah, gaya hidup mewah, adakah ia strategi atau propa.

Rentetan isu tersebut juga telah membawa pelbagai lagi pandangan berdasarkan realiti latar belakang kehidupan masing-masing… 1001 persoalan dengan 1001 jawapan.

Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power

Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power

Setiap kali menyentuh isu keusahawanan, kebiasaan yang terlibat sudah tentu boleh dikategorikan dari mereka yang komited menceburi dunia perniagaan.

Ada sesetengah yang running bisnes sambil belajar, namun input yang diserap melalui pengaruh gaya hidup, prinsip keluarga dan realiti persekitaran mungkin membuatkan mereka keliru. “Live frugal or luxury lifestyle”… mana satu landasan terbaik untuk berdaya maju?

Bila saya perlu terlibat berkongsi pandangan, sememangnya tidak layak menghakimi mana-mana pilihan pun. Cuma apa yang boleh diketengahkan adalah berdasarkan realiti pengalaman hidup.

Perlukah usahawan pakai kereta mewah?… jawapan saya ada ya dan tidak, lebih kurang sama dengan artikel sebelum ini bertajuk Benarkan Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan.

Kenapa?… berikut penjelasan yang boleh dijadikan renungan bersama.

Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power

Usahawan, Yuppie Dan Kereta Power

Saya bukan dari keluarga kaya, tetapi pernah rasa jadi Yuppie (golongan muda berpendapatan tinggi).

Pada usia 24 tahun, saya berjaya capai portfolio pemasaran mencecah RM8 juta, income 5 angka sebulan, hingga diberi tanggungjawab mengendali seramai 35 orang Department Marketing dan Sales, 3 fund manager dan beberapa syarikat subsidiari kumpulan.

Sungguh pun begitu, saya bukanlah pemilik syarikat tersebut. Masih ada pihak lembaga pengarah yang berperanan mempengaruhi polisi mahu pun arah tuju syarikat.

Jika ditanya perlukah kereta mewah… saya kata, Ya!

Ia menjadi salah satu aset kerjaya walaupun nilai kereta depreciate setiap hari. Kereta itulah antara elemen yang membantu objektif pemasaran kepada prospek dalam bidang kerjaya ketika itu.

Tetapi tarif ‘kereta power’ yang bagaimana itulah sebenarnya menjadi penjelasan hingga saya terpanggil mencoretkan pertemuan sesi ini sebagai salah satu nota rujukan intervensi.

Kereta mewah, rumah mewah, gaya hidup mewah memang sejak dulu lagi sudah menjadi elemen motivasi ‘sales and marketing’. Ada yang sanggup terjerumus dalam kancah ‘rat race – live from paycheck to paycheck’ sebab nak komitmen, impress prospek dan pesaing kerjaya.

Jika bab kereta, saya pun pernah komited demi kerjaya… dari Satria, ke Civic Bullet dan Accord 2.2 VTec… tapi Accord tu nasib tak baik, eksiden teruk… syukur masih dikurniakan nyawa. Peristiwa itu saya coretkan beberapa tahun dulu di sini: Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh.

Accord 2.2 VTec, perlukah usahawan pakai kereta power,

Sesetengah Yuppie tidak main kereta ‘standard’… beli Accord, Akura, Merc, BM, at least tukar rim, body kit AMG atau AC Schnitzer, ada peluang test power. Tak mahu jadi ibarat beli Ferrari tapi tak berani pulun test top speed… mana trill supercarnya.

Itu realiti budaya sesetengah Yuppie yang saya yakin masih ada hingga kini. Penerampilan biar kemas, tapi ada keganasan yang tersembunyi haha.

Memandangkan salah satu syarikat kami terlibat dalam permit import kereta… saya bertukar pula ke Mercedes C230. Cukuplah C Class.. masih sayang duit.. masa tu cuma ada 2 buah spek 230 di Malaysia. Tapi sampai juga cerita kat telinga ada sesetengah orang membawang, saya kerap balik kampung nak tayang CLK… perghh.

Masa tu saya handle beberapa akaun klien sekitar RM2.8 juta di hometown saya di Pontian, Johor. Apa salahnya saya berurusan dengan klien?… C Class convert E36 AMG pun dah ok sebab Yuppie beb.. kalau CLK tu, standard tauke tua buat hadiah isteri atau girlfriend!

Apa pun, ramai yang menyokong dan memberi kepercayaaan, malah membuka pelbagai peluang lain. Ada juga beberapa tauke yang offer saya bekerja dengan mereka dengan kadar gaji, komisyen dan insentif yang boleh tahan menarik… rate dalam pasaran pekerjaan pun jadi mahal.

Makanya, ada perkara menjadikan ‘kereta power’ sebagai tools memperkasa kerjaya.

Perlukah usahawan pakai kereta power
Usahawan Senyap Tanpa Pakai Kereta Power

Tetapi, ada segmen keusahawanan yang tidak menjadikan ‘kereta power’ sebagai kriteria melobi untuk menang projek, kontrak atau bisnes.

Situasi berbeza bila saya memulakan keusahawanan sendiri, banyak perkara lain yang perlu ditumpukan dari sekadar marketing and sales sahaja. Pernah rugi, bisnes gagal dan tidak semudah disangka… dunia pun mula rasa berbeza.

Namun dari situ, saya dipertemukan dengan ramai usahawan senyap, malah sole-proprietor yang lebih berdaya maju. Dari mereka saya belajar erti survival dan motivasi memajukan diri.

Terkesan bila ada kontraktor yang pakai Iswara dan lori 1 tan, tapi rupa-rupanya memiliki 5 buah rumah sewa dan tanah. Bila congak-congak, property pun dah lebih RM3 juta… malah ramai usahawan seperti ini yang dah ada bengkel bertaraf kilang, masih meletakkan diri mereka usahawan kecil.

Masa tu pun saya dah berubah… pakai Wira sahaja dan jaga modal yang suam-suam kuku. Namun terasa sangat ibarat langit dan bumi bersama ‘usahawan kecil’ seperti itu… diam-diam ubi.

Ia mendorong saya untuk terus gigih berusaha disamping mendalami realiti pemilikan, equiti, potensi percukaian dan akaun, goodwill entiti serta hubungan outsource. Alhamdulillah, banyak juga tambat prospek, settle hutang, trial error beberapa projek dan membesarkan keluarga.

Intervensi pembangunan insan usahawan

Kalau bab kereta power dah lain kisahnya, walaupun ada dikalangan kenalan seangkatan peminat kereta olskool… kaki modify kereta continental lama. Tapi tak mampu lagi nak terlibat, sebab rasa ia masih satu liabiliti. Kereta olskool pun dah jadi reban haha

So, kenapa rumah sewa atau tanah berbanding kereta power untuk lobi bisnes?

Jawapan mereka simple. Aset seperti itu mampu membina kebolehpercayaan dan keyakinan lebih tinggi dikalangan klien, pelabur, banker dan prospek untuk projek secara jangka panjang. Ia juga boleh jadi sandaran aset-aset atau pencairan modal yang lebih meyakinkan untuk projek dan lain-lain kepentingan jika diperlukan segera.

Selain itu, melalui sewaan dapat membantu jana aliran tunai ekstra. Akaun syarikat mahu pun peribadi sentiasa ada aliran kewangan aktif yang sihat setiap bulan yang boleh diketengahkan untuk projek atau proposal bisnes melalui tampilan audit syarikat kepada pihak tertentu secara rasmi.

In the end… hebat mana pun kereta, orang akan nilai profil syarikat juga, nilai audit, semak status di SSM, rekod kerja, fasiliti kredit dan pelbagai lagi untuk tahu kemampuan bagi kerjasama bisnes.

Status pemilikan juga jadi landasan hubungan banker, membuka peluang fasiliti tertentu termasuk venture capital, joint venture dan platform pasif lain sambil melaksanakan tugas hakiki.

Tambahan lagi, bila melihat anak-anak mereka yang meningkat remaja, malah ada yang sudah bekerja dengan mereka, saya bertambah faham apa yang lebih perlu. Ini bukan lagi dunia Yuppie…

Banyak lagi perlu dipelajari demi memperkasa usaha dengan fokus dan sabar.

Intervensi pembangunan insan usahawan

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan pelajar juga terjawab bila ada kalangan yang lain dari latar belakang keluarga bisnes, berkongsi pandangan tentang keberadaan aset dan liabiliti.

Berdasarkan amalan percukaian, ramai bersetuju kenapa kebanyakkan owner, usahawan dan ahli perniagaan memilih membeli kereta mewah atau lain-lain peluang melalui entiti pensyarikatan. Ia menukarkan satu liabiliti menjadi aset buat mereka melalui komitmen tenaga kerja sebagai expenses perniagaan… itulah kaedah yang power berbanding sekadar ada kereta power.

Justeru, sama ada perlukah usahawan pakai kereta power, semuanya bergantung kepada kepentingan. Apa salahnya jika sesuai, tidak membebankan dan mampu memberi pulangan yang berbaloi.

Seperti kata Robert T. Kyosaki; “asset puts money in your pocket, liability take out money from your pocket”.

So, harap jugalah kompeni dapat belikan sebiji Mustang 4.6 untuk saya nanti 🙂

Jom baca lagi;

3 Tips Asas Membangunkan Social Enterprise

19 Thoughts to “Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power”

  1. Perdu Cinta

    Ada yang “ada-ada” tapi biasa-biasa.Ada yang “biasa-biasa” tapi berlebih-lebihan pula.Sebenarnya apa yang kita miliki,atau cuba diusahakan menjadi simbol dan mencerminkan peribadi diri.Mungkin ada yang berpandangan untuk lebih meningkatkan kayakinan diri..dan tidak kurang untuk meraih lebih kepercayaan orang pada diri kita.Tetapi percayalah selagi kita menjaga kualiti dan sentiasa jujur dalam apa pun urusan yang kita lakukan atau usahakan inshaAllah..walau berkereta biasa-biasa..berbasikal tua dan bermotor honda bulat..inshaAllah orang mencari kita..TETAPI seandainya ianya menjadi satu keperluan yang mesti dipenuhi dan etika yang mesti juga diikuti..tiada salahnya selagi tidak ada unsur menyalahi undang-undang..hukum Tuhan dan paling penting tidak memiliki kemewahan apa pun dengan penganiayaan pada orang lain.

    1. Khir Khalid

      Betul tu PC… penghujungnya org akan tengok rekod kerja dan kebolehpercayaan sykt termasuk diri individu tu. Bila usahakn sykt sendiri baru nampak perkara yg lebih penting utk didahulukan sblum yg lain2. Yg penting, bila ada projek, tau ada banyak sumber backup termasuk kewangan utk kendalikan sebaiknya. Ramai yg diam tp lebih berkemampuan dari yg selalu suka pukul canang shj dan itu realiti yg patut dipelajari juga.

  2. Marzuki Rmn

    Perkongsian mcm ni mmg menarik especially diadakan dlm segmen grouping yg brsesuaian dgn subjek mcm ni, sbb ia satu prkongsian praktikan brdsrkn pngalaman trtentu. Thanks sharing tuan, bnyk prkara yg boleh jadi renungan dn peringatan.

    1. Khir Khalid

      Banyak sebenarnya sesi intervensi mcm ni yg diadakan tuan, semuanya realiti yg bukan dari sy shj malah ramai lg termasuk ikon dlm pelbagai bidang dlm konteks akademik-industri. Cuma tak semua larat nak tulis, tp in shaa Allah akan diketengahkan sbg pengisian juga lps2 ni.

  3. sangat menarik…

    tuan kira beruntung dab bertuah kerana dapat merasai semua ini biarpun tidak selamanya..

    ada belum pernah lagi dan sentiasa teringin hingga hujung nyawa.

    bila dah sampai hujung nyawanya..barulah sedar kereta terbaik untuknya ialah van jenazah

    1. Khir Khalid

      Terima kasih tuan.. mendalam peringatan tu dan mmg ada kebenarannya. Moga jadi peringatan buat kita semua dan mudah2an tiada timbul riak, leka dan khilaf atau penumpuan lain sehingga lupa kpdNya.. aamiin ya Rabb.

      Terima kasih lagi atas peringatan yg besar nilainya ini.

  4. apa2 pun berbalik kepada niat usahawan tu sendiri. bagi saya kereta tu cuma satu kehendak, bukan keperluan… kalau x silap warren buffet pun pakai kereta tahun 1969 kalau x silap laa…

    1. Khir Khalid

      Betul tu Anies.. in the end, prestasi bisnes yg memainkan peranan besar.. mungkin bagi sesetengah kita yg tiada kena mengena tak tahu, tp klu warren buffett tu even portfolio akaun bisnes dia pun public.. terbentang di dada akhbar dan bila2 masa org boleh rujuk.. begitulah ahli perniagaan berjaya yg lain2 juga.. tak perlu kereta dah utk jadi tools. Semuanya berbalik kpd niat.

  5. Fidah Shah

    Perkongsian yg bagus. Kalau mampu, apa salahnya. Itu salah satu simbol kekayaan. Tapi yang paling bagus, jadilah usahawan berjaya atau jutawan tanpa hutang.

    1. Khir Khalid

      Terima kasih Fidah.. mudah2an jadi inspirasi juga utk menjadi individu berjaya dunia akhirat. Betul tu.. klu mampu dan tak menyusahkan sesiapa mahu pun diri sendiri, apa salahnya

  6. Kalau mampu berkereta mewah tidaklah salah tapi ramai jutawan senyap tidak pentingkan jenama kereta yg dimiliki kerana terlalu sygkan nilai duit yg tidak mudah dicari

    1. Khir Khalid

      Klu diperhati melalui pengalaman mmg begitulah nampaknya kak.. klu ada yg berkereta mewah pun, ratio pendapatan dia mmg besar. Klu diikut tak sampai 5% dibelanjakan dari pendapatan yg diperolehi utk walaupun bagi org berpangkat dan bergaji tinggi masih belum mampu beli.. wallahualam.

  7. untung ler, kalau dapat sebijik mustang free.. hehehe..

    1. Khir Khalid

      Aamiin2.. baru sedap pulun kereta free.. lagi pun klu nak dpt superbike nnti mem pulak bising huhu 😀

  8. Bila income makin besar, seleranya pun makin besar. Yg plg penting, saving masa depan terjamin. Ramai anak muda sekarang, kaya nya sekejap saja. Lepas tu terbeban dgn liabiliti.

    1. Khir Khalid

      Yup mmg ramai mcm tu.. lagi sedih sbb nak nampak bergaya dan diterima dlm golongan tertentu, atau nak impress tak kena tempat, sedangkan realitinya hidup tertekan, wallahualam.

  9. […] dirasai satu masa dahulu. Begitu juga tradisi beraya di KL selama hampir 10 tahun dahulu disebabkan krisis kerjaya dan semasa menjaga arwah bapa […]

  10. […] share basikal je pun, bukan kereta power, Mustang GTO atau […]

  11. […] Baca juga jurnal ini> Kenapa Usahawan Pakai Kereta Power […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.