Peranan Masjid Dari Tinta SejarahMotivasi 

Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah

Peranan masjid dari tinta sejarah – Masjid merupakan pusat utama bagi umat Islam. Di sinilah kita bertemu untuk mempertingkatkan ibadah, keimanan dan memperkukuhkan silaturrahim. Memahami pengertian masjid, ia sebenarnya membawa makna lebih luas dari sekadar tempat beribadah dan bangunan yang tersergam indah.
Gambar hiasan – google

Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah

Jika diteliti dari tinta sejarah, institusi masjid merupakan satu kekuatan umat Islam suatu masa dahulu. Ia satu permulaan kepada pembinaan negara Islam. Masjid Nabawi telah dibina sebagai pusat pentadbiran negara Islam kota Madinah. Seiring dengan penyebaran Islam, pembangunan masjid turut
tersebar. Setiap wilayah yang mendapat syiar Islam, pasti akan dibangunkan masjid sebagai mercu tanda kekuatan Islam.

Masjid sebagai pusat ilmu
Masjid ketika itu berperanan sebagai pusat ibadah
yang amat luas merangkumi aspek fardu ain dan kifayah. Ia menjadi jantung utama
untuk kegiatan pentadbiran, pusat pembelajaran, pusat sosial dan kemasyarakatan,
pengukuhan strategi ketenteraan dan tempat pertemuan wakil-wakil wilayah lain
yang ingin bertemu dengan pemerintahan Islam. Selain itu, ia membuka ruang berteduh
kepada golongan fakir miskin sebelum diberikan jalan untuk beroleh tempat
tinggal, golongan musafir dan sebagai pusat komuniti membina salsiah ummah.
Justeru, tidak hairanlah umat Islam berjaya mendominasi keilmuan dan kemajuan
yang mengkagumkan ketika itu. Fungsi masjid benar-benar dimanfaatkan dan
digunakan secara maksimum.
Malangnya, dengan kehadiran revolusi barat dan kebangkitan rakyat Eropah (Renaisance) yang menentang pemerintahan berteraskan agama telah banyak tercalit kepada pemikiran masyarakat kita. Sejarah penentangan barat terhadap kemunduran ideologi pemikiran yang lahir dari institusi gereja sebagai pusat pentadbiran, pendidikan, sosial dan kemasyarakatan telah berjaya meleraikan pengaruh gereja sebagai institusi pentadbiran masyarakat. Ia tersimpan dalam lipatan sejarah dunia sebagai pengakhiran zaman yang dipanggil zaman kegelapan (dark ages) seterusnya mewujudkan sistem pentadbiran barat yang ada pada zaman moden kini.
Masjid pusat pengukuhan sosio-ekonomi masyarakat

Memartabatkan Masjid Sebagai Institusi Pengukuhan Ummah

Maka marilah bersama-sama kita renungkan, adakah sistem pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw itu dikategorikan juga sebagai ‘Dark Ages’ atau era zaman kegelapan yang menyekat kemajuan manusia sepertimana yang berlaku di Eropah terhadap pegangan institusi pentadbiran agamanya? Cukuplah, zaman jahiliah dicatat sebagai zaman kegelapan dalam sejarah Islam.

Hakikatnya, Islam tidak dapat dipisahkan dengan institusi masjid. Melalui masjid sebagai pusat dakwah dan pengukuhan sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat akan dapat melahirkan generasi yang
celik agama dan berupaya mempamerkan Islam sebagai agama yang menepati fitrah semulajadi insan.

Masjid menjadi tapak memperkasa Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna.

Related posts

42 Thoughts to “Peranan Masjid Dari Tinta Sejarah”

  1. salam jumaat khir.. kini pelbagai program telah diadakan untuk mengimarahkan masjid.. namun masih ada segelintir golongan manusia yang semakin jauh dari masjid dengan alasan terlalu sibuk dengan urusan duniawi.. seharusnya ibubapa memainkan peranan untuk mengajar anak-anak sejak dari kecil untuk mendekati rumah Allah ini.. ajaklah anak-anak untuk menunaikan solat berjemaah dan mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh masjid.. menabung 2churp,2h12,1visa unutk khir..

