Pendidikan 

Perkataan ‘World’ Dan Dunia Penagihan Dadah

Pasti anda pernah mendengar sebutan perkataan ‘world’. Paling popular sewaktu kemunculan Mawi sebagai artis baru Akademik Fantasia. Saya sebenarnya kurang menggemari isu artis dan lebih meminati bakat persembahan mereka. Paling syok, bila ia melibatkan instrumen seperti gitar, bass, keyboard dan drum secara live. Saya memang obsess dengan gitar terutamanya gitar elektrik. Saya amat menghargai bakat dari sekadar populariti seseorang artis.
Konsert

Asal Usul Perkataan ‘World’

Berkongsi mengenai perkataan ‘world’. Lain orang mungkin lain pengalamannya, tetapi sejarah perkataan tersebut terpahat sewaktu saya bersama beberapa penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan. Mereka adalah pesalah berkaitan penyalahgunaan dadah. Ada diantaranya yang ‘keluar-masuk’ beberapa kali atas kesalahan yang sama. Itulah susahnya bahana dadah… serik, namun bukan mudah untuk ditinggalkan kalau tidak kena caranya…
Menurut mereka, perkataan ‘world’ itu sebenarnya sangat sinonim dengan penagih dadah. Perkataan ini biasanya disebut selepas penagih mendapat dos yang sesuai dengan apa yang diharapkan. Penghuni penjara tersebut siap melakonkan dalam bentuk skrip bagi menjelaskan gambaran kepada saya tentang maksud sebenar perkataan ‘world’ tersebut.
Penagih 1 : “Lu amacam rasa beb… stim???”
Penagih 2 : “Barang world  ni beb, mana boleh tak stim… world!!!”
Perkataan ‘world’ tepat menggambarkan tahap kepuasan khayal yang sedang penagih nikmati setelah mengambil dadah. Menurut mereka lagi ; “Mawi ambil inspirasi bahasa kita orang tu sebenarnya bro… ntah mana dia dapat ntah… legen weii perkataan tu…”. Kebanyakkan penagih sangat kenal dengan perkataan ‘world’. Sememangnya popular sama ada penagih belakang lorong, kebun getah, ladang kelapa sawit atau di tempat-tempat ‘penagih high class’ di mana-mana sahaja.
Dunia penagihan dadah

Perkataan ‘World’ Merupakan Antara Pencetus Penagihan Berulang

Sekadar berkongsi pengetahuan dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Penagih dadah yang sedang dalam proses pemulihan sebenarnya sentiasa bertarung dengan simptom pencetus yang mampu menarik diri mereka untuk menagih kembali pada bila-bila masa sahaja. Pencetus berbentuk psikologi ini boleh datang dari suasana keadaan yang mereka alami setiap hari.
Sebagai contoh; bunyi motorsikal yang lalu berhampiran mampu membangkitkan aura ‘selera’ terhadap penagihan. Disebabkan bunyi motor, ingatan penagih menarik mereka untuk membayangkan jalan yang motor itu lalui sehingga membawa imaginasinya ‘rindukan’ tempat ‘port’ atau ‘tokan dadah’ yang pernah mereka pergi dahulu. Mereka sentiasa berlawan dengan perasaan ‘RINDU’ tersebut. Ia memerlukan kekuatan diri yang sangat tinggi berserta sokongan masyarakat terdekat untuk sentiasa memastikan penagih itu tidak terjebak kembali disebabkan faktor psikologi ini.
Kaedah rawatan pemulihan dadah di Thailand
Antara kaedah rawatan penagihan dadah di Thailand
Kita sebagai masyarakat biasa juga perlu prihatin tentang faktor psikologi ini terutama kepada yang berhadapan dengan penagih yang berhasrat untuk pulih. Ia diibaratkan seperti waktu kita menahan kehausan di tengah cuaca panas terik.. tiba-tiba ada perkara yang membuatkan kita terbayang Teh Ais, ABC, cendol dan sebagainya. Fuhh.. kecur… Malangnya, ‘kecur’ yang dialami penagih dalam proses pemulihan boleh dikatakan 1000 kali lebih tinggi dari kita yang normal. Faktor ‘kecur’ tersebut juga boleh muncul kepada mereka hanya dengan mendengar perkataan ‘WORLD!!!”.
Kisah ‘World’ Dan Dunia Penagih Dadah
Perkongsian perkataan ‘world’ dan penagihan dadah ini sebenarnya tiada berkait langsung dengan Mawi atau sesiapa jua. Cuma, menjelaskan tentang perkataan ‘world’ itu sendiri berdasarkan pemahaman dari pengalaman. Tercetus artikel ini disebabkan saya terbaca senaskah majalah hiburan lama yang memaparkan tentang perkataan tersebut. Pastinya Mawi dan perkataan ‘world’ dengan cerita saya hanya secara kebetulan semata-mata.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah sekadar pengetahuan bersama. Mengubati penagihan dadah bukan sesuatu yang mudah. Boleh dikatakan tiada ubat yang betul-betul berkesan kerana dadah itu sendiri asalnya adalah ubat-ubatan. Kekuatan jati diri serta sokongan masyarakat sekeliling yang sebenarnya amat membantu menyelamatkan mereka yang berhasrat untuk pulih dan membezakan dengan yang menagih kembali… wallahualam.
Jauhi Dadah.. mencegah lebih baik dari mengubati.

Related posts

28 Thoughts to “Perkataan ‘World’ Dan Dunia Penagihan Dadah”

  1. AvatarNurul Hidayah

    Dalam benci, terselit perasaan simpati pada golongan ini.. mereka mempunyai alasan sendiri bagaiman boleh tercebur ke kancah penagihan dadah.. berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul, sekali terjebak, bukan mudah untuk melepaskan diri, pihak kerajaan, masyarakat dan terutamanya keluarga memainkan peranan yg amat penting pada keadaan ini..

  2. Baru Zumal tahu tentang perkaitan nie… Ada maksud lain rupanya yer ^^

  3. betul tu abang khir. sokongan moral orang sekeliling boleh membantu mereka juga

  4. ermm acik pernah interview penagih dadah memang mereka kata seperti itu.. untuk perkataan world.. ^_^ acik sangat minat tentang aadk dan cuba membantu mereka ini. Semoga usaha Bro Khir ini dapat keredhaan Allah..

  5. alamakk… saya nak tubuh company saya dengan nama ade perkataan WORLD tu… dengan harapan akan lebih menggempak & mengeworldkan bisnes… adoiii

  6. ooo al-kisahnya..
    terima kasih info..
    lama sgt tak singgah sini,maafkan saya…

  7. moga terhindar dari segala perbuatan penagihan dadah tu…barulah world!!

  8. baru tahu ada maksud disebalik perkataan world.

  9. AvatarAnonymous

    O…biasa klu arak dorg cakap 'high'. Baru tau penagih guna istilah 'world'. Tq khir..

  10. KK,jujurnya saya betul2 anti dengan penagih dadah terutama yang dah berkali kali keluar masuk pusat tapi masih tidak berubah… pernah beri peluang tetapi peluang itu berkali kali..saya akui amat lah tidak elok bagi kita membenci manusia lain tetapi golongan yang dah berkali kali tak nak berubah ni memang xsyg pada diri mereka sendiri..ada sebab lain juga saya anti tapi tidak lah membenci sampai nak buat benda tak elok..

  11. terfikir…acaner kalau mawi terbaca entry ni? dia senyum ke dia akan nanges? 😉

  12. Ooo…begitu kah kaitan nye…baru tau…
    apa pun sokongan masyarakat sekeliling serta org tersayang amat diperlukan bagi memberi semangat kpd penagih utk pulih…
    thanks for sharing =)

  13. Ooo…begitu kah kaitan nye…baru tau…
    apa pun sokongan masyarakat sekeliling serta org tersayang amat diperlukan bagi memberi semangat kpd penagih utk pulih…
    thanks for sharing =)

  14. Realiti masyarakat sekarang suka menghukum tanpa membantu. Kita seharusnya mendampingi bekas2 penagih supaya mereka tidak kembali menagih. Mengenai perkataan world tu sebenarnya dah lama digunakan oleh penagih2 ni. Dah macam keyword bagi penagih.

  15. Baru tahu tentang perkataan world ni…rupanya dah lama digunakan oleh penagih dengan kefahaman mereka sendiri…

    1. Sokongan moral dari ahli keluarga dan masyarakat sekeliling membantu pemulihan dan semangat penagih..

  16. AvatarLynn Munir

    Wooh, ya ke ? Dashyat world dia orang. Saya baru tahu maksud sebenar perkataan ni.

  17. NAK MENGELAK TU SUSAH KALAU DAH SEKALI TERJEBAK SAMA…TAPI KALAU KELUARGA BG DORONGAN…INSYAALLAH…

  18. mawi dulu pernah guna tagline ni WOrld. 😀

  19. perkataan world itu sendiri membawa maksud kurang sihat..ho..ho..

  20. Saya pun teringat kat Mawi masa baca tajuk entri ni…huhu

  21. Dadah…cegah sebelum parah.
    Bekas penangih perlu kuatkan semangat. Sokongan keluarga juga sangat perlu. Dan sebagai anggota masyarakat, jangan pula memandang serong jika ada usaha yang sebagini. Sebaiknya berilah sokongan bersama sama..

  22. Begitu cerita nya..macam mana la mawi boleh terfikir guna wording world tu ye

  23. Btw..penagih dadah ni perlukan sokongan moral masyarakat setempat utk mereka berubah,sokongan keluarga paling penting

  24. Selama ni tak tahu pulak penagih dadah guna perkataan ni..Ingatkan Mawi World jer hehehe..Thanks KK atas ulasan yang cukup baik ini..Kekadang kita ni kan bila tak tahu kalau ada yang bagitahu kita rasa bersyukur dapat mengetahui..

  25. AvatarIja Rased

    ooo..ada maksud lain..baru faham..thanks

  26. WORLD lah sgt kan…aduhh!!!!

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.