Keusahawanan Sosial MalaysiaKeusahawanan 

Perkara Tentang Keusahawanan Sosial Yang Kita Perlu Tahu

Keusahawanan Sosial telah mula diterima kebanyakkan usahawan dan industri hari ini sebagai satu model membangunan perniagaan untuk bersaing lebih mampan dalam strategi yang dilaksanakan. Ia mendapat perakuan pelbagai industri sebagai elemen penting dalam era kini.
 
Lebih sedekad yang lalu sejak mula mendapat perhatian di Malaysia, ia antara platform yang membantu menambahbaik sistem masyarakat dan kelestarian sosio-ekonomi. Pelbagai inisiatif diketengahkan oleh kerajaan, swasta dan institusi-institusi berkaitan bagi menggalakkan perkara tentang  Keusahawanan Sosial agar terus subur dan berdaya saing.
 
 

Perkara Tentang Keusahawanan Sosial

 
Apa itu keusahawanan sosial ada saya perjelaskan dalam artikel bertajuk; Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah’. Artikel tersebut mendapat pelbagai reaksi melalui email dan whatsapp sebagai pencetus mengetengahkan ‘Social Enterprise’ dalam elemen sosio-pendidikan.

 

Atas faktor tersebut juga, saya telah berkongsi status berkaitan Keusahawanan Sosial di LinkedIn. Ia pandangan yang pernah saya nyatakan dalam satu pertemuan pihak komersil dan akademik di Universiti Malaya.
 
Status tersebut mendapat respon dari connections yang baru dikenali dan terkait dalam konteks motivasi sosial. Boleh dikatakan, dalam pelbagai perbincangan institusi dan industri, Keusahawan Sosial dilihat sebagai elemen penting membina kelestarian sosio-ekonomi masyarakat sejagat.
Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Keusahawanan Sosial Adalah Satu Perniagaan

 
Keusahawanan Sosial adalah perniagaan atau lebih tepat menjadi budaya atau sebahagian strategi perniagaan. Model yang digunapakai usahawan sosial sebenarnya merupakan model perniagaan yang diperbaiki dari aspek keperihatinan sosio-masyarakat era baru.
 
Apa yang membezakan dengan keusahawanan konvensional yang hanya terarah keuntungan ‘monitery’, adalah sistem perniagaan yang menjurus kelestarian alam sekitar, menyelesaikan isu sosial, pemerkasaan pendidikan atau pelbagai lagi konteks keuntungan ekonomi dan sosial.
 
Keusahawanan Sosial bukan Badan Kebajikan atau Non-Profit Body. Ada juga yang menyamakannya dengan Aktivisme, malah mendefinasikan perkataan ‘sosial’ kepada kegiatan ‘aktivisme’. Keusahawanan Sosial merangkumi pelbagai aspek ‘goodwill’ perniagaan itu sendiri.
 
Paling penting perlu kita ambil kira adalah fakta kajian lapangan yang menunjukkan trending keusahawanan sosial bakal mengubah kepercayaan konvensional perniagaan beberapa tahun lagi.

 

Kemajuan tidak dipengaruhi elemen teknologi semata-mata tetapi fahaman Millennials dan cluster generasi seterusnya yang cenderung menguasai keusahawanan sosial dalam aspek kerjaya.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,
 

Keusahawanan Sosial Dalam Model Perniagaan

 
Perkara tentang Keusahawanan Sosial ini sebenarnya telah mula aktif penghujung 90an di Barat. Pada masa itu saya menceburi bidang asset management dan bertugas ke beberapa negara Eropah.

 

Walaupun masih baru, beberapa negara di Eropah telah sepakat menubuhkan sebuah kementerian khusus sebagai jabatan yang menyelia program-program Keusahawanan Sosial bernilai ratusan juta dollar sebagai komitmen membangunkan usahawan tempatan dan masyarakat yang dinamik.

 
Antara contok terbaik rujukan pengkajian sosial adalah Restoran Fifteen di United Kingdom milik chef dan personaliti TV terkenal, Jamie Oliver. Ia merupakan restoran eksklusif bercitarasa tinggi, namun ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda tersasar agar mempunyai skill memasak dan penyediaan makanan yang diiktiraf, dan dibimbing menjadi insan berjaya.
Restoran Fifteen di United Kingdom milik usahawan sosial, chef dan personaliti TV terkenal, Jamie Oliver,
 
Sebaliknya di Malaysia, ada beberapa senarai syarikat yang mengusahakan perniagaan disamping membuka peluang keusahawanan dan latihan kepada insan-insan tersasar. Tapi kebanyakkan mereka tidak mahu mendedahkan kepada umum disebabkan persepsi masyarakat kita yang dikuatiri boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
 
Ada pelbagai lagi senarai Usahawan Sosial besar, sederhana dan kecil, tempatan dan antarabangsa melalui jenis-jenis perniagaan yang dijalankan. Terdapat juga inisiatif tempatan yang sebenarnya disediakan dalam membangunkan kerjaya Keusahawanan sosial ini.
 
Selain itu, antara yang giat memperkasa keusahawanan sosial dalam sektor pendidikan di Malaysia adalah Tan Sri Dato’ Sri Dr Jeffrey Cheah, pengasas Kumpulan Sunway melalui Jeffrey Cheah Foundation dengan dana yayasan yang telah mencecah RM1 billion.
 
Justeru, aspirasi lanjutan akan saya kongsikan dalam artikel mendatang. Sebahagian penglibatan Keusahawanan Sosial dalam pembangunan sosio-remaja dan akademik juga ada saya abadikan di blog ini sebagai portfolio rujukan pembaca dan industri.
 
 

Related posts

16 Thoughts to “Perkara Tentang Keusahawanan Sosial Yang Kita Perlu Tahu”

  1. Ramai yang berjaya dalam keusahawanan sosial mesti berani mencuba…

    1. Setuju kak.. nampaknya mcm semakin bnyk industri bergerak ke arah ini sekarang.

  2. wahh modul keusahawanan macam nih dah boleh diterapkan utk pelajar universiti ni kk. dulu belaja entrepreneur je.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    1. Betul tu Uyul.. ini antara usaha yg cuba diketengahkan bersama beberapa uni dan industri. Pengisian keusahawanan pun ada suntikan baru juga.. ada yg dah laksana, ada yg belum.. tak selaras lagi.

  3. kalu dulu tampak mustahil tp kini mcm dah jd sebahagian drpd keperluan

    1. Betul tu Anies.. bnyk persaingan industri dan guna pendekatan keusahawanan sosial ni dan semakin brkembang.

  4. Goodwill perniagaan adalah aset terpenting sesuatu perniagaan.

  5. sangat setuju, kadang nampak mustahil, tapi kalau kita buat betul2 dengan good will pasti boleh.

  6. Kena ubah mentaliti asyarakat kita berkaitan keusahawanan sosial nih..keusahawanan sosial jika buat betul betul pasti akan berkembang

  7. Keusahawan sosial mesti menitikberatkan kepada elemen kesungguhan untuk terus maju bersaing agar tidak mudah diganggu-gugat oleh unsur-unsur negatif yang boleh mencacatkan nilai keusahawan itu sendiri.

  8. Artikel ini boleh membuka minda masyarakat agar membantu anak muda yang tersasar dengan pendedahan keusahawanan sosial. Walau bagaimanapun seperti yang tuan sebut, ramai yang tidak sanggup mengambil risiko ini dan lebih menjaga reputasi perniagaan.

  9. bidang yang paling hot sekarang ni ostad

  10. […] juga pengisian; > Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial > Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah > 1M4U Fabrik Kasih Bersama Sunway Di […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.