Catatan kasih seorang ibu di Pejabat Parol Gombak – Pada Isnin 14 April 2014, saya berpeluang bertemu bual dengan seorang ibu dan anak lelakinya di perkarangan pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju. Dengan keizinan Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, saya luaskan coretan ini ke alam maya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca sekelian. Sedikit olahan pada laporan agar lebih mudah dicerna, serta nama dan butiran peribadi yang tidak saya nyatakan demi menghormati sensitiviti dan maruah individu yang telah sudi berkongsi kisah teladan ini.
Kisah Harapan Dan Kasih Seorang Ibu
Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Puan X, ibu kepada Johan (bukan nama sebenar) berdasarkan laporan yang telah dicatat.
*****
Puan X, seorang ibu yang membesarkan 2 anak remaja, seorang perempuan dan seorang lelaki. Kedua-duanya dibesarkan dalam serba kemewahan sejak dari kecil kerana beliau suami isteri bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kedua-dua anaknya dibesarkan dengan bantuan pembantu rumah warga Indonesia. Kerana kesibukan bekerja menyebabkan beliau suami isteri terlepas pandang
perkembangan anak-anak yang kurang kasih sayang di rumah.
perkembangan anak-anak yang kurang kasih sayang di rumah.
Keadaan menjadi parah apabila suami Puan X meninggal dunia dan beliau berkahwin lain. Semakin hari, Puan X melihat perubahan anaknya yang semakin nakal tetapi tidak berani untuk menegur anak-anaknya kerana menyedari kesilapannya sendiri yang gagal memberikan kasih sayang sepenuhnya. Anak lelakinya Johan, seringkali tidak pulang ke rumah dan menetap bersama rakannya yang bekerja sebagai mekanik motosikal. Di sini bermula keterlibatan Johan dengan najis dadah, minum arak dan akhirnya terbabit dalam beberapa kes samun dan ragut.
Doa Ibu, Doa Yang Dimakbulkan.
Puan X telah berusaha pelbagai cara untuk melihat anaknya Johan sedar dan berubah. Akhirnya Johan telah ditangkap dan dijatuhi hukuman dibawah seksyen 412 Kanun Kesiksaan kerana memiliki barangan curi. Melalui penghakiman, Johan telah diperintahkan menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama 3 bulan (5 hari seminggu, 3 jam sehari) dengan bon jaminan sebanyak RM 4,000.00.
Semasa hukuman dijalankan, Johan telah melakukan kerja wajib di Masjid Usamah bin Zaid, Rumah Anak-anak Yatim Bt 5 Gombak, Perkuburan Islam Kg Cangkat Gombak dan Rumah Perantaraan WPKL. Selain itu, beliau telah diberi bimbingan kesedaran agama dalam aktiviti anjuran Majlis Agama Islam WPKL. Beliau juga dibimbing melalui kaunseling jenayah dari pegawai polis, aktiviti bersama komuniti termasuk penglibatan dalam aktiviti sukan bersama belia dan pegawai parol.
Johan telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif. Beliau insaf, sedar dan mula menerima nasihat ibu dan keluarga serta mula menghormati orang lain. Setelah tamat menjalani Perintah Kehadiran Wajib, Puan X telah mengadakan majlis kesyukuran dan bacaan doa di Pusat Kehadiran Wajib Daerah Wangsa Maju, demi merafakkan kesyukuran atas hikmah yang telah berlaku.
Kini, Puan X sangat berharap agar Johan boleh dibenarkan terus mendapat bimbingan dari Pegawai Pusat Kehadiran Wajib dan mengikuti aktiviti yang dijalankan. Johan juga menyatakan kesyukuran dan penghargaannya apabila mendapat sentuhan nasihat terus dari Pengarah Parol WPKL, Pengarah dari Ibu Pejabat Parol, Jabatan Penjara Malaysia dan kesudian Yang Berbahagia TKJP Dato’ Hj Hassan bin Hj Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia yang telah meluangkan masa, turun padang mendekati, menasihati dan beramah mesra melalui Program Penjara Sejahtera pada 21 Mac 2014.
Kenyataan Puan X ini telah direkodkan pada 27 Mac 2014, jam 10:00 pagi selepas mengadakan Majlis Kesyukuran dan bacaan doa selamat oleh Pegawai PKW di Pejabat Pusat Kehadiran Wajib Wangsa Maju, WPKL.
Kredit Sumber
Laporan :KIP Kasim Bin Sharif(Pegawai
Pusat Kehadiran Wajib, Daerah Wangsa Maju, WPKL)
*****
Mudah-mudahan dengan kesedaran yang diperolehi Johan dapat menyelamatkan jiwanya dari terjerumus ke lembah kehancuran. Semoga mendapat berkat kasih dan doa ibu demi kebahagiaan di dunia dan akhirat… aamiin.
Sama-samalah kita jadikan iktibar pengajaran tentang betapa besarnya semangat, jasa dan pengorbanan seorang ibu.
Artikel lain yang berkaitan : >>>> Perintah Kehadiran Wajib (PKW)
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur.
W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
![]() |
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia |

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
The mother's love is the greatest love in the world.
Yes.. no one else can actually beat the love of a mother to her children.. Thanks Smartan Dad.. greatest love int the world indeed.. 🙂
kasih sayang ibu membawa kesyurga.moga niat johan dipermudahkan allah swt. tq abg khir atas perkongsian ni
Aamiin.. semoga mereka sekeluarga terus berbahagia dunia & akhirat.. T kasih kembali Ija, mudah2an membawa peringatan yg baik buat semua.. 🙂
Memang benar, ramai pelajar sekarang menukar rasa bosan mereka dirumah kepada aktiviti pelik atau yang sengaja nak tarik perhatian guru / rakan mereka di sekolah…
Itulah.. segalanya berpunca dari rumah, kemudian membawa ke sekolah.. asal tujuan guru utk mendidik akademik bertambah dgn menggalas tanggungjawab sesetengah ibu bapa. Dari situ juga ia meleret ke kawan2 dan seterusnya menjadi gejala dlm msykt.. wallahualam..
Semoga ia menjadi peringatan bersama kita semua.. t kasih chegu zam..
touching membacanya
benar…ibu sentiasa berkorban demi yg terbaik utk anaknya
aah kengkadang sikap nakal budak2 disebabkan mudah terpengaruh
macam sy dulu suka memberontak..jiwa remaja
moga kisah ni dijadikan iktibar buat semua
selamat berhari jumaat
menabung nuff sini – ford
Betul tu Yumida… jiwa remaja mmg lain.. cepat memberontak seagressif tenaganya. Semoga menjadi peringatan kebaikan buat semua.. Salam Jumaat juga & t kasih..
terima kasih abg khir.. boleh la sy kongsi cerita ni ngan adik2 peserta kat kem.. bila diselami hati bebudak ni,, drpd rasa marah jd kesian plak.. apa2pun mereka ni manusia biasa yg perlukan bimbingan n kasih syg drpd kita semua..
Mmg betul tu Ain, & menjadi tanggungjawab kita juga utk menyokong mereka ke arah yg diredhai. Mudah2an kisah yg mmg benar berlaku ini dpt membawa kebaikan buat semua… aamiin. T kasih kembali Ain…
semoga johan terus istiqamah dengan perubahan itu.. setiap manusia yang melakukan kesilapan pasti boleh berubah jika diberikan bimbingan dengan cara yang sepatutnya.. libresse, ford, libresse.. 😀
Aamiin… selagi bernyawa, selagi itulah ada ruang utk kita berubah.. subhanallah.. t kasih Aiza.. 🙂
Ikatan kekeluargaan yang erat, didasari dengan kasihsayang & didikan agama, merupakan kunci utama keluarga bahagia
Betul tu Nurul… mudah2an ia sentiasa ada kpd kita semua.. aamiin..
semoga ianya menjadi pengajaran dan tauladan kepada remaja di luar sana. thumbs up utk tuan khir.. ^_^
Aamiin.. peringatan buat mereka semua.. in shaa Allah.. t kasih MC..
ibu…walo macam mana pun teruk anak dia…. tetap akan terima……moga2 Johan terus berubah…… kesian mak nya…
Aamiin.. mmg betul tu.. ibu yg baik akan sentiasa menyayangi & menerima anaknya walau apa jua situasi yg menimpa.. itulak kasih sejati seorang ibu.. subhanallah. T kasih D.Sharil..
begitulah kasih ibu … buruk camna pun , dia cuba terima … saya korbankan yes , libresse n ford dgn jiwa yg besar .
Itulah kasih sejati seorang ibu.. subhanallah.
t kasih juga atas pengorbanan tu Vee.. 😀
itulah kepentingan kekeluargaan….jika kurang kasih sayang dirumah dia mengambil kesempatan untuk mencari kebebasan di luar…semoga Johan berubah demi maknya…
Aamiin.. semoga Johan terus berjaya menjadi insan yg berguna untuk ibu, keluarga & msykt seluruhnya… aamiin..
semoga artikel ini memberi rasa keinsafan kepada mereka yang telah tersasar jalannya!
In shaa Allah Hanafi.. mudah2an membawa peringatan keinsafan utk kembali ke pangkal jalan… aamiin.
ternyata kasih syg seorg ibu atau bapa bukannya dari wang ringgit…
hargai mereka selagi masih ada…
Mmg betul tu Haslinda.. ibu teman menangis walaupun kita tak melihat dia menangis disebabkan kita..
terima kasih berkongsi…sememangnya doa ibu adalah paling mustajab dan kejayaan dan keberkatan hidup anak bergantung pada doa ibu…
Betul tu.. doa ibu amat kita perlukan.. doa yg paling mustajab.. subhanallah. Mudah2an membawa kebaikan buat kita semua. T kasih kembali mama amir.. 🙂
Besar sungguh kasih sayang seorang ibu, semoga menjadi iktibar kepada kita untuk lebih menyayangi dan memberi perhatian terhadap anak-anak di masa depan.
Mmg betul tu kenit.. kisah ini menjadi peringatan buat diri saya juga ttg besarnya kasih serta pengorbanan ibu.. mudah2an bermanfaat agar sentiasa beringat utk anak2 dlm kemelut dunia masa kini.. Mudah2an membawa kebaikan bersama semua, in shaa Allah..
satu perkongsian yang bermakna… kasih ibu membawa kesyurga…. semoga keluarga ini diberi kebahagiaan yang berkekalan….
Aamiin.. semoga mereka sekeluarga beroleh kebahagiaan dunia & akhirat.. aamiin. T kasih hasnisah..
pengajaran yang baik utk semua..
Semoga membawa peringatan kebaikan… aamiin. T kasih idzwa.. 🙂
Kasih ibu membawa ke syurga…
Subhanallah.. sentiasalah kita menyayangi ibu kita… t kasih Zumal..
moga menjadi iktibar kepada remaja diluar sana…
Aamiin.. semoga mereka sentiasa mengingati ttg kasih syng ibu.. T kasih Aida..
Assalamualaikum. kasih seorang ibu. sejahat mana pun anak, tetap didoakan yang terbaik buatnya. Allahuakhbar… sayang mak! singgah menabung ford sini~~~
Waalaikummussalam.. kasih sayang ibu dah bermula sejak anak dalam rahimnya kan.. pastinya akan ttp menyayangi walau sejahat, walau seburuk mana pun anaknya. Itulah sebaik2 ibu yg makbul doanya.. subhanallah. Saya pun sayang mak.. t kasih Sheila..
semoga Johan menjadi anak yang soleh..kasih ibu tiada tolok bandingnya..kisah yang agak terkesan di hati saya..semoga kami dapat membimbing & mendidik anak ke jalan yang lurus..amin
Sama2lah kita jadikan iktibar peringatan utk kehidupan yg diberkati Mar… aamiin..
Salam Bro Khir, kisah benar yg bagus untuk dijadikan pedoman dan pengajaran buat kita semua.. Alhamdulillah…. Johan telah sedar sebelum terlambat….
Waalaikummussalam… semoga Johan menjadi insan yg berjaya buat ibu, keluarga & msykt seluruhnya… aamiin. T kasih bro Sham.
jasa ibu memang sepanjang hayat. Alhamdullillah johan telah sedar akan kesilapannya
Alhamdulillah… berkat doa ibu.. mudah2an Johan menjadi insan yg berjaya… aamiin..
Kasih ibu sepanjang hayat. Doa ibu pasti dimakbulkan Allah..
2 INTIs for you…
Doa ibu dla ikhlas & tangisan pastinya makbul terutama buat darah dagingnya sendiri kan… subhanallah. T kasih Raudzah.. 🙂
semoga Allah memudahkan dan sentiasa menlindunginya….salam jumaat En.Khir..
#klik cik nuff..:D
Aamiin.. semoga Allah melindungi.. salam jumaat juga Ikhwan.. 🙂
Assalammualaikum… khir,
anak2 memang memerlukan sesangat perhatian ibu bapa , kan.
mselim3
Waalaikummussalam MSelim3;
Mmg betul tu.. perhatian ibu bapa mmg yg paling penting kan.. peringatan buat kita semua juga.. 🙂
Kisah benar yg menjadi pedoman utk kita semua…
In shaa Allah Maria.. mudah2an menjadi peringatan & pedoman buat semua.. aamiin..
setuju bro, ibu mana yang tak sayangkan anak mereka…tapi budak ini masih bernasib baik kerana keluarga masih sayang padanya dan juga kesalahannya itu tak membawanya kepada hukuman yang berat..
Regards,
-Strider-
Betul tu Strider…Johan seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang utk berubah sebelum segala2nya terlambat. Selagi ibu bernyawa, selagi itulah ibu ttp mendoakan kebaikan & apa yg berlaku adalah hikmah dari doa ibu.. subhanallah..
ibu insan hebat… semua orang pernah baut kesilapan… berikan peluang dan waktu…
Betul tu Acik.. mudah2an membawa kebaikan yg berterusan… aamiin..
amin ya ALLAH
Bukan nak salahkan Puan X semata-mata dalam hal ni. Sekarang ni, memang dah banyak sangat kes-kes seumpama Puan X berlaku dalam masyarakat kita. Anak-anak menjadi liar akibat kurang kasih sayang akibat ibu bapa yang sibuk bekerjaya.
Tugas pegawai parol dan warden cuma membaiki kembali keadaan, tetapi tanggungjawab sebenarnya terletak pada anggota masyarakat, bermula dari ibu bapa di rumah itu sendiri.
Apa pun, didoakan dipermudahkan tugas murni Jabatan Penjara Malaysia dalam memulihkan masyarakat kita yang saban hari semakin parah.
saya sangat setuju bang..pendapat saya pun sbnarnya mcm tu..tanggungjawap mendidik mla di rumah… kalau kat pnjara..cuma baiki keadaan..bkan smuanya boleh kembali sprti asal.. nead are time 😛
Kasih ibu segalanya.. Itu yg boleh bentuk anak secara xlangsung. Selalu pesan kat diri agar bila ayu jadi ibu satu hr nanti ayu jadi ibu yg baik.. Agar tidak dipersoalkan di akhirat nanti.
Semoga adik tu terus istiqamah dijalan yg benar.
Sama2lah kita ttpkan doa agar sentiasa dilindungi dan ttp diatas jln yg diberkati… aamiin..
Kasih ibu sepanjang hayat..
Salam hujung minggu Khir 🙂
Salam hujung minggu Fidah.. 🙂
macam mana teruk pun seorg anak..kasih ibu kat dorg xpernah sikit pun berubah..kdg2 anak je x kenang jasa ibu ni..tsk..tsk..tiba2 sedih lak..semoga kisah nk jd pengajaran utk kita..thanks for sharing bro khir.. :')
Betul tu Niesa.. kebanyakkan anak2 yg tak mengenang jasa ibu kan.. seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi tak semua 10 anak yg mampu nak menjaga ibu.. your welcome Niesa.. 🙂
People do change for the better, if only they are given a chance and guidance. They are many Johans out there…waiting to be rescued.
Yes.. they need to be rescued.. 2nd chance & guidance for good. Thanks 🙂
semoga dapat memberi tauladan kpd kita semua.. yg pasti setiap insan memerlukan kasih sayang..
Semoga membawa peringatan & kebaikan buat kita juga wawa.. t kasih.. 🙂
semmoga yg membaca..akan mendapt teladan dan panduan…good sharing bro khir
In shaa Allah bro Sobri .. mudah2an.. aamiin..
ibu,ibu..engkaulah ratu hati ku…iktibar buat kita semua..tq khir..
Semoga membawa kebaikan.. tq kembali Kathy..
satu kisah pengajaran yang baik, mama seorang ibu, mama rasa apa yang beliau rasa.. terharu.. dan sangat menyentuh hati.. jiwa ibu ni sensitif, lembut dan mudah memaafkan..
Semoga Johan sedar & sentiasa mengingati kasih syng ibunya walaupun kdg kala tak dapat diterjemahkan melalui perlakuan.. semoga membawa kebaikan buat kita semua juga…
Amin… Ibu sumber ilham kita sepanjang masa…
Aamiin.. kasih ibu membawa ke syurga…
kisah yang menarik untuk dijadikan iktibar. Namun,kesalahan tidak patut dipikul di bahu ibu bapa kerana anak-anak juga punyai akal untuk berfikir setelah akil baligh. salam ziarah dan follow di sini.
Mmg betul tu.. menjadi peringatan utk anak2 juga agar berfikir sblum melakukan sesuatu.. T kasih sudi ziarah & follow.. salam ukhwah.. 🙂
Assalamualaikum dan salam singgah sini Khir…kisah yang menarik untuk kita jadikan iktibar..semoga kita sentiasa menghargai segala pengorbanan ibu kita selagi masih ada di samping kita…
Waalaikummussalam Mardiah.. betul tu.. semoga menjadi peringatan yg baik buat semua.. in shaa Allah..
Salam blogging… Menabung di sini
T kasih sahabat.. salam blogging & salam ceria selalu.. 🙂
kisah menarik yang nak dikongsikan.. semoga jadi iktibar buat mereka di luar sana.. cabaran seorang ibu bekerja untuk membesarkan anak, dan anak pula perlu hargai pengorbanan ibu…
Betul tu Cheq Eem.. semoga menjadi peringatan bukan shj buat ibu bapa tp buat anak juga agar sedar ttg pengorbanan kasih syng ibu & permasalahan mereka juga…
menjadi iktibar kepada semua terutama kepada yang sudah mempunyai anak2…bagaimana sibuk pun kita…pastikan ada masa untuk anak2…
Betul tu Noe.. semoga menjadi peringatan buat anak2 juga ttg kasih syng seorang ibu kan..
Ermm… menginsafkan… tq for sharing Khir…
Saya pun mcm tu juga.. your welcome Idah…
abah saya selalu kata bahawa kemewahan itu menghancurkan
tak berapa nak paham
dah kahwin, ada anak sendiri baru paham
cite ni adalah contoh paling jelas
Betul tu Yana… biarlah berpada2 dlm mengejar kemewahan. Peringatan & iktibar buat kita semua…
Ternyata saya akui Tuan Khir mempunyai pengikut yang ramai dan komentator yang aktif. Tahniah!
Kisah yang bagus sebagai perkongsian, panduan dan peringatan kepada kita semua.
Alhamdulillah cikgu Helmi.. semoga membawa kebaikan, in shaa Allah…
kata orang, kasih ibu membawa ke syurga..
menabung sini.. 🙂
Mmg betul Pha Is… besar jasa, harapan & pengorbanan ibu kan…
Allahuakbar.
Doa ibu tiada hijabnya. Alhamdulillah
Mmg betul tu Hafiz… subhanallah walhamdulillah..