Perihal Zakat Fitrah Sempena Ramadan – Bulan suci Ramadhan semakin beransur-ansur mengundur diri. Malam suci penuh barakah, Lailatul Qadar kini sedang dinanti penuh pengharapan. Tiada juga alpa sekelian insan, menanti hadir Syawal bertandang penuh ceria kemaafan serta permuafakatan.

Dalam hari-hari Ramadhan yang berbaki ini juga, saya berharap masih tiada kelewatan berkongsi pesan kepada kebaikan berkenaan zakat merangkumi zakat fitrah yang menjadi tuntutan buat kita yang layak dalam bulan Ramadhan ini. Semoga ia sentiasa tidak dipandang remeh dan memberi faedah peringatan yang baik buat kita semua, in shaa Allah… amin.

Sahabat pembaca yang dihormati sekelian; Berdasarkan Hadis riwayat Bukhari…

“Barang siapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya, kelak pada hari kiamat dia akan dibayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan mempunyai dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkeram kedua rahangnya seraya berkata, “Aku harta mu, aku pusaka simpanan mu.” Kemudian Nabi s.a.w membaca firman Allah surah Al Imran ayat 180, “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaanNya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu amatlah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan yang ada di langit dan di bumi.”


Rasulullah s.a.w bersabda lagi;

“Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada sasaran yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksanaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya.”
(Hadis riwayat Bukhari).


Perihal zakat fitrah dibulan Ramadan. Bersama-samalah kita saling menyampaikan dan ingat-mengingati, juga berpesan-pesan ke arah kebaikan. Sesungguhnya dalam setiap rezeki kita, ada bahagian yang telah ditentukan untuk insan yang lain.

Maka jangan lupa dan leka untuk menunaikan zakat bagi kita yang berkemampuan serta berkelayakan. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati dengan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.

Salam Hormat Salam Berkat
Khir Khalid.

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

4 Comments

  1. Peringatan yang baik Khir..salam 23 Ramadhan k

    1. Wkmsalam.. Alhamdulillah, T kasih Raudzah.

  2. Salam 23 Ramadhan Khir. Semoga kita tidak termasok di dalam golongan hamba-hambaNya yang bakhil dan kikir

    1. Wkmsalam Kak Nah.. In Shaa Allah, semoga kita sentiasa dibawah perlindunganNya.. amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.