Peringkat Ilmu Dalam Kehidupan Duniawi
Kita sering diperingatkan tentang kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. Kita juga sedia maklum bahawa menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap individu untuk maju dalam persaingan hidup di muka bumi ini.

 

Secara jujur, bidang akademik bukan sesuatu yang saya minati sewaktu di alam persekolahan, namun apabila mula memasuki pengajian kolej dan universiti, kesedaran mendalami ilmu hadir melalui minat dengan izinNYA… syukur Alhamdulillah. Walaupun pelbagai dugaan kehidupan, menuntut ilmu tetap menjadi wadah yang tidak sesekali diperkecilkan.

 
Ilmu
 

Ilmu Dalam Kehidupan Muslim

 
Sebagai seorang muslim, kita disyariatkan untuk sentiasa mencari ilmu. Saya berpendapat, ilmu bukan hanya boleh ditimba secara formal di sekolah atau institusi-institusi pengajian, malah kita sebenarnya telah dihidangkan dengan pelbagai ilmu di sekeliling kita setiap masa.

 

Terpulang kepada kita untuk mencerna dan mengenali ilmu yang ada. Menurut pendapat kebanyakkan para ilmuan, orang yang berusaha mencari ilmu akan sentiasa memperolehinya setiap hari dan ketika sebagai ibadah yang bukan sahaja bermanfaat di dunia malah mampu memberati timbangan amal apabila di akhirat kelak.

 
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh At Tirmizi bermaksud; “siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berjuang fisabilillah hingga dia kembali”. Begitulah mulianya ilmu yang baik di sisi Islam. Ruang ilmu dalam kehidupan ini cukup besar untuk kita terokai walaupun ia hanya diibaratkan seperti setitis air di laut jika dibandingkan dengan kebesaran Allah swt.
 

Peringkat Ilmu, Bahagian Dan Golongan Insan  

 
Terkesan dengan kata-kata dalam satu tazkirah menyatakan “ilmu itu terbahagi kepada 3 peringkat. Jika seseorang memasuki peringkat pertama, maka akan wujud perasaan sombong. Sekiranya memasuki peringkat kedua, dia akan tawadu’ dan sekiranya memasuki tahap ketiga, dia akan merasai dirinya tidak memiliki apa-apa.”. Sesungguhnya kata-kata tersebut ada kebenarannya jika kita menyelami kehidupan di sekeliling kita.
 
Menurut apa yang diperkatakan lagi, jika kita dapat membenamkan perasaan peringkat pertama yang terhasil dalam proses menuntut ilmu maka dengan izinNYA kita pasti merasai rendahnya diri dan tergolong dikalangan peringkat kedua dan ketiga.

 

Namun jika kita merasai bahawa ilmu kita sudah cukup dan berada ditahap tertinggi maka itu menandakan kita masih bergelumbang dengan naluri ilmu peringkat pertama tersebut. Ia menjadi peringatan buat diri saya sendiri serta dikongsikan untuk renungan bersama, in shaa Allah.

 
Ilmu itu cahaya
 

Berkongsi Ilmu Sebagai Peringatan Dan Keinsafan Diri

 
Justeru, jika kita berhadapan dengan keegoan ilmu seseorang dalam urusan yang kita jalani, maka jadikanlah ia sebagai sempadan peringatan yang menginsafkan diri. Doakan mereka agar dapat keluar dari peringkat pertama tersebut dan terpelihara dari tergolong dikalangannya.

 

Mudah-mudahan kita juga beroleh pahala kebaikan atas doa, kesabaran dan keinsafan kita. Janganlah kita jadikan ilmu kurniaan Illahi ini pakaian yang menambah keegoan dan kesombongan kerana ia pastinya akan merosakkan diri dan membinasakan hati… nauzubillah.

 
Sekadar berpesan-pesan kepada kebenaran untuk peringatan dan kebaikan bersama.
 

19 Thoughts to “Peringkat Ilmu Dalam Kehidupan Duniawi”

  1. AvatarLynn Munir

    Nabi pernah berkata; tuntutulah ilmu walau di negeri China.
    Bijak pandai berkata : 1. Hidup itu adalah pembelajaran yang tiada penghujungnya, makin banyak yg kita belajar,
    makin banyak sebenarnya yg kita tak tahu.
    Salam kamis KK.

  2. AvatarAnonymous

    sharing is caring.. tq khir..gunakan ilmu yang ada sebaiknya.

  3. Ilmu ini banyak cabangnya dan tak akan habis kita belajar kerana setiap masa akan ada ilmu baru…

  4. Ilmu di bumi Allah ini sangat luas. Moga tidak menjadi sombog dan takbur di atas kurniaan ilmu yang datangnya dari Allah juga.
    Nice sharing Khir

  5. Alhamdulillah satu perkongsian menarik dan berguna utk kita semua.Ilmu yang baik jika dikongsi bersama banyak pahala kita dapat..Cabang ilmu mmg terlalu banyak dan terlalu dalam utk kita gali …Jika ada ilmu berguna tak salah kiranya kita sama2 berkongsi..sama2 mendapat ilmu sama2 mendapat kebaikan..Nivee sharing KK

    1. Hehehe typo plak ..nivee tuuu Nice laaa..

  6. Kita perlu selalu tekankan ketinggian ilmu dalam sesebuah keluarga

  7. org berilmu akan di pandang mulia

  8. org berilmu juga tinggi darjatnya…cari lah ilmu..ilmu ada di mana tidak semesti terhad melalui bacaan sahaja

  9. Alhamdulillah. Berpeluang untuk membaca penulisan ini. Terbuka jugalah mata ni. Terima kasih. Betul, ilmu itu sesuatu yang kita perlu cari selagi kita mampu.

  10. Avatarikhwan yusuff

    Alhamdulillah..perkongsian yg baik En.Khir…. terima kasih… moga kita terus berusaha untuk mendapatkan ilmu… tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad….

  11. perkongsian yg baik..
    setiap org binasa, kecuali yg berilmu
    setiap yg berilmu binasa, kecuali yg beramal
    setiap yg beramal binasa, kecuali yg ikhlas..

  12. Ilmu merupakan harta yang paling bahagia. Ilmu dipelajari tiada batasannya selagi terdaya.
    Perkongsian yang menarik dan terbaik.

  13. Salam…Khir Khalid. Semoga ilmu yang kita pelajari akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah Taala bukannya semakin ego dengan ketinggian ilmu yang dapat dipelajari itu. jauhi daripada riak.

  14. memang penting sangat ilmu tu… kalau x, kita nak jawab dengan sesiapa pun susah.. jadilah macam _____________.

    kalau orang yang berilmu, dia tahu bila perlu berbicara, bila perlu diamkan diri… orang berilmu akan berkongsi apa yang dia fahami

  15. AvatarCetusan Minda

    lagi byk kitacari ilmu , lagi byk yg kita baru tahu dan berkongsilah ilmu yg kita tahu … mlm2 ni ikea asyik melambai2 je .

  16. beza manusia dgn makhluk lain adalah dgn ilmu

  17. Semakin banyak ilmu yang kita ada semakin banyak lagi yang perlu kita pelajari..ilmu takakan terhenti kecuali kita meninggal..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.