Khidmat Pemasaran

“Google is the new corporate homepage” – Jeremiah Owyang

Kemajuan dunia digital mempunyai potensi yang sangat luas.

Atas faktor itu, saya sentiasa menambahbaik penglibatan lebih 20 tahun pemasaran agar selaras dengan tuntutan industri dan pasaran.

Sehingga kini, saya terlibat sebagai perunding pemasaran dalam fokus ‘integrated marketing’ dan pengurusan kandungan digital kepada sektor komersil dan agensi. Turut bergiat dalam pembangunan inovasi digital akademik-industri di Malaysia.

Profil Khir Khalid

Portfolio Digital

Penglibatan digital bermula dengan menulis blog pada 2011 sebagai platform berkongsi jurnal, perspektif industri dan pembangunan sosial.

Ia telah mendapat sokongan dari sektor komersil dan institusi. Undangan media dan forum turut membantu membina prospek pembaca dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, sehingga mencapai lebih 9 juta pageviews pada 2016.

Sejak itu, saya mengambil keputusan untuk mengintegrasi fokus penulisan dan aspirasi kerjaya sepenuh masa dalam ‘niche’ pemasaran secara profesional.

Portfolio saya boleh dirujuk di ruangan > PROFIL.

Khir Khalid, Perunding Pemasaran,

Penglibatan Profesional

Kini, saya terlibat dalam perundingan kepada sektor komersil, agensi dan institusi, serta disokong rangkaian pakar berpengalaman. Khidmat merangkumi;

Pemasaran
Perlaksanaan ‘integrated marketing’ (advertising, sales promotion, public relations, inbound & outbound marketing) kepada sektor komersil, agensi dan institusi.

Kandungan Digital
Mengurus kandungan portal, laman web dan ‘sales funnel’ organisasi, optimasi enjin carian (SEO), online editorial, influencer marketing dan digital media outreach.

Inovasi Akademik-Industri
Pembangunan inovasi digital akademik-industri sebagai perunding pemasaran dibawah kerjasama agensi dan institusi.

WordCamp KL 2019

Kredibiliti Pemasaran

Memperkasa kredibiliti pasaran sentiasa menjadi visi kepada pelbagai sektor industri dalam mendepani arus digitalisasi kini dan masa hadapan.

Ia juga menjadi fokus utama saya dalam menumpukan khidmat terbaik bersama jabatan pemasaran setiap pelanggan demi mencapai objektif pemasaran. Kejayaan pelanggan sentiasa menjadi landasan untuk saya terus maju.

Saya boleh dihubungi melalui info di bawah.

Emel: khirkhalidmy@gmail.com

ATAU MELALUI CONTACT FORM DI BAWAH: