Perunding Pembangunan Insan, Rumah Perantaraan,Featured Pendidikan 

Perbezaan Rumah Perantaraan Dan Perlindungan

Perbezaan Rumah Perantaraan Dan Perlindungan – Ada beberapa rangkaan modul intervensi yang menekankan pengenalan tentang perbezaan Rumah Perantaraan dan Perlindungan. Ia bertujuan agar tiada salah faham terutama dikalangan penuntut generasi kini dalam memahami fungsi dan peranan kedua-dua ‘Rumah’ tersebut.

Bila kata soal ‘rumah’ pastinya kita semua tahu ia tempat tinggal dimana kita menetap, atau dalam kata lainnya tempat berteduh yang selesa, harmoni dan ada privacy. Tapi ada sesetengah segmen masyarakat yang tidak mampu memiliki ‘rumah’ seperti itu disebabkan sejarah hitam yang pernah mereka lalui.

Mereka golongan yang mahu berubah membina kehidupan baru, tapi memerlukan sokongan masyarakat, malah memerlukan rumah bagi satu tempoh tertentu sebelum mereka mampu berdikari kembali.

Rumah Perantaraan WPKL

Perbezaan Rumah Perantaraan Dan Perlindungan

Saya pernah menulis artikel tentang Rumah Perantaraan dan Rumah Perlindungan sebelum ini dan dibentangkan dalam beberapa sharing session penuntut institusi berpotensi. Rujukan lanjut juga boleh dibaca melalui link artikel yang saya sediakan.

Oleh itu, saya perjelaskan secara sederhana tentang maksud dan peranan Rumah Perantaraan dan Perlindungan dalam konteks pembangunan insan di Malaysia dan seluruh dunia.

Peranan Rumah Perantaraan

Rumah Perantaraan atau juga dikenali sebagai ‘Halfway House’ diwujudkan bertujuan menjadi jambatan penghubung dalam proses integrasi golongan tersasar seperti bekas banduan insaf kepada masyarakat dalam proses memulakan kehidupan baru.

Ia dicetuskan melalui makmal pengurangan jenayah (crime lab) yang menjadi fasiliti rawatan (treatment facility) lanjutan bagi menghindarkan jenayah atau penagihan dadah berulang dengan menyediakan bimbingan kaunseling dan motivasi termasuk peluang pekerjaan.

Rumah Perantaraan merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan beberapa NGO dibawah kebenaran dan pentauliahan Kementerian Dalam Negeri.

Penghuni Rumah Perantaraan biasanya tiada tempat untuk mereka tuju setelah dibebaskan, mungkin disebabkan tiada lagi keluarga terdekat atau keluarga belum bersedia menerima mereka kembali. Mereka menetap untuk tempoh waktu tertentu sebelum berpindah ke tempat yang disediakan majikan atau bersedia menjalani kehidupan sendiri.

Baca: Rumah Perantaraan WPKL

Peranan Rumah Perlindungan

Rumah Perlindungan mempunyai pelbagai jenis, namun diwujudkan atas dasar memberi perlindungan kepada golongan-golongan tersasar dan kurang bernasib baik. Ia menjadi tempat berlindung bagi wanita teriniaya dan juga remaja-remaja tersasar.

Kebanyakkan Rumah Perlindungan dibangunkan atas tujuan melindungi wanita teraniaya dan terlanjur, memberi bantuan dan bimbingan, kaunseling dan motivasi sewajarnya agar mereka dapat pulih bagi meneruskan rona cabaran kehidupan dengan tabah.

Ada dikalangan mereka yang teraniaya, ditipu hingga terlanjur, malah tidak diterima keluarga atas khilaf aib yang berlaku. Rumah Perlindungan menjadi tempat tinggal dan mengadu selagi keluarga belum mampu menerima mereka kembali atau selagi mereka belum mampu berdikari.

Selain itu, terdapat juga rumah-rumah perlindungan yang dibangunkan atas dasar lain seperti Rumah Perlindungan untuk kanak-kanak dari latarbelakang kehidupan kurang bernasib baik.

Inisiatif Rumah Perlindungan dibangunkan melalui pelbagai pihak termasuk NGO, organisasi swasta dan korporat melalui pembiayaan dana dan pengurusan, termasuk kerjasama dan sokongan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri.

Baca juga: Kisah Gadis Dan Rumah Perlindungan

Peranan Rumah Perlindungan

Platform Pemutihan Pembangunan Insan

Perbezaan Rumah Perantaraan dan Perlindungan, secara ringkas keduanya dibezakan dengan jelas iaitu, Rumah Perantaraan bagi mereka yang telah melalui proses perundangan dan hukuman manakala Rumah Perlindungan bagi yang tersasar dan teraniaya. Namun ia berperanan atas tujuan yang sama sebagai platform pemutihan dan pemulihan insan.

Amanah terlibat dalam pemerkasaan modal insan kedua-dua platform tersebut juga sentiasa menjadi pengajaran membina kepada diri ini dan akan terus disampaikan melalui intervensi kesedaran institusi agar kita sentiasa menghargai anugerah kehidupan.

Baca lagi pengisian membina;

Kempen Women’s Aid Organisation Tentang Keganasan Terhadap Wanita

Related posts

6 Thoughts to “Perbezaan Rumah Perantaraan Dan Perlindungan”

  1. Hakikatnya kedua-duanya untuk memberi peluang tempat berteduh yang selamat,selesa dan sah.Secara tidak langsung sedikit sebanyak ianya dapat mengwal atau membendung kes atau sebarang situasi yang tidak diingini kembali berlaku.Menghadapi penerimaan keluarga dan masyarakat bukan mudah.Dengan adanya rumah perantaraan..dan rumah perlindungan ini dapat juga mencairkan suasana atau situasi yang tegang dan memanas.
    Perdu Cinta recently posted…Noktah! Mulakan Di Garisan BaharuMy Profile

    1. Betul tu PC.. nasib kita semua tak sama, malah ada lagi yg lebih mencabar rona kehidupannya yg dihadapi. Perkara yg berlalu dijadikan iktibar, jika mahu berubah ke arah yg lebih baik, in shaa Allah pasti ada pihak yg sudi bantu.

  2. agak sukar juga untuk mereka kembali ke pangkuan masyarakat setelah melalui fasa kesilapan hidup mereka..

    mereka sudah insaf dan bertaubat namun masyarakat belum dapat menerima ,,

    inilah ujian buat mereka dan harga yang perlu dibayar apabila sudah buat silap

    1. Betul tu tuan.. malah ada sesetengah perlu membayar harga yg sgt tinggi dan tidak dpt diukur dari nilai wang ringgit tetapi harga sebuah kehidupan.

  3. yg penting ada tempat utk mereka berlindung… dan mereka dijaga dgn baik.. hrp pd ms hadapan akan ada lbh byk rumah sebegini…
    anies recently posted…بندر سري بݢاوان بروني دارالسلام : مسجيد جامع عصر حسن البولكيهMy Profile

  4. besar peranan kedua2 rumah ni. cuba bayangkan kalau rumah2 tak wujud, ke mana mereka nak tuju kan. masyarakat tak semua yang boleh terima insan2 istimewa ni. tahniah buta NGO2 dan agensi2 yang terlibat.

Leave a Comment

CommentLuv badge