  2. saya tgk masih ada lagi segelintir manusia menjadikan masjid tempat gelanggang berpolitik, masih tak serik2 betul diaorang ni..tolong la jgn jdikan masjid tempat berpolitik..ianya tempat kita beribadah….bersedekah di hari jumaat..^_^ chrupX1,visax1

  3. perkongsian yang bagus en.khir.. salam jumaat.. singgah menabung.. 🙂

  4. ada sesetengah org dah menyalah gunakan masjid kan..salam jumaat en.khir menabung inti & british council

  5. Salam Jumaat tuan Khir…perkongsian yang bermakna…terima kasih 🙂

  6. saat negara barat ditadbir oleh gereja, dipanggil dark ages.. tapi saat itu, kerajaan islam ditadbir oleh khalifah dan kita mengalami fasa 'gold ages'… hakikat pentadbiran dalam islam x sama dengan agama lain.. kita maju apabila bersama islam.. manakala mereka mundur bila ditadbir dengan agama mereka.

    jadi, untuk berjaya negara barat perlu sekular kan pentadbiran. jadikan agama hanya dalam gereja sahaja. cara hidup, pentadbiran semua dipisahkan dari agama.

    malangnya, kita yg sedia maju pada masa dulu kerana pentadbian berasaskan agama kini terikut dengan sekularisme yg dibawa barat. nah, lihat sekarang apa yang jadi..

  7. fungsi masjid zaman ni dah byk lari drp zmn rasulullah serta sahabt …

  8. Fungsi masjid perlu di lihat dalam aspek yang lebih besarkan KHir. Zaman keagungan Islam itu yang sebenarnya berlaku. Tapi sekarang ni, peranan masjid begitu terbatas. Ada masjid yang dikunci pun..Hanya dibuka untuk solat. Hmm..

  9. Salam Jumaat . INTI & INTI & INTI for you!!!

  10. AvatarAnonymous

    salam jumaat khir..sekarang ni masjid menjadi tempat² orang melakukan maksiat dan jenayah juga..moga kita sama² menjaga kesucian masjid dan surau daripada tindakan negatif sebegini.

  11. Assalamualaikum. alangkah indahnya kita dapat meneruskan perjuangan dan sistem yang sama seperti zaman dahulu. pastinya negara aman, harmoni.. Allahurabbi..

  12. Salam Jumaat Khir..
    Masjid diakhir zaman .tersergam indah.tetapi tidak ramai dengan makmumnya..Allah Akhbar..:)

  13. sekarang masjid hanya penuh pada masa2 tertentu ja…

  14. Salam Jumaat.Kalau boleh perbanyakkan aktiviti keagamaan di masjid…tapi bukan berunsurkan politik.

  15. Salam Jumaat Khir…agreed with u on this..banyak lagi sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh pihak masjid dan bukan terhadap untuk menjadi tempat untuk bersembahyang sahaja…

    Regards,
    -Strider-

  16. Salam Khir…perkongsian yang bagus Khir…peranan masjid harus diperluaskan…bukan sekadar untuk tempat beribadat sahaja…

  17. Masjid adalah tempat dimana umat Islam dari pelbagai kelompok berkumpul dan berhubung antara satu sama lain. Namun, hal ini semakin sukar untuk diketemukan dalam masyarakat masa kini. Kebanyakan umat Islam masa kini lebih sibuk dengan urusan mencari rezeki dunia dek kerana kenaikan kos sara hidup yang semakin menyempitkan ruang dan waktu kita bagi setiap individu.

  18. Masjid syurga dunia ku…datang menabung di sini…

  19. fungsi dan peranan masjid itu sendiri makin banyak dilupai pada zaman ini
    mana taknya, kepentingan duniawi lebih diutamakan

  20. zaman dulu memang jenis mengimarahkan masjid.. macam2 ada. jadi pusat ilmu..
    sekarang ini dah mcm dilupakan. masjid cantik2 tapi xd orang

  21. sangat bagus sekali maklumat di zaman rasullulah masjid di jadikan kawsan untuk berniaga dan melakukan aktiviti bermusyawarah dan sebagainya.. kecewa dengan sekarang ada mereka menggunakan masjid sebagai tempat politik

  22. nice info En.Khir..Zaman skrg pun org dah mula mengimarahkan masjid..walaupun tidak sama peranannya 100% spt zmn Rasulullah.. yg penting ada usaha kan..

  23. Menarik ulasan nie. Fungsi Masjid itu sebenarnya luas tidak terhad kepada aktiviti solat, baca Quran dan lain sebagainya.. Kita sahaja yg sempitkan konsep masjid itu… 🙁

  24. Salam jumaat. Masjid salah satu tempat untuk mencari ilmu.

  25. Pengkongsian yang amat berguna dan berilmiah…… salam jumaat saudara Khir… 😀

  26. masjid berperanan besar sebagai pusat dakwah.. 2churp2,3h12,1edu uk.. D

  27. Tapi kebanyakan mesjid hari ini hanya sekadar hiasan. Tidak berdaya saing untuk mengumpulkan ummah malah lebih teruk bila menjadi punca perpecahan ummah. Siapa salah ? Mesjid hari ini kadangkala terimej sebagai mengumpul komuniti yang eksklusif, tidak mesra alam malah tidak dapat lagi dijadikan sandaran mahupun sebagai tempat berlindung seperti di zaman Rasulullah s.a.w. Mengimarahkan mesjid itu membanggakan tapi yang lebih penting adalah 'pengisian' yang dibawa pulang setiap kali meninggalkan kawasan mesjid.

  28. Tanda kiamat, orang berlumba-lumba bina dan cantikkan masjid tapi berapa kerat sahaja yang hadir untuk solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti di dalamnya?

  29. Masjid sbg hiasa je skrg abb mmg ptnda akhir zmn.. Msjd gah tapi tiada jemaah..

  30. Mari kita imarahkan masjid. Mudah sahaja kita nak menjatuhkan yahudi dan penentang Islam ni…Mari kita sembahyang berjemaah di masjid. InsyaAllah…telah dijanjikan, jika sembahyang subuh berjemaah ramai seperti sembahyang jumaat…maka hancurlah yahudi dan penentang Islam ini.

  31. Perkongsian yg bagus..thanks Khir

  32. perkongsian yg baik….Masjid mmg memainkn peranan pnting..tapi ap yg sy tgk sekrg bnyk masjid hnya tertumpu kpd pusat beribadah semata2..ptut jdkn satu renungn..

  33. masjid adalah tempat yang menenangkan..walau dimanapun duduk letaknya dimuka bumi ini…

  34. Tersergam kukuh masjid di negara Islam seperti Malaysia ini melambangkan bahawa kita masih punya kekuatan keimanan dalam menyatupadukan masyarakatnya. Moga masjid dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang lain juga.

  35. Masjid juga mnjadi lambang islam itu sdri.tp skrg ank2 muda lebih memilih tmpt2 yg lebih kpd keseronokkan dunia.

  36. Kita perlu wujudkan satu tarikan yang membolehkan masjid terus menjadi lebih gah di dalam sesebuah komuniti

  37. betul sebenarnya fungsi masjid banyak peranannya.teringat kuliah yg dilihat di tv 3..petang jumaat..
    ustaz tu ckap..punca utama kenapa ramai yang tak mahu pergi ke masjid slpas pertama kali singgah ke masjid antara sbabnya khairiah yang selalu p masjid.. yang suka buat andaian bukan2 means..perli2 so membuatkan golongan ini merasakan masjid jauh dripada mereka ..

    menabung di sini 😛

  38. satu lagi ilmu bermanfaat untuk deno hari ni 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge