Penjara Sejahtera, Perunding Pembangunan Insan,
Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan – Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia
ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara…
Apabila saya mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam perihal kepenjaraan, ada juga timbul suara-suara sengal berkata tentang “badi”, “sial” atau “suey”… Ada yang berkata, “banyak peluang lain, apahal penjara dijadikan prospek kerjaya… sueylah!!”.
Sememangnya banyak peluang lain jika difikirkan, namun berdasarkan seru hati serta pengalaman membuatkan saya bertekad untuk terlibat membantu jiwa insan agar diri ini juga dapat dibantu, in shaa Allah. Cuma apa yang saya terkilan ialah dalam kebijaksanaan sesetengah orang, boleh pula berkata tentang badi, sial dan suey. Ketahuilah, kepercayaan seperti itu boleh membawa kepada sesuatu yang
mensyirikkan.

Memperkenalkan Konsep Penjara Sejahtera

Baru-baru ini, Jabatan Penjara Malaysia telah menjemput beberapa blogger untuk masuk dan diberi peluang meninjau suasana di dalam Penjara Kajang, Selangor. Ini adalah inisiatif Jabatan Penjara dalam mencapai visi untuk menjadi sebagai satu institusi koreksional bertaraf dunia. Aku tidak berkesempatan untuk menyertai lawatan tersebut. Namun berdasarkan pengalaman masuk ke beberapa penjara atas tujuan motivasi ceramah, aku berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana diberi peluang untuk terlibat dalam Seminar Penjara Sejahtera yang diadakan pada Januari 2014.
Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia, Hubungan pemulihan banduan dan peranan masyarakat
Sesi gambar kenangan selepas intervensi pengajian sosial UKM di Penjara Sungai Buloh, Selangor

Penjara Sejahtera bukanlah sesuatu yang baharu

Penjara di Malaysia bukan sekadar berfungsi sebagai perlaksana hukuman, tetapi ia juga adalah satu institusi yang membimbing dalam memupuk kesedaran, keinsafan serta memperkasa modal insan agar dapat kembali di atas jalan yang benar seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang ada untuk kebaikan diri banduan apabila dibebaskan.

Banyak pembelajaran yang dilaksanakan di dalam penjara untuk memastikan agar banduan benar-benar insaf. Setiap pesalah perlu melalui fasa pemulihan dibawah Program Permodalan Insan (PPI) sebelum dibebaskan. Pembelajaran agama juga banyak diterapkan melalui program “Halaqah” dibawah PPI bagi yang beragama Islam. Ia berperanan untuk memupuk kesedaran dan keinsafan serta menstrukstur semula keperibadian diri agar dapat menjadi  insan yang berguna.
Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia
Di penjara, peluang akademik sememangnya disediakan agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kehidupan. Ia merangkumi pengajian untuk SPM, STPM, SKM, Diploma dan Ijazah sehingga ke peringkat Doctorate. Ramai sebenarnya pelajar banduan ini yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ada juga yang menjadi insan berjaya, tetapi tidak berani untuk mengaku sebagai bekas banduan kerana khuatir terhadap “stigma masyarakat” berkenaan banduan dan penjara.
Konsep Penjara Sejahtera, Jabatan Penjara Malaysia
Ihsan Google.
Selain itu, latihan kemahiran juga dibuka melalui
bengkel-bengkel di penjara. Banduan berpeluang mengasah bakat dalam kemahiran
menjahit, menenun, batik, pertukangan, ukiran, kimpalan, kraftangan, urutan refleksiologi, simen
fero dan juga pembuatan kuih, kek dan pastri untuk banduan wanita. Malah,
pinjaman perniagaan dari institusi kewangan juga disediakan buat mereka yang
serius dan berhasrat untuk berniaga apabila dibebaskan kelak. Barangan yang
dihasilkan pula dijual dibawah jenama penjara dengan harga yang sangat
berpatutan. Jadi.. sekali sekala cubalah ke penjara dan bershopping di kedai
penjara yang disediakan di sana.. 🙂
Penjara Sejahtera Dan Pemulihan Banduan, Anggota Jabatan Penjara Serta Peranan Masyarakat Seluruhnya.
Sesungguhnya, penjara bukanlah satu tempat untuk dicemuh atau ditakuti oleh kita yang tidak dihukum dan bersalah. Ada segmen-segmen jiwa insan yang memerlukan sokongan dan peluang agar mereka dapat menebus kesalahan dan membuktikan kepada masyarakat yang mereka telah insaf sepenuhnya. Sememangnya telah banyak usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia agar mereka ini diberi peluang dan bimbingan untuk insaf dan berjaya.
Konsep Penjara Sejahtera akan saya nukilkan lagi dari masa ke semasa demi kebaikan. Sementara itu, apa pendapat anda sebagai rakyat Malaysia terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh penjara ini. Sekiranya ada penambahbaikan silalah usulkan. Semoga bersama kita semua beroleh berkat kearah kehidupan masyarakat yang sejahtera… Aamiin.
Entri yang berkaitan – Apa Itu Penjara Sejahtera
Salam Hormat, Salam Berkat.

41 Thoughts to “Penjara Sejahtera : Memupuk Keinsafan, Membina Modal Insan”

  1. Akeyla Azmi

    wah bagus2 😀 huhuhu

  2. memmetlenggeng

    kerja yang baik, tapi tidak semua orang mahu melakukannya. Jadi Khir tergolong dalam insan-insan yang mulia. Teruskanlah kerja-kerja yang bermanfaat ini, kami menyokong yang terbaik. Semoga banduan itu semua beroleh keinsafan dan mampu berjaya dalam hidup mereka nanti

  3. MyCherita

    "Sukarelawan Koreksional" program yg sgt bagus tuan khir..

  4. ikhwan yusuff

    bguslah En.khir…btw mmg ssh nk tutp mulut org ni En.Khir…

  5. Huny eda

    pendedahan yg bagus utk para banduan, krna dpt d terapkan apabila mereka keluar kelak.

  6. Bahrain

    Satu usaha yang murni buat mereka yang berusaha menjadikan banduan seorang berguna ketika keluar nanti.

  7. kacang buncis

    salam…setiap org tidak lari daripada kesilapan…sue kagum dengan usaha murni nie,moga2 ia dapat memberi semangat baru pada bekas2 banduan 🙂

  8. Norhasniza Khalid

    menarik info ni, masyarakat tidak seharusnya memandang negetif mereka-mereka ini… kerana mereka juga manusia yang sama seperti kita..

  9. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum..khir,

    bagus lah khir nie… memupuk keinsafan. Sebenar warga banduan nie tak boleh dipinggirkan..

    mselim3

  10. Satu tulisan yang berkualiti. Punya daya tarikan dan bahasanya juga bagus. Teruskan Tuan Khir.

  11. acik idah

    Banduan juga manusia biasa seperti kita yang tidak lari dari melakukan kesilapan…
    Jika didik mereka dengan betul… tidak mustahil untuk mereka menjadi rakyat yang berguna juga…

  12. atien zuraidah

    Wah,,banduan dapat ijazah,tapi tak boleh nak hilangkan pandangan masyarakat dgn banduan ni..tetap akan jadi buah mulut orang.

  13. Tapi betul la..masyarakat kita suka pndg rendah pada bekas banduan..memg dia buat kesilapan pd masa lepas tp siapakan kita untuk menilai & menghukum kebaikan @ keburukan org lain? Itu kan kerja Allah..Bila baca entry ni hati sy terdetik, wow banduan dpt ijazah? Kagum!

    1. Huny eda

      itulah..terkesima banduan dapat ijazah, selalu pemikiran orng pasal banduan ne negetif je.

  14. Yumida Huda

    wah…bagusnye…pendidikan pun diterapkan even dlm penjara kan
    penjara mmg tmpt yg bagus utk menyemai kesedaran pesalah
    cuma pesalah yg masih di luar penjara yg belum pernah masuk penjara lg belum lg insaf
    tringat kisah mak yam…jenayah kejam yg belum lg ditangkap pesalahnya
    al fatihah buat mak yam
    isi tabung nuffnang sini-inti

  15. bukan mudah untuk mengubah pandangan masyarakat yang sudah sebati dengan istilah "bekas banduan"..
    semoga seminar berjalan dengan lancar..banduan ada ijazah.."ko ada?"he3

  16. teringat kata2 ustz Kazim… org msuk pnjara sbb diorg buat slh dan tak bermakna kita yg x msuk pnjara x pnh buat salah… klu ikutkn smua org pnh buat salh dan x muat pnjra sbnrnya… sbb setiap org x terlepas dari kesilapan..

  17. Salam khir…harapan kita agar banduan ni dpt memanfaatkan apa yg dipelajari semasa dlm penjara dan menjadi produktif bila keluar nnt..

  18. Raudzah Z

    Rasanya stigma negatif ni dah di blend dalam diri kita sejak dari dulu-dulu lagi..yalah selalunya banduan dikaitkan dengan kesalahan jenayahkan.. siapa yang berani nak ambil risiko kan…Doakan yang terbaik untuk mereka dan diri kita-kita semua. coz kita tak tau perjalanan hidup kita macammanakan khir!!!!

  19. Raudzah Z

    INTI & Churp-churp for you!!!!

  20. Thanks for sharing bro. Smoga banduan2 ni tak di sisihkan bila mereka keluar nanti.

  21. terima kasih en;khir diatas perkongsian2.. semoga slps ini dpt membuka mata masyrakat utk terus tidak memandang serong terhadap golongan2 spt ini.. 🙂

  22. Anonymous

    berikan mereka peluang.semua pun ada sejarah masing2.

  23. BM

    Penjara…Seribu kisah terlindung disebaliknya.
    Penulisan yg berkualiti…semoga banyak pengetahuan yg boleh dikongsi bersama lagi.

  24. Lynn Munir

    Jangan dengar komen negetif tu Khir, teruskan menulis info seperti ini. Nak mengubah stigma buruk masyarakat luar terhadap penghuni penjara bukannya mudah. Hanya penulis cekal saja yang mampu mengubah presepsi buruk itu. Penghuni penjara wajar diberi peluang meneruskan kehidupan mereka diluar sana dan saya percaya mereka juga mampu menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat jika diterima dan diberikan peluang. Thumbs up Khir,

  25. alhamdulilah sangat bagus sekali !!!! izinkan untuk di share kan Bro Khir

    1. Dipersilakan Acik, no problem.. T kasih.. 🙂

  26. ya setuju bro khir..rasanya x ada badi or sial2 dekat penjara..
    rasanya ramai bekas banduan bersyukur pernah masuk kesini..
    ya saya percaya kmasukan mreka ke sini memberi sinar dan merubah mereka ke arah lebih baik..:)

    yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara… ..setuju takdir smua ditetapkan oleh allah..:)

  27. bagus la kalau macam tu.. penjara kat malaysia ni realitinya bukan macam yg terpampang kat dalam cerita2 hollywwod tu kan..? hehehe

  28. Nice sharing. Kisah disebalik tembok besi, tembok batu..x semua orang tau. Sesuatu yg perlu diketengahkan utk pengetahuan umum..Semoga dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap banduan terutamanya yg memang benar2 telah insaf. Tahniah En Khir.

  29. Menarik. Kadang-kadang, penjara menjadi titik permulaan orang2 yang pernah buat salah untuk berubah dan lebih berjaya. Dan tak salah untuk kita membantu. Beri semangat kerana banyak daripada mereka boleh berjaya.

  30. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    mereka juga manusia biasa seperti kita semua yang tidak terlepas dari kesilapan dan wajar diberikan peluang untuk membina hidup dan kerjaya.. aiza berasa bangga ada kawan blogger yang berhati mulia seperti khir.. pedulikan apa kata mereka yang negatif itu.. yang penting niat kita ikhlas untuk membantu..

  31. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    mereka juga manusia biasa seperti kita semua yang tidak terlepas dari kesilapan dan wajar diberikan peluang untuk membina hidup dan kerjaya.. aiza berasa bangga ada kawan blogger yang berhati mulia seperti khir.. pedulikan apa kata mereka yang negatif itu.. yang penting niat kita ikhlas untuk membantu..

  32. Suka sangat baca entri yang ni. Ada mesej yang sangat mendalam cuba disampaikan. 🙂

  33. sometimes i wonder, kalau banduan dapat ijazah, ade ke private sector yang nak amik bekas banduan bekerja..mungkin segelintir saja yang menerima bekas banduan bekerja..aku rasa private sector harus dididik yang bekas banduan juga harus mempunyai peluang untuk berkhidmat dengan mereka…

    Regards,
    -Strider-

  34. Sangat bagus akan konsep penjara sejahtera ini
    Banyak kemudahan yg disediakan utk penghuni penjara.

  35. rasanya konsep mendidik tu lebih baik kan?
    bagus jgk tau penjara macam ni. 🙂

  36. T kasih diatas sokongan sahabat semua.. segala komen & pandangan akan diberi perhatian yg sewajarnya utk kebaikan kita bersama & msykt seluruhnya. Salam ukhwah silaturrahim.. 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